KONSERT SENANDUNG DI KUALA LUMPUR 2026, APA YANG BEST?

Konsert Senandung Di Kuala Lumpur 2026 – White Shoes & NonaRia Live di Zepp KL

KONSERT SENANDUNG DI KUALA LUMPUR 2026

Peminat muzik retro dan jazz-pop bersiap sedia! Konsert “Senandung Di Kuala Lumpur” bakal menggegarkan ibu kota pada 10 Mei 2026 (Ahad) di Zepp Kuala Lumpur.

KONSERT SENANDUNG DI KUALA LUMPUR

KUMPULAN IKONIK INDONESIA

Menghimpunkan dua kumpulan ikonik Indonesia — White Shoes & The Couples Company dan NonaRia. Bakal digabungkan dalam satu malam eksklusif anjuran ZS Entertainment bersama LampuNeon Entertainment.

NOSTALGIA & ROMANTIKA BANDAR

Dibawakan dengan konsep muzikal sinematik, konsert ini mengangkat tema nostalgia, keceriaan dan romantika bandar. Menghidupkan semula keindahan bunyi retro, jazz-pop ringan serta estetika klasik penuh warna dan emosi.

KONSERT SENANDUNG DI KUALA LUMPUR

Menurut penganjur, konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu pengalaman yang mengajak penonton memperlahankan tempo kehidupan moden dan menikmati kehangatan muzik yang dekat di hati.

DUA DUNIA MUZIK, SATU BAHASA EMOSI

Gabungan White Shoes & The Couples Company dan NonaRia menjanjikan keserasian unik yang jarang dipersembahkan di pentas Malaysia. Kedua-dua kumpulan berkongsi DNA muzik berteraskan bunyi retro, pop klasik dan penceritaan romantik yang kuat.

SUSUNAN MUZIK SINEMATIK

White Shoes & The Couples Company terkenal dengan susunan muzik sinematik yang sofistikated, manakala NonaRia memikat dengan gaya feminin, ceria dan bersahaja. Kedua-duanya berupaya mencipta suasana intim walaupun di pentas berskala besar.

KONSERT SENANDUNG DI KUALA LUMPUR

PRODUKSI EKSKLUSIF DI KUALA LUMPUR

Konsert ini bakal tampil dengan susunan muzik khas eksklusif untuk Kuala Lumpur, visual berkonsepkan retro-sinematik serta kemungkinan kolaborasi spontan di atas pentas — menjadikannya antara penampilan paling signifikan mereka di Malaysia.

ZEPP KL : LOKASI INTIM TENGAH KOTA

Pemilihan Zepp Kuala Lumpur sebagai lokasi memberi keseimbangan antara skala dan keintiman, dengan akustik mantap serta fasiliti teknikal yang menyokong pengalaman audio-visual menyeluruh.

KONSERT SENANDUNG DI KUALA LUMPUR

White Shoes & The Couples Company menyatakan keterujaan untuk kembali ke Kuala Lumpur, manakala NonaRia tidak sabar mencipta malam penuh keceriaan bersama peminat Malaysia.

HARGA TIKET

VIP Box (1 Pax) – RM450
Category 3 – RM290
Category 2 – RM290
Standing – RM200

KONSERT SENANDUNG DI KUALA LUMPUR

Dengan gabungan estetika klasik, romantika bandar dan persembahan eksklusif satu malam sahaja, Konsert Senandung Di Kuala Lumpur dijangka menjadi antara konsert retro paling dinanti-nantikan tahun ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan emosi yang bakal mencipta kenangan indah di Zepp KL Mei ini. 🎶

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *