MAGIKA STUDIOS TARIKAN EKO-PELANCONGAN DAN EDUTAINMENT DI SELANGOR, TAHNIAH!

LLSB dan KRU Entertainment Jalin Kerjasama Bangunkan Magika Studios di Pelabuhan Klang

MAGIKA STUDIOS

Magika Studios menawarkan pelbagai tarikan menarik termasuk persembahan animatronics dan audio visual yang menghidupkan watak-watak dongeng tempatan dengan mesej pemeliharaan alam sekitar, pencahayaan imersif di hutan paya bakau.

MAGIKA STUDIOS

ADA AKTIVITI SUNGAI DAN AIR

Juga pameran untuk memupuk kasih sayang terhadap haiwan, serta aktiviti lawatan berpandu sepanjang satu kilometer boardwalk untuk menikmati keindahan hutan paya bakau dan hidupan liar. Pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti sungai dan air yang direka khas untuk pelancong dan komuniti setempat, menjadikan pengalaman melawat lebih menyeluruh dan berkesan

MAGIKA STUDIOS

Terletak di kawasan Mangrove Point seluas 70 ekar yang merypakan sebahadian daripada Hutan Simpan Raja Lumu. Magika Studios bakal menjadi tarikan unik yang mempamerkan keindahan hutan paya bakau serta mempromosikan nilai kelestarian melalui hiburan dan pendidikan.

TARIKAN UTAMA

Antara tarikan utama yang ditawarkan termasuk :

MAGIKA STUDIOS

✔ Persembahan ‘animatronics’ dan audio visual yang menghidupkan watak-watak dongeng tempatan dan mesej pemeliharaan alam sekitar.
✔ Pencahayaan ‘immersive’ di hutan paya bakau
✔ Pameran untuk memupuk perasaan sayang terhadap haiwan
✔ Aktiviti lawatan berpandu di sepanjang 1 kilometer ‘boardwalk’ untuk menikmati keindahan hutan paya bakau dan hidupan liar di habitat semula jadi
✔ Aktiviti sungai dan air untuk pelancong dan komuniti setempat

MAGIKA STUDIOS

Dengan jarak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, Magika Studios dijangka menjadi pelancongan baru Selangor yang akan menarik perhatian pelancong tempatan dan antarabangsa. Seiiring dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

KERJASAMA LLSB DAN KRU ENTERTAINMENT

Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) dan KRU Entertainment Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik untuk membangunkan Magika Studios, sebuah destinasi eko-pelancongan dan didik-hibur terbaharu di Mangrove Point, Pelabuhan Klang.

MAGIKA STUDIOS

Projek yang terletak di kawasan seluas 70 ekar dalam Hutan Simpan Raja Lumu ini menggabungkan keindahan hutan paya bakau dengan teknologi moden dan penceritaan kreatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pemuliharaan Sungai Klang. Destinasi unik ini dijangka dibuka secara rasmi pada pertengahan 2026, sejajar dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

FASA II PELAN PEMBANGUNAN SELANGOR MARITIME GATEAWAY

“Pembangunan Magika Studios merupakan pencapaian penting di bawah Fasa II Pelan Pembangunan Selangor Maritime Gateway yang bertujuan merealisasikan potensi ekonomi melalui pemuliharaan dan pembangunan mampan di sepanjang Sungai Klang.

MAGIKA STUDIOS

Projek ini mencerminkan komitmen terhadap prinsip ESG dengan memperkukuh kesedaran awam tentang pemuliharaan alam sekitar melalui pendidikan kreatif dan pelancongan bertanggungjawab. Sekali gus menjadikan Sungai Klang bukan sekadar sungai yang dipulihkan tetapi nadi baharu kepada ekonomi hijau dan pelancongan negeri,”

-kata Pengarah Urusan LLSB, Syaiful Azmen Nordin.

PENGALAMAN SINEMATIK FILEM MAGIKA

“Penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan LLSB atas peluang mengadaptasi pengalaman sinematik filem Magika yang memenangi pelbagai anugerah kepada tarikan taman tema berbentuk didik-hibur. Kerjasama ini menggabungkan kepakaran dalam bidang hiburan dan teknologi digital dengan aspirasi LLSB untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar.

MAGIKA STUDIOS

Membuktikan bahawa pembangunan mampan boleh diwujudkan melalui pendekatan kreatif yang memberikan manfaat kepada alam sekitar, masyarakat dan ekonomi sambil membuka peluang baharu dalam sektor pelancongan dan ekonomi hijau Selangor,”

-kongsi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Dato’ Norman Abdul Halim.

MAGIKA STUDIOS

Majlis pengumuman hari ini menandakan permulaan kepada pembangunan penuh Magika Studios yang dijangka dibuka secara rasmi pada pertengahan tahun 2026. Inisiatif ini memperkukuh perlaksanaan projek Selanor Maritime Gateway ke arah pembangunan berimpak tinggi uang menyeimbangkan kemajuan ekonomi dan kemampanan alam sekitar. Selaras dengan visi menjadikan Sungai Klang sebagai sungai yang lestari dan berdaya huni di Malaysia.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge