Malaysia International Traditional Archery Festival 2025 [MITAF25] bakal menghimpunkan peminat memanah tradisional dari seluruh dunia.
MALAYSIA INTERNATIONAL TRADITIONAL ARCHERY FESTIVAL 2025
Festival ini antara festival yang dinanti-nantikan dimana bakal berlangsung dari 9 hingga 12 Oktober 2025 dimana menghimpunkan peminat, pakar mahupun atlet memanah tradisional. Bukan saja di Malaysia tetapi kali ini dari seluruh dunia.
Acara berprestij ini bakal diadakan di dua lokai utama iaitu Royale Chulan Damansara dan Kwasa Damansara, Selangor. Penyertaan dianggarkan seramai 2,000 peserta dari dalam dan luar negara.
ACARA MENARIK [MITAF25]
Pelbagai acara menarik telah disusun sempena [MITAF25]
-MALAYSIA INTERNATIONAL TRADITIONAL ARCHERY SUMMIT
Sidang ilmiah yang menghimpunkan profesional, akademik dan pengamal sukan memanah tradisional di Royale Chulan Damansara dengan perbincangan utama mengenai seni, budaya dan evolusi memanah tradisionl.
-MITAF INTERNATIONAL YOUTH CHAMPIONSHIP [CILIK]
Platform bagi pemanah muda untuk mempamerkan bakat serta melahirkan generasi baharu dalam sukan memanah tradisional
-MALAYSIA OPEN CHAMPIONSHIP
Pertandingan terbuka kepada semua pemanah, meraikan warisan memanah tradisional Malaysia yang kaya.
– ASEAN COLLABORATION OF TRADITIONAL ARCHERY [ACTA] TOURNAMENT
Kejohanan khas peringkat serantau yang bertujuan mengeratkan hubungan antara negara -negara ASEAN melalui minat bersama dalam memanah tradisional.
MITAF25
Bukan sekadar satu pertandingan dimana ia adalah sebuah perayaan budaya dan sukan yang menonjolkan kepentingan sejarah. Selain itu juga keindahan seni memanah tradisional sambil memupuk semangat perpaduan antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan, penajaan, dan jadual acara, akan dikongsikan di pengumuman seterusnya. Sertai kami dalam meraikan tradisi, ketepatan dan perpaduan melalui sukan meman