KONSERT INUL DARATISTA LIVE DI MALAYSIA!

Inul Daratista Live di Malaysia: Dangdut Nusantara Millenia.

INUL DARATISTA

Pulau Pinang bakal bergema dengan alunan muzik dangdut apabila Ratu Dangdut Indonesia, Inul Daratista, kembali mengadakan konsert berskala besar di Malaysia selepas hampir dua dekad menyepi. Konsert yang diberi nama “Inul Daratista Live In Malaysia – Millenial Dangdut Nusantara” ini akan berlangsung pada 6 Disember 2025 bertempat di Setia Spice Arena, Pulau Pinang.

KONSERT INUL DARATISTA

Lebih menarik, Inul yang terkenal dengan goyang gerudi ini tidak beraksi di Kuala Lumpur seperti kebiasaannya, sebaliknya memilih Pulau Pinang sebagai destinasi utama persembahan. Konsert ini turut menampilkan barisan artis popular iaitu Amelina dan Baby Shima, menjanjikan sebuah persembahan penuh warna-warni dan bertenaga.

KONSERT INUL DARATISTA

Penganjuran konsert ini merupakan inisiatif Fajar Baiduri Empire dengan sokongan Istana Budaya melalui Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang dipimpin oleh Encik Mohd Yazid Zakaria. Persembahan akan diperkaya dengan iringan 18 pemuzik, 12 penari dari ArtisTana, serta kemunculan khas kumpulan Mohram, sekali gus memberikan sentuhan baharu kepada konsert dangdut kali ini.

KONSERT INUL DARATISTA

Bagi Inul, peluang untuk kembali membuat persembahan di Malaysia adalah sesuatu yang sudah lama dinantikan. Kali terakhir beliau mengadakan konsert besar di negara ini ialah pada tahun 2007 menerusi Konsert Rentaq Serantau di Stadium Malawati Shah Alam bersama Amy Search, Ella dan Band Radja. Sebelum itu, beliau turut menjayakan Konsert Fenomena Dangdut di Stadium Merdeka pada 2005 dan persembahan di Genting Highlands pada 2006.

KONSERT INUL DARATISTA

“Saya sangat gembira akhirnya kembali ke Malaysia selepas hampir 20 tahun. Kerinduan terhadap pentas besar dan semangat penonton di sini membuatkan saya tidak sabar untuk tampil semula. Kehangatan penonton Malaysia adalah sesuatu yang sentiasa saya rindukan,” ujar Inul.

KONSERT INUL DARATISTA

Menambah keterujaannya, Inul turut menyatakan rasa istimewa kerana berpeluang menghiburkan peminat di Pulau Pinang buat kali pertama. “Selama ini saya hanya mengadakan konsert di Kuala Lumpur atau Genting Highlands. Pulau Pinang negeri yang indah dan klasik, saya teruja untuk bertemu peminat di utara tanah air. Jangan lupa dapatkan tiket dan mari kita bergoyang bersama!” katanya penuh bersemangat.

KONSERT INUL DARATISTA

Tiket konsert Inul Daratista Live In Malaysia – Millenial Dangdut Nusantara mula dijual pada 9 September 2025 menerusi laman rasmi www.myticket.asia.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge