MALAM TERLARANG RAIH KUTIPAN RM10 JUTA, TAHNIAH!

Terima kasih untuk sokongan yang berterusan Dari semua hingga melonjakkan kutipan RM10 juta untuk filem Malam Terlarang.

KUTIPAN RM10 JUTA

Filem terbitan Astro Shaw, Malam Terlarang terus mencipta kejayaan apabila meraih kutipan RM10 juta di pawagam seluruh negara sehingga kini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai filem seram tempatan paling laris tahun ini. 

TERIMA KASIH

“Kami amat berterima kasih kepada semua penonton yang memilih untuk menonton Malam Terlarang di pawagam. Kejayaan kutipan RM10 juta ini bukan sahaja hasil dedikasi seluruh pasukan produksi dan pemasaran, tetapi juga sokongan berterusan daripada pihak media yang membantu mengangkat cerita ini ke khalayak lebih luas.

MALAM TERLARANG RAIH KUTIPAN RM10 JUTA

Tidak dilupakan rakan-rakan pempamer yang sentiasa memberikan platform terbaik untuk memastikan filem ini terus dapat dinikmati di layar perak.”

-Penerbit Eksekutif Malam Terlarang, Raja Jastina Raja Arshad.

BUKAN SEKADAR FILEM BIASA

Memasuki minggu ketiga tayangannya di pawagam, filem idea asal oleh Hazo Mahayuddin, Haris M. Nor, Ariff Zulkarnain dan Nazifdin Nasrudin ini bukan sekadar sebuah filem seram biasa. Malam Terlarang mengetengahkan kisah yang gelap dan mendalam dengan memberi fokus kepada obsesi terhadap ilmu hitam, serta bagaimana keghairahan mengejar kuasa mampu menghancurkan keluarga, waras fikiran dan batas kemanusiaan.

MALAM TERLARANG RAIH KUTIPAN RM10 JUTA

SINOPSIS MALAM TERLARANG

Mawar, seorang gadis 18 tahun membesar di sebuah bandar kecil bernama Kampung Pasir Larung. Cita-citanya sebagai wartawan tertangguh kerana terpaksa menjaga ibunya, Sarimah, apatah lagi bapanya, Omar sibuk dengan kerjaya politik. Namun, pemergian mengejut kakaknya, Safar mengubah keadaan. Mawar diganggu pengalaman mistik dan kejadian paranormal yang mengerikan, membuatkan dia nekad mencari punca misteri kematian Safar. 

MALAM TERLARANG RAIH KUTIPAN RM10 JUTA
MALAM TERLARANG RAIH KUTIPAN RM10 JUTA

Filem ini bintangi oleh Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Amir Nafis, Haneesya Hanee, Aila Azizul dan Sadiq M. Jamil.  Temui barisan pelakon yang akan membuat penampilan istimewa di pawagam-pawagam terpilih. Ikuti akaun Astro Shaw dan Astro Gempak untuk maklumat lanjut.

MALAM TERLARANG RAIH KUTIPAN RM10 JUTA

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge