L’Oréal Paris dan KL Fashion Week angkat tema pemerkasaan wanita dengan ‘Walk Your Worth’

L’Oréal Paris

Meneruskan usahasama dengan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2024 sebagai rakan kongsi kecantikan belakang pentas yang rasmi. Mempersembahkan acara peragaan yang bertemakan pemerkasaan, ‘Walk Your Worth’. 

BECAUSE YOU’RE WORTH IT

Acara berkenaan memberi penghormatan kepada slogan jenama yang ikonik, “Because You’re Worth It,”, frasa yang terus menyuntik inspirasi kepada para wanita. Untuk mendukung kecantikan dan jati diri mereka sejak ia mula dilaungkan pada tahun 1971.

PEMERKASAAN BAGI WANITA

Slogan “Because You’re Worth It” merupakan mesej jenama ini yang sulung bertujuan untuk menyuluh kuasa di sebalik keyakinan diri. Ia telah menjadi seruan kesepaduan dan pemerkasaan bagi golongan wanita tanpa mengira usia dan latar belakang mereka. 

MISI

Ia turut mencerminkan misi yang ingin mendorong para wanita untuk mendukung impian mereka dan sentiasa menaruh kepercayaan ke atas jati diri mereka. 

Dengan meletakkan kecantikan di dalam genggaman mereka sendiri, para wanita boleh memperkasakan diri mereka. Dan kami bertekad untuk memperkukuhkan mesej ini sehingga setiap insan yang bergelar seorang wanita sedar akan kebenarannya.

Untuk menyuluh misi pemerkasaan dan jati diri ini, L’Oréal Paris telah menjalin kerjasama dengan KLFW sebuah acara yang terkenal atas pendekatannya yang inovatif lagi inklusif dalam dunia fesyen.

Kolaborasi ini adalah sejajar dengan nilai-nilai yang menunjangi inisiatif ‘Women Of Worth’. Pastinya kolaborarsi Kali ini mementingkan kecerahan masa depan dunia kecantikan dan fesyen. Di mana kepelbagaian, inovasi, dan pemerkasaan menjadi tonggak yang utama.

PERKUKUH KOMITMEN BERSAMA

Kolaborasi ini, berpaksikan tema neo-fesyen bagi tahun 2024. Menyediakan sebuah platform yang berprestij lagi progresif untuk L’Oréal Paris memberi nafas kepada kempen ‘Walk Your Worth’. 

Sebagai rakan kongsi kecantikan belakang pentas rasmi, L’Oréal Paris melengkapi KLFW dengan inovasi saintifik dalam produk solekan, penjagaan kulit dan juga rambut. Semestinya memastikan setiap model dan peserta mencerminkan kemuncak dalam inovasi kecantikan. 

Usaha sama ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan lagi komitmen yang dikongsi bersama untuk meraikan jati diri dan memperkasakan wanita. 

WAJAH BARU ‘WOMEN OF WORTH’

Dengan menggandingkan keeleganan tradisional dengan inovasi moden. Keduanya ingin memberi inspirasi dan dorongan melalui kuasa yang dimiliki oleh fesyen dan kecantikan.

Di KLFW 2024, L’Oréal Paris mengetengahkan para wanita Malaysia dan Singapura yang penuh inspirasi sebagai wajah bagi barisan ‘Women Of Worth’ tahun ini. 

Wanita-wanita yang mengagumkan ini hadir dari pelbagai latar belakang, mencerminkan kekuatan, kecantikan. Pengalaman-pengalaman unik yang mendefinisikan jati diri mereka – mereka melambangkan semua lapisan wanita dalam masyarakat kita yang majmuk. 

DIKONGSIKAN SUMBANGAN INDIVIDU YANG DIPILIH

Acara ini menyuluh para individu yang telah membuat sumbangan yang besar dalam kehidupan peribadi dan kerjaya mereka. Ada yang cemerlang dalam bidang STEM, memperjuangkan usaha sosial.

Menjadi usahawan yang berjaya, atlet berdedikasi. Mahupun menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, setiap wanita mencerminkan pelbagai sudut kehidupan yang kita jalani.

Setiap seorang wanita ini membawakan sebuah naratif unik yang bertemakan kebingkasan dan kejayaan, dari saintis yang merintis dalam bidang perubatan. Ada juga aktivis sosial yang tidak lekang memperjuangkan kesaksamaan, hingga ke usahawan dan atlet yang cemerlang dalam lapangan masing-masing. 

INSPIRASI KEPADA WANITA

Dengan menyuluh perjalanan mereka di atas pentas peragaan, L’Oréal Paris menunjukkan bahawa jati diri seorang individu itu. Masing-masing mempunyai pelbagai segi dan juga bersifat universal, melangkaui kategori dan juga peringkat kehidupan. 

Acara peragaan ini bukan sahaja mengetengahkan pencapaian mereka tapi juga memberi inspirasi kepada golongan wanita di luar sana untuk turut menyedari dan meraikan jati diri mereka.

RAIKAN WOMEN OF WORTH

L’Oréal Paris berbangga untuk menyokong dan meraikan para ‘Women Of Worth’ . Menzahirkan kisah-kisah pemerkasaan mereka yang mengagumkan dengan cara tersendiri. 

“Usaha sama kami dengan KLFW memudahkan kami untuk menonjolkan kecantikan dan kekuatan yang para wanita ini miliki. Menyulam solusi-solusi kecantikan kami yang inovatif dengan fesyen dinamik yang dibawakan di KLFW. 

-kongsi Pengarah Pemasaran bagi L’Oréal Paris MYSG, Jaren Ong

INISIATIF DI KLFW 2024

Peragaan ‘Walk Your Worth’ di KLFW 2024 menjadi bukti kepada prinsip kami. Menyuluh betapa pentingnya untuk kita menyedari dan menghargai jati diri.  

Melalui inisiatif ini, bukan sahaja mengetengahkan kisah-kisah pelbagai insan yang unik tapi juga mencorak komuniti ‘Worth It’ yang utuh. 

Barisan peraga tahun ini menyertai jaringan para wanita yang kian meluas dari tahun lalu. Membentuk sebuah kolektif terunggul yang terus memberi inspirasi dan dorongan kepada satu sama lain. 

KOMUNITI BERTERUSAN

Komuniti ini menjadi bukti kepada impak berterusan inisiatif ‘Women Of Worth’. Mengingatkan kita semua bahawa kisah setiap wanita adalah bernilai dan bersama-sama, kita dapat meraikan dan memperkukuhkan jati diri masing-masing.

Semoga kedua pihak terus menjalin usaha sama yang bermakna ini. Mereka kekal komited untuk meraikan kepelbagaian, inovasi, dan pemerkasaan. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge