Skip to content
Kitepunye Dot Com
Menu
  • HOME
  • ENTERTAINMENT
  • FOOD
  • TRAVEL
  • GADJET
  • EVENT
  • PRODUCT
  • AUTOMOBILE
Menu

KONSERT HORA HOREY WAYANG DIDI & FRIENDS kini kembali

Posted on February 26, 2021February 27, 2021 by Nannie Isa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KONSERT HORA HOREY WAYANG DIDI & FRIENDS KINI KEMBALI| Konsert Hora Horey? Animasi popular dan juga pemenang Program Pra-sekolah Terbaik di Asian Television Awards ke-24. Pasti anda kenal dengan Didi & Friends bukan? Lebih dikenali dengan cerita dan lagu-lagu hiburan serta pengajaran untuk kanak-kanak.

Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends

Kini muncul dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends. Ini menjadikan ia sebagai filem animasi pertama tempatan yang akan menemui para penonton di kaca televisyen pada tahun 2021 di Astro First.

Astro dan Digital Durian tidak teragak- agak untuk mempersembahkan konsert seterusnya. Mana taknya selepas kejayaan konsert terdahulu.

Antaranya Konsert Hora Horey Didi & Friends (2018) dan Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends (2019)

Peminat Didi & Friends

Uniknya, setiap konsert memberi pengalaman berbeza kepada para peminat Didi & Friends. Dengan kutipan melebihi RM2.7 juta pada 2018, konsert yang pertama telah memberi pengalaman sinematik yang unik di panggung wayang.

Manakala konsert kedua dipersembahkan secara langsung untuk memberi pengalaman konsert muzikal interaktif.

Pawagam Rumah Anda

Kali ini, konsert ketiga akan dibawa terus ke Pawagam Rumah Anda di Astro First, saluran 480. Ini akan memberikan pengalaman konsert di rumah untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga. Boleh berhibur mengikut waktu fleksibel mereka dan terus kekal berada di rumah.

Konsert ketiga dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi-penyanyi Malaysia yang melakar nama di peringkat antarabangsa, Yuna, penyanyi dan komposer terbaik tahun 2017 & 2018,

Hael Husaini serta rapper berbakat besar, Altimet. Yuna akan menyanyikan lagu ‘Bunga Matahari’, manakala lagu ‘Bingo 2020’ dinyanyikan oleh Altimet dan ‘Rindu Serindunya’ oleh Hael Husaini.

Beralih kepada watak-watak utama, Didi, Nana dan Jojo akan tampil berbeza khas untuk konsert ini. Selain itu, karakter Pak Atan, Tatak dan Bingo turut meriahkan Konsert Hora Horey Wayang.

Bagi karakter nakal, ia menampilkan karakter Boon, Roon dan Mummy. Seterusnya, karakter Omar & Hana akan muncul di
dalam lagu Ninja dan Kak Hani bersama Abang Paan sebagai pengacara konsert itu nanti.

Antara daya tarikan lain, ia juga menyaksikan kali pertama siri konsert ini dipadatkan dengan jalan cerita serta plot yang penuh drama.

Jadi, penonton bukan sahaja dapat berhibur dengan lagu-lagu tetapi dapat berseronok dengan telatah setiap karakter.

Konsert berdurasi 90 minit

Konsert berdurasi 90 minit ini akan mempersembahkan 33 buah lagu yang terdiri daripada 7 lagu baru dan 7 lagu lama yang telah digubah semula dan 19 lagu daripada siri Didi & Friends.

Antaranya, ‘Rasa Sayang’, ‘Kalau Rasa Gembira’, ‘Mengantuknya Mumia’, ‘Bunyi Anak Haiwan’ dan ‘Rawr Rawr Raksasa’.

Lebih istimewa konsert ini akan dipersembahkan dalam dua bahasa, iaitu versi Bahasa Melayu yang ditayangkan bermula 25 Februari ini, manakala versi Bahasa Inggeris akan bermula pada 25 Mac nanti di Astro First.

“Jenama Didi & Friends diperkenalkan pada tahun 2014 dan kami sentiasa komited untuk memastikan evolusi animasi kami dengan teknologi terkini serta progresif untukmemberi pengalaman berbeza kepada penonton.

Kami yakin Astro First adalah platform yang terbaik untuk konsert ini dibawa secara menyeluruh dan lebih dekat kepada penonton.

Bagi konsert ketiga, kami telah memilih Yuna, Hael Husaini dan Altimet sebagai buah tangan khas buat peminat dan penonton. Kami percaya mereka mempunyai bakat dan aura tersendiri yang mampu menjadi tarikan buat penonton cilik serta dewasa.

Harapan kami, dengan kehadiran konsert ini Di Pawagam Rumah Anda, ia dapat memberikan pengalaman menarik kepada penonton dan sekaligus mampu memberi impak dan fenomena dalam industri animasi tempatan.”

-Pengarah Eksekutif Digital Durian, Sinan Ismail

Konsert Hora Horey

“Ini adalah kali pertama Astro Shaw membawakan filem animasi di bawah konsep terus Di Pawagam Rumah Anda pada tahun 2021.

Setelah lebih setahun industri filem tempatan tidak dimeriahkan dengan kemunculan filem animasi tempatan terbaru, kami rasa ini adalah masa yang sesuai untuk Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends menemui peminat di luar sana.

Apa yang menarik, jalan cerita dan lagu-lagu yang dipersembahkan sememangnya amat dekat dengan penonton di Malaysia, tidak kira latar usia.

Bikin Filem

Dengan adanya dua versi bahasa, ia memberi penonton pilihan serta seluruh rakyat di luar sana untuk menikmati kandungan baharu ini.

Pasti menyeronokkan apabila anak kecil dapat menyanyi serta menari bersama keluarga dan terus kekal di rumah. Kami percaya, filem ini mampu memberi hiburan di samping mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga.”

-Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad

Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends

Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends menyaksikan Didi & Friends menyampaikan lagu-lagu popular mereka bersama artis-artis terkenal tanah air dan antarabangsa, iaitu Yuna, Hael Husaini dan Altimet menyanyikan lagu hit viral dan lagu baru!

Namun di sebalik kemeriahan Konsert Konsert Hora Horey di Pekan Hora Horey, Team Nakal yang terdiri daripada Boon, Roon dan Mummy bersembunyi di belakang pentas untuk merancang mengambil pentas buat diri mereka sendiri!

Jangan lupa untuk saksikan Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480.

Anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun

Astro Shaw Instagram|Facebook

Didi & Friends Malaysia Instagram|Facebook

Astro Ceria Instagram|Facebook

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

The Author

Nannie Isa Kite Punye dot com 3

Nannie Isa.
Mummy of 2 boy and girl .
Family of October.
cats, eating travelling and of coz to meet new friends.
A blog about lifestyle since 2010
Any food review, product review or event feel free to email me kitepunye2018[@]gmail.com

Instagram

kitepunye

Inspiring, . Keep inspiring me, With all the posit Inspiring,
.
Keep inspiring me,
With all the positive vibes,
With all the motivational quotes,
With all the good advice.
.
Happy Sunday ❤️.
.
#kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #QuotesOfTheDay #HappySunday
Giant New Brand, . Giant Malaysia dah berwajah bar Giant New Brand,
.
Giant Malaysia dah berwajah baru. Termasuk logo dan uniform staff. Perubahan ini akan terlibat pada semua 57 pasaraya yang ada di Malaysia.
.
Kemas,
.
Bestnyer barangan yang ada lebih nampak teratur, nampak kemas. Nak cari barang pun senang. 
.
Produk yang berkualiti dan segar dijanjikan untuk semua. Apa lagi, serbu @giantmalaysia
Lah lepas nie untuk beli barangan untuk Ramadan. 
.
#kitepunyedotcom
#wwwdotkitepunyedotcom #GiantMY 
#NewGiantRebrand #NewGiant #GiantKotaDamansara
Umur meningkat, . Apa yang ku mampu buat, ku buat. Umur meningkat,
.
Apa yang ku mampu buat, ku buat.
Insyallah ku berikan yang terbaik walaupun aku bukan yang terbaik.
.
#kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #NakBebelQuotes #NakBebel
Nostalgia Desa, The Venue Shah Alan, . Konsep Nost Nostalgia Desa, The Venue Shah Alan,
.
Konsep Nostalgia Desa yang mana sajian yang bakal dipertengahkan. Lauk-pauk tradisi yang sering dihidangkan ketika berbuka di kampung bersama orang tersayang.
.
Pelbagai hidangan ada . Berbuka puasa di hujung minggu bakal diserikan dengan persembahan 'live band' Dan Abg @deejanganketawa . Mesti havoc nantikan.
.
Cabutan Bertuah buat bertuah untuk anda memenangi hadiah pakej pelancongan.
@thevenueshahalam
.
#TheVenueShahAlam
#BuffetRamadhanTheVenue
#NostalgiaDesa
Double the money, . Why not try this way? . Remem Double the money,
.
Why not try this way? 
.
Remember fold it over,
Put it back on your back pocket.
.
No harm to try right 😅
.
#kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #QuotesOfTheDay #KeepInspiringMe
Ketawa, . Ketawalah anda bila gembira Ketawalah an Ketawa,
.
Ketawalah anda bila gembira
Ketawalah anda bila sedih,
Ketawalah anda bila penat,
Ketawalah anda bila risau.
.
Kerna dengan ketawa,
Aku mendapat kekuatan.
Kerna dengan ketawa,
Aku mendapat kegembiraan. 
.
#kitepunyedotcom
#wwwdotkitepunyedotcom #Ketawa
Load More... Follow on Instagram

Artikel terbaru

  • HEART JUARA MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2
  • SHOPEEPAY FOR A DONUT HUNT
  • GIANT WITH FRESHER OFFERINGS AND MORE EXCITING VALUE!
  • TDC HOLDINGS SDN BHD TERIMA PENGIKTIRAFAN PATUH SYARIAH
  • FIPPER x THE NOOR JALANI KOLABORASI STRATEGIK

Youtube KitepunyeDotCom

KitepunyeDotCom

KitepunyeDotCom
walau apa pun yang terjadi saya terima semua kritikan sebagai pengajaran dan semangat untuk meningkatkan persembahan.. minat sangat kat #DayangNurfaizah
#AufaHanie #Aufa #VokalMania.. Ini sebenarnya yang terjadi waktu itu...
YouTube Video UCvBskfA6YAyHr_6HLNucLJg_DYCOrMFJUSY
Lagu yang dinyanyikan oleh Fathia Latiff. #IndigitalMusic
#FathiaLatiff #JikaAkuTahu
YouTube Video UCvBskfA6YAyHr_6HLNucLJg_b68qtN6Jrik
#BabyAnamoi bukan ada satu tapi dalam 5 outlet #Bubblebe .. Yang ini adalah satunya outlet pertama yang dibuka di luar kawasan Lembah Klang.
#BabyAnamoi Buka Outlet #BubbleBeeSenawang
YouTube Video UCvBskfA6YAyHr_6HLNucLJg_YyjiBw-fAYo
Persembahan special by Shila Amzah 想你的夜. Nantikan konsert pada awal Januari 2021
想你的夜 - #MalamKuRinduimu by #ShilaAmzah. #XiangNanDeYi
YouTube Video UCvBskfA6YAyHr_6HLNucLJg_qbO1C3K3_To
Berani ke terima kecaman dari netizen? Banyak lagi tempat lain kan kenapa perlu gereja? Dah takyah pening dengar penjelasan dari tuan badan sendiri #MuzikVideo
#IsmailIzzani Shoot Muzik Video #AdaCara di gereja?
YouTube Video UCvBskfA6YAyHr_6HLNucLJg_j32uP9TH9mA
Muzik Video #AdaCara #IsmailIzzani Shoot Kat Gereja
YouTube Video UCvBskfA6YAyHr_6HLNucLJg_7U6-KGM_AHo
Bukan setakat 250,000US Dollar tetapi siap jadi isteri producer. Pengakuan dari Cikgu Ery tentang simptom atau kesan dari pembedahan #TRANSGENDER #LGBT #MakNyah
Cikgu Ery DiTawar Berlakon Filem Lucah #Transgender #MakNyah
YouTube Video UCvBskfA6YAyHr_6HLNucLJg_w4faDfMAF4A
Pengakuan dari Wan Sharmila & Syazwan Zulkifly. 
Ada apa dengan cincin yang diberi? Suka ke tak nie? Ada apa apa ke atau mesra tapi kawan!
Wan Sharmila & Syazwan Zulkifly - Ada Apa Dengan Cincin? #SyazwanZulkifly #WanSharmila
YouTube Video UCvBskfA6YAyHr_6HLNucLJg_kwRLs3C9UpA
#WhollyFitz kena banned di Singapore pada 10 September 2020 akibat fake produk. Masih dalam siasatan isu ini. Tunggu update terkini ye dari pihak WhollyFitz
#WhollyFitz Kena Banned di Singapore?
YouTube Video UCvBskfA6YAyHr_6HLNucLJg_yb62WvWfQE4
Load More... Subscribe

latest news

Nuffnang

Nannie Isa

Mummy of 2 , a girl and a boy. We’re October family coz everyone born in October. Love cats, loves eating, enjoy travelling, loves entertainment and of coz meeting new friends…

Lifestyle, Entertainment, Food , Travel or Parenting.

Email : kitepunye2018@gmail.com
Instagram : @kitepunye
Twitter : @kitepunye2013
Facebook : Nannie isa
FB Fanpage : Kitepunye dot com

Komen Terbaru

  • Tekkaus on ROTIBOY WITH SHOPEEPAY RM2 CASHBACK FRESH FROM OVEN
  • Tekkaus on AR-RAHNU EXPRESS BUKAN SETAKAT PAJAK GADAI
  • AR-RAHNU EXPRESS BUKAN SETAKAT PAJAK GADAI on Promosi Syawal Habib Satu Pelaburan Yang Bijak!
  • Tekkaus on HELLO KITTY VISIT MALAYSIA COLLECTIBLE TINS™ NOW AT 7-ELEVEN
  • Bumbu Agency on MARBLE SERIES GONG CHA X SHOPEE 4.4 MEGA DRINK
April 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Mar    
©2021 Kitepunye Dot Com | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb