LipIce Sheer Color Baharu

LipIce Sheer Color Baharu Memberi Perubahan Menarik Pada Bibir Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

LipIce, jenama pelembap bibir No.1 di Malaysia memperkenalkan LipIce Sheer Color yang dipertingkatkan dengan formula terbaharu. Direka khas untuk memberikan citarasa ajaib pada bibir anda, pelembap bibir Sheer Color mula-mulanya tidak berwarna. Tetapi selepas disapu pada bibir, ia akan bertukar ke warna merah jambu yang unik kepada setiap individu dan memberikan tampilan yang menyerlahkan seri wajah.

LipIce Sheer Color Baharu

Dirumuskan ramuan madu lilin lebah (beeswax) dan Minyak Argan, LipIce Sheer Color memberikan manfaat kelembapan selama 10jam dan membantu menyerikan bibir kusam untuk memberikan anda bibir yang lebih sihat dan berona pink. Kini dengan satu calitan, anda boleh memperolehi bibir yang lebih anjal dan penuh. Selain itu, LipIce juga dirumuskan dengan ekstrak herba Commiphora Mukul untuk membantu melicinkan garis-garis halus dan mengekalkan keanjalan bibir anda

LipIce Sheer Color Baharu

Ramuan LipIce Sheer Color

LipIce Sheer Color juga mengandungi ramuan pelembap semula jadi Shea Butter, Minyak Biji Macadamia Ternifolia, Minyak Biji Meadowfoam dan Ekstrak Aloe untuk mengekalkan kelembapan dan kesihatan bibir. Tambahan pula ia juga mengandungi Vitamin E yang kaya dengan anti-oksida yang berkesan untuk melindungi bibir daripada persekitaran yang hambar

LipIce Sheer Color Baharu

Untuk mewakili rangkaian Lipice, Lipice telah melantik penyanyi dan pelakon Korea, Kim Jae-Kyung sebagai duta terbarunya. Kim Jae-Kyung, yang memulakan kerjaya pada tahun 2008, terkenal sebagai ketua kumpulan vokalis dan penari utama kumpulan K-Pop, Rainbow. Beliau juga mempunyai peranan dalam beberapa drama Korea termasuk peranan utama di dalam drama Monster pada tahun 2012. Peranan drama terbaru beliau adalah di dalam rancangan hiburan Always Cantare 2 di mana dia memainkan peranan pemain seruling.

LipIce Sheer Color Baharu

Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia berbesar hati dengan adanya selebriti Korea sebagai wajah baru LipIce kerana “Kim Jae-Kyung mempunyai banyak persamaan dengan jenama LipIce. Dia memiliki kecantikan klasik Korea dengan seulas bibir yang cantik serta dia memancarkan keremajaan yang menarik untuk ditampilkan. Kami gembira dia menjadi wajah baru jenama ini.”

LipIce Sheer Color 3 Varian 

LipIce Sheer Color boleh didapati dalam tiga varian iaitu Strawberry, Shimmer dan Bebas Wangian. Berharga RM15.80 satu, Ia akan berada di semua farmasi dan pasaraya utama bermula Mac 016.

LipIce Sheer Color Baharu LipIce Sheer Color Baharu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LipIce Sheer Color Baharu

Ingin tahu lebih lanjut layari :
Website LipIce Sheer Color

#kitepunye #kitepunyedotcom #lipicesheercolor #pelembapbibir

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge