Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
KL Tower Mini Zoo Bakal Menjadi Tarikan Terbaru Buat Pengunjung di Menara KL |Masih ingat lagi tak yang sebelum ini KP ada cerita yang pelbagai tempat boleh di lawati di Menara KL. Kalau sebelum ini KP berceritakan tentang Blue Coral Aquarium di Menara KL dimana pelbagai jenis ikan ada disini, kali ini KP ingin berkongsi tentang KL Tower Mini Zoo. KL Tower Mini Zoo terletak di Menara KL disebelah kiri sebelum menaiki eskalator.
Blue Coral Aquarium di Menara KL
KL Tower Mini Zoo
Di pintu masuk KL Tower Mini Zoo ada tertera pelbagai tarikan yang bakal diterokai . Agak luas dan besar juga KL Tower Mini Zoo ini. Pasti puas hati pusing-pusing didalam KL Tower Mini Zoo kerana pelbagai kejutan yang bakal menanti para pengunjung.
Selepas membeli tiket, KP dan rakan yang lain dijemput menerokai KL Tower Mini Zoo, jom kita lihat apa yang ada disini. Burung kakak tua bagaikan penyambut tetamu sewaktu KP masuk. Burung kakak tua ini tidak takut dan senantiasa bersedia untuk mengambil gambar. Seperti memahami kehendak KP, pelbagai posing diberikan dan diantaranya;

Snow White of the Monkey
Squirrel Monkey – anak monyet yang mempunyai warna badan berwarna kuning keorenan terutama di bahagian kaki dan tangan. Telinga, hidung dan mulutnya berwarna hitam



Dinosaur Turtle
Common Snapping Turtle
Savannah Bat Eared Fox
Paling comel setakat ini ialah yang ini. Telinganya agak besar hihihi tapi tetap comel


Cape Ground Squirrel
Kuat menyoroklah dan dikatakan cara ia berkomunikasi ialah dengan “mulut ke mulut atau mulut ke hidung”



The Longest Species of Snake – “Albino Golden Python
Besar dan gemuk. Seram juga tengok kedua-dua python ini. 
Raccoon

EEE… Geramnya macam nak cubit sahaja raccoon nie. Nak bawa balik bela boleh tak?

Green Iguana


Seronok bukan melihat haiwan ini datang pada diri sendiri apabila dihulurkan makanan yang diberi oleh penjaga zoo. Lihat ia makan terasa seronok sahaja
Longkang Fishing
Eh terjumpa pula “skandal” Tatie disinilah. Kesian kat dia, lama benar menunggu untuk memberi pelukan sayang pada Tatie (larikkkkkk…….)






Kedai Cenderahati KL Tower Mini Zoo

Selepas penat berpusing didalam jangan lupa singgah disini sama ada untuk berehat sebentar sambil menikmati minuman disini. Tidak disyorkan untuk makan disini kerana ada anak-anak monyet yang bakal menyinggah jika berada disini. 


Tiket
Sekarang adalah promosi untuk penjualan tiket. Kalau sebelum ini dalam RM 32 seorang tetapi sekarang “harga runtuh”
Harga Tiket: Dewasa RM 19.00
Kanak-kanak RM 16.00
Warga Emas RM16.00
Untuk mengetahui promosi terkini boleh layari



























