LEE JOON GI ASIA TOUR 2024 IN KUALA LUMPUR, WOW!

Bintang K-drama Lee Joon Gi akan bertemu peminat di Malaysia buat kali pertama di 2024 LEE JOON GI ASIA TOUR in Kuala Lumpur.

LEE JOON GI ASIA TOUR

Pelakon dan penyanyi Korea Selatan serba boleh, Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia dan ini juga merupakan penampilan sulungnya di negara ini!

JOONGI’S DAY: FESTIVAL IN KUALA LUMPUR

Dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dan Hit Maker Entertainment, dengan Sliding Doors Entertainment selaku Penganjur Bersama. 2024 LEE JOON GI ASIA TOUR <JOONGI’S DAY: FESTIVAL> in Kuala Lumpur pasti akan mencatat kenangan indah jika anda hadir di Mega Star Arena, KL pada 22 September ini mulai jam 6 petang.

Peminat yang sebelum ini hanya menonton lakonannya menerusi K-drama dan filem di skrin, kini anda dapat menatap wajahnya secara langsung.

TONTON PERSEMBAHAN MENARIK

Pada pertemuan itu kelak, penonton bukan sahaja berpeluang berinteraksi dengan Lee Joon Gi, malah dapat menonton persembahan menarik daripada beliau yang terkenal dengan gerak tari dan vokal yang mengkagumkan.

LEE JOON GI

Lee Joon Gi memulakan kerjayanya dalam bidang seni sebagai model dan mendapat peluang berlakon untuk watak kecil sahaja. Namun namanya mula menjadi popular selepas beliau melakonkan watak utama dalam filem “The King and the Clown”, diikuti dengan siri romantik komedi “My Girl” yang melonjakkan lagi namanya dalam industri.

RAJA SAGEUK ATAU RAJA DRAMA BERSEJARAH

Beliau juga digelar sebagai “Raja Sageuk” atau “Raja Drama Bersejarah” kerana sering melakonkan watak utama dalam banyak drama bersiri. Antaranya “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo”, “Scholar Who Walks the Night”, “Arang and the Magistrate” dan “Iljimae”.

Sesuai dengan reputasinya sebagai pelakon serba boleh, beliau telah membintangi K-drama pelbagai genre seperti “Arthdal Chronicles”, “Again My Life”, “Flower of Evil” bersama Moon Chae Won, “Lawless Lawyer” dengan Seo Yea Ji dan banyak lagi.

Lee Joon Gi membuat debut di Hollywood menerusi filem “Resident Evil: The Final Chapter”.

PELBAGAI ANUGERAH DIMENANGI

Sepanjang karier lakonannya, Lee Joon Gi telah memenangi pelbagai anugerah daripada Anugerah Grand Bell Korea Selatan, Anugerah Drama SBS, Anugerah Drama KBS. Bagi dipentas antarabangsa, antaranya di Festival Filem Antarabangsa Hawaii dan Festival Filem Antarabangsa Shanghai.

ANTARA LAGU LEE JOON GI

Sebagai penyanyi, Lee Joon Gi telah mengeluarkan beberapa lagu yang mempamerkan gaya yang berbeza. Beliau juga mahir dalam seni mempertahankan diri dengan tali pinggang hitam dalam taekwondo, hapkido dan taekkyeon.

HARGA TIKET

Pelbagai faedah ditawarkan kepada peminat untuk setiap pembelian tiket yang boleh dibeli mulai 12 tengah hari, Jumaat, 26 Julai 2024 Tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4

-ZON VIP – RM 798

Faedah Peminat: [Poster ditandatangani personal untuk 23 Peminat, Poster bertandatangan untuk 80 peminat, Foto Peribadi [1:1] untuk 30 peminat. Foto Berkumpulan [20:1] untuk 280 peminat, dan juga soundcheck dengan Seisi Selamat Tinggal]

-CAT 1 – RM 668

Faedah Peminat: [Poster ditandatangani personal untuk 23 Peminat, Poster bertandatangan untuk 70 peminat, Foto Berkumpulan [20:1] untuk 20 peminat. Juga soundcheck dengan Seisi Selamat Tinggal]

-CAT 2 – RM 538

Faedah Peminat: [Seisi Selamat Tinggal]

-CAT 3 – RM 358

Faedah Peminat: [Seisi Selamat Tinggal]

Instagram Lofi | Facebook Lofi

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge