Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lawak Ke Der 2018 Kembali Dengan Wajah-Wajah Baru |Pernah mengikuti Lawak ke Der sebelum ini? Bagi KP ini adalah antara persembahan di Istana Budaya yang KP tunggu-tunggu . Tahun terakhir adalah pada tahun 2016 dimana tahun 2017 tidak diadakan di atas sebab penutupan untuk menaikkan taraf didalam Istana Budaya. Baru-baru ini telah diadakan sidang media untuk Lawak Ke Der 2018 bersama artis-artis yang bakal menjayakan . Satu yang KP boleh katakan adalah wajah baru , idea baru pastinya lebih gempak.
Masih lagi di bawah Tall Order Sdn Bhd bersama dengan Dato’ Hans Isaac sebagai penerbit dan pengarah untuk Lawak ke Der 2018 bakal diadakan pada 29-31 March 2018 di Istana Budaya. Bermula dari tahun 2012 dan kini bakal memasuki tahun ke 6 pastinya memberikan kelainan dimana wajah baru diberi peluang untuk menunjuk dan berkongsi lawak. Bukan setakat dalam Malaysia ye tetapi dari Singapura pun bakal beraksi di pentas yang sapa.
Dato’ Hans memilih untuk kesinambungan Sherry Al-Hadad sebagai pengacara selama 3 hari. Kalau keseorangan nampak janggal jadi digandingkan pula bersama Shuk yang memang terkenal dengan aksi-aksi parodinya nanti. Meh KP perkenalkan barisan artis yang bakal mengamatkan pentas Istana Budaya untuk kali ini
Dato’ Afdlin Shauki
Masih lagi kekal hingga ke hari ini dari tahun pertama. Kalau anda mengikuti persembahan yang sebelumnya pasti anda tahu yang Dato’ Afdlin suka berkongsi dan menyuarakan tentang Dato’ Hans yang masih single hingga kini. Apalah pula lawak kali ini yang bakal di ceritakan
Kumpulan Shiro
Gabungan diantara Ajak dan Sharul menjadikan nama kumpulan Shiro. Terkenal dari maharaja lawak lagi, ini adalah kali pertama bakal digandingkan di atas pentas yang gah untuk menghiburkan para hadirin . Adakah mereka bakal mempersembahkan sesuatu yang baru tetapi di ingati oleh mereka yang hadir. Itu kena tunggu lah ye
Gurmit Singh
Satu-satunya artis yang terkenal di Singapura dan Malaysia. Mungkin nama Gurmit Singh agaka janggal untuk anda tapi adakah anda kenal dengan nama Phua Chu Kang. Haa.. dia lah yang memainkan watak ini selama ini. Pementasan terbaru adalah Hero Singh dalam pementasan Laugh You Die- Road to Putrajaya. Satu yang mungkin berbeza di sini adalah lawaknya bakal di tutur dalam bahasa inggeris kerana beliau sendiri mengaku tidak fasih berbahasa melayu. Alah tak kira bahasa apa pun pasti dapat mencuit hati tetamu yang hadir dengan lawaknya yang tersendiri
Dato’ Zainal Abidin
Biasa dikenali sebagai penyanyi legend. Sebenarnya beliau adalah seorang entertainer kata Dato’ Hans sewaktu menyaksikan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas. Dari situ Dato’ Hans tertarik untuk menjadikannya salah seorang yang bakal menyerikan kehadiran tetamu dengan lawak dan jenaka yang beliau ada. Mungkinkah nyanyian semata atau lawak semata atau kedua-duannya sekali ? Ini yang membuatkan semua ternanti-nanti hasil buah tangan dari Dato’ Zainal
Harga tiket Lawak Ke Der 2018
Untuk kali ini hanya 3 hari sahaja persembahan iaitu dari 29 – 31 Mac 2018 (Khamis – Sabtu). Harga-harga tiket bermula RM58 sehingga RM208. Ada 15% diskaun diberikan untuk pelajar dan juga warga emas. Dapatkan tiket anda di
Website AirAsiaRedTix : https://airasiaredtix.com/
Jangan lupa dengan temujanji anda ye