Dengan satu harga tiket dapat tonton artis -artis ternama dalam sebuah festival muzik siapa yang tak nak bukan, dan semestinya hanya di LOOP MUSIC FESTIVAL.

LOOP MUSIC FESTIVAL

Adalah sebuah acara yang meraikan perjalanan muzik yang berulang-ulang, melewati masa dan zaman. Bakal menghimpunkan lagenda-lagenda ikonik negara bersama para pendominasi carta-carta muzik tempatan. 

Pada 11 Mei 2024, Axiata Arena Bukit Jalil akan diserikan dengan kepelbagaian genre muzik yang menakjubkan. 

Dari nuansa mendalam pop, balada yang menyentuh jiwa, getaran hebat rock, irama Malaysia yang memperkaya warisan, kreativiti yang merdeka dari genre indie. Sehinggalah sentuhan alunan dangdut yang mengasyikkan peminat muzik yang hadir.

Antara barisan artis terkenal tanah air yang bakal mengisi perjalanan LOOP MUSIC FESTIVAL ialah Datuk Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, XPDC, Masdo, Insomniacks, Amelina, Noraniza Idris dan Sufian Suhaimi. 

Tidak ketinggalan Aisha Retno, Ronnie Hussein, Nadeera Zaini, Usop, Lucidrari, Disko Santan (Codogg & Awyn) dan Arish Mikael. 

LOOP MUSIC FEST

Dibawakan secara eksklusif oleh RJ Sales Sdn Bhd akan berlangsung dari jam 2 petang sehingga 11: 30 malam. Penganjuran acara ini pastinya akan menjadi titik tumpuan bagi peminat muzik yang ingin menghayati nostalgia dan inovasi dalam acara yang epik.

Penerbit LOOP MUSIC FEST – Rosix Omar berkata, fenomena penganjuran festival muzki kini menjadi satu trend yang semakin berkembang dan digemari.

Menurutnya adalah amat penting untuik merancang festival ini dengan teliti bagi memastikan kelangsungannya dalam jangka masa panjang. 

LOOP MUSIC FESTIVAL

“Kami begitu teliti dalam pemilihan artis kerana barisan artis yang dipilih adalah berdasarkan tema dan konsep konsert ini sendiri. Bukan saja mewakili era dan genre masing-masing malah mereka ini juga barisan artis yang mendominasi carta muzik tanah air. 

Ini juga barisan artis yang mendominasi carta muzik tanah air. Tidak boleh dinafikan barisan artis yang ditampilkan memiliki aura dan pengaruh yang kuat dan memberi impak yang berkekalan sehingga kini

FESTIVAL MUZIK INDOOR

Tambah Rosix Omar lagi, festival ini bukan sekadar festival muzik ‘indoor’ biasa tetapi sebuah peristiwa yang akan mengumpulkan lebih dari 11,000 peminat muzik dalam satu tempat. 

“Dengan antusiasme yang tinggi, saya percaya bahawa acara ini akan menjadi penanda aras untuk komuniti muzik tempatan. Serta menjadi platform yang unggul untuk memperkenalkan bakat-bakat baru dan menonjolkan kepelbagaian genre muzik”

LOOP MUSIC FESTIVAL

Berusaha untuk meyajikan persembahan dan pengalaman muzik yang terbaik untuk penonton yang hadir dengan menyatukan artis-artis hebat diatas satu pentas. Dengan kehadiran barisan artis yang mengagumkan dan durasi persembahan yang telah diatur, pihak penganjur yakin bahawa nilai tiket sungguh berbaloi.

Tambah lagi, festival ini bakal diadakan di lokasi yang memberikan keselesaan kepada mereka yang hadir.
LOOP MUSIC FEST ini dikuasakan oleh AirAsia dan Tune Group. 

HARGA TIKET

Black Zone – RM168, White Zone – RM178, Fly Zone – RM258, Red Zone – RM278, Tune Zone – RM478, boleh dapatkan di ticket2u.com

AIRASIA

Bakal mengadakan karnival di perkarangan Axiata sepanjang hari konsert diadakan. Pengunjung dapat berhibur disamping memenangi tiket-tiket penerbangan ke destinasi terpilih,.

Juga hadiah-hadiah lain dari syarikat dibawah AirAsia dan Tune Group melalui pertandingan dan cabutan bertuah di Loop Music Fest.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge