Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Liza Hanim Kembali Mengubat Kerinduan Dengan Single ‘TIADA’| Setelah beberapa tahun tidak muncul dengan lagu baharu akhirnya Liza Hanim, 41 tahun tampil dengan lagu TIADA bagi mengubat kerinduan sebilangan besar peminat yang terus menerus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya sejak dahulu lagi. Meskipun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilalui oleh rakyat Malaysia ketika ini, Liza tidak menganggap itu sebagai satu halangan besar dan mengharapkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap TIADA yang turut dilancarkan serentak di semua platform digital mulai hari ini.
Baginya, TIADA bukan sebagai sebuah naskhah yang biasa malah seluruh tenaga dan jiwa diletakkan ke dalam lagu yang merupakan luahan isi hatinya terhadap sebuah kerinduan kepada insan yang telah pergi buat selama-lamanya. Seperti mana yang semua sedia maklum, Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim kehilangan bapanya pada tahun lalu. Kerinduan yang bersarang dalam hatinya itulah yang menjadi intipati penting dalam TIADA.
Liza yang kini bernaung di bawah pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment yakin TIADA bukan sahaja akan dekat di hati peminat malah mengembalikan semula semangatnya untuk terus berjuang dalam bidang seni tanah air. Lagu percubaan pertama kali dari Liza Hanim dimana ianya diinsiprasi dari arwah ayahnya sendiri. Lagu pertama yang dicipta ini bakal mendapat tempat di halwa telinga peminat setia.
Follow us on Instagram : https://www.instagram.com/indigitalmusic