KONSERT HEALING NIGHT 2026, APA YANG BEST?

Konsert Healing Night 2026 gabungan dua negara Malaysia dan Indonesia di Stadium Merdeka.

KONSERT HEALING NIGHT 2026

Menggunakan terma masa kini yang cukup sohor iaitu healing yang bermaksud pemulihan atau fasa penyembuhan diri. Inilah adalah idea dan inisiatif penganjur dan juga selaku ‘presenter’ iaitu Kembar Nusantara Sdn Bhd

DISOKONG OLEH

Disokong oleh Creative Page Sdn Bhd untuk produksi manakala Yumeca Sdn Bhd untuk strategi, pemasaran, tajaan dan penglibatan pengguna. Kerjasama tiga syarikat ini menyempurnakan pelaburan dari pelbagai aspek ke arah Healing Night yang merupakan sebuah keraian bersifat semangat positif.

LOKASI PILIHAN

Dinamakan Healing Night 2026, pesta yang menggunakan medium hiburan sebagai terapeutik ini dijadual berlangsung pada 24 Januari 2026 di lokasi ikonik, Stadium Merdeka Kuala Lumpur pukul 8 malam.

Menurut penganjur, Healing Night 2026 merupakan acara julung kali yang dianjurkan bukan sekadar tentang hiburan semata-mata tetapi mengajak penonton menikmati semangat positif yang disebarkan menerusi muzik.

KONSERT BERSKALA BESAR

Oleh yang demikian penghibur yang dipilih menjayakan konsert berskala besar dengan misi ‘aman’ ini juga merupakan dalam kalangan penyanyi yang cukup berkaliber iaitu Anuar Zain, Ella dan Dayang Nurfaizah daripada Malaysia sementara Kangen Band dan Lyodra akan mewakili Indonesia sebagai satu apresiasi seni Nusantara.

HEALING NIGHT 2026,

Penghibur yang dipilih malah membawakan perpaduan genre yang bertepatan dengan konsep healing sekaligus memberi pengalaman baharu buat khalayak yang hadir.

KENAPA TEMA HEALING?

Menurut Herman Aziz selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yumeca Sdn Bhd lagi, tema healing yang diterapkan dalam Healing Night 2026 adalah sebagai salah satu inisiatif yang mahu ditonjolkan bahawa hiburan atau muzik bukan sesuatu yang ‘keras dan bingit’ serta bersifat negatif jika dianjurkan secara berhemah.

FASA PEMULIHAN

“Selepas pandemik kita melihat masyarakat dunia memilih fasa pemulihan atau healing dengan pelbagai cara. Dan salah satu cara yang kami sifatkan sebagai fasa pemulihan ini adalah melalui terapi muzik.

HEALING NIGHT 2026,

ANTARA ARTIS TERLIBAT

“Ia akan dibarisi oleh penghibur tersohor negara seperti Anuar Zain, Ella dan Dayang Nurfaizah. Untuk menyuntik semangat Nusantara, kami membawakan dua penghibur Indonesia iaitu Kangen Band dan Lyodra.

“Healing Night 2026 bukan sekadar konsert biasa tetapi pesta atau keraian tentang menikmati muzik sebagai salah satu proses terapeutik yang menyenangkan. Apa lagi ia melibatkan semua pihak yang bersifat ikonik – baru daripada barisan penghibur, tenaga belakang tabir serta lokasi,”

-ujar Herman dari Yumeca Sdn Bhd.

PELBAGAI AKTIVITI SELAIN MUZIK

Lebih menarik, tema ini diterjemahkan secara menyeluruh — bukan sekadar pada persembahan muzik, namun pada suasana konsert, reka bentuk pentas, serta aktiviti-aktiviti berinspirasikan kesejahteraan seperti healing tents dan relaxation zones untuk para penonton.

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Menjadi nilai tambah terhadap penganjuran Healing Night 2026 pada 24 Januari 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur kelak. Bukan itu saja ia juga mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia atau MOTAC. Dimana menyifatkan pesta ini sebagai inisiatif yang mampu memperkenalkan budaya serta keunikan seni di Malaysia.

PERANAN PENTING DALAM PELANCONGAN

“Healing Night Concert 2026 hadir tepat pada masanya ketika kita sedang mengorak langkah menuju Tahun Melawat Malaysia 2026. Acara seperti ini memainkan peranan penting dalam menjadikan Malaysia destinasi pelancongan yang meriah dan kaya dengan kepelbagaian budaya, di mana muzik, seni dan masyarakat bersatu dalam keharmonian.

HEALING NIGHT 2026,

“MOTAC mengalu-alukan lebih ramai penggiat industri untuk turut serta menyumbang kepada usaha nasional ini melalui program budaya yang inovatif, inklusif dan berimpak tinggi seperti konsert ini,”

-ujar Ketua Setiausaha MOTAC, Dato’ Shaharudin.

KERJASAMA ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA

Shaharudin  juga menyifatkan Healing Night 2026 sebagai bukti bahawa bakat dan keupayaan syarikat Bumiputera muda mampu mengetuai penganjuran acara bertaraf dunia yang turut memupuk perpaduan budaya antara Malaysia dan Indonesia.

HEALING NIGHT 2026,

“Kerjasama sebegini bukan sahaja memperkukuh hubungan serantau dalam bidang kebudayaan, malah membuka peluang bermakna kepada penggiat industri kreatif negara untuk terus berkembang di pentas antarabangsa,”

-ujarnya lagi.

BAGI ELLA

Selaku salah seorang penghibur yang akan memberi terapi muzik kepada peminat di Healing Night 2026, Ella melahirkan keterujaan kerana penganjur tempatan seperti Yumeca Sdn Bhd dengan kerjasama Kembar Nusantara Sdn Bhd dan Creative Page Sdn Bhd, tampil dengan idea segar dalam penganjuran acara hiburan yang semakin semarak di ibu kota.

HEALING NIGHT 2026,

“Saya menyifatkan konsep Healing Night 2026 sebagai sesuatu yang segar dan mempunyai makna yang signifikan dengan situasi masa kini. Penganjuran konsert bukan hanya tentang acara hiburan tetapi juga boleh menjadi saluran terapi yang baik untuk melepaskan tekanan atau menghilangkan lelah.

“Saya sangat tidak sabar untuk menghiburkan anda bersama rakan penyanyi lain yang cukup berkaliber seperti Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Kangen Band dan Lyodra,”

-ujar Ella.

HARGA TIKET

Penjualan tiket akan mula dijual pada 24 Oktober 2025 dengan kategori seperti berikut

HEALING NIGHT 2026,

Untuk menikmati pengalaman baharu dalam pesta keraian, jangan sampai terlepas Healing Night 2026 yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2026 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Tiket dengan pelbagai kategori harga  boleh dimiliki menerusi pembelian di www.ticket2u.com.my

credit photo: Maestromedia

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *