Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kenalkah Pada iR Radzi Yang Dikatakan Raja OST | Anda kenalkah dengan iR Radzi ? Penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak. Bukan baru dalam bidang nyanyian dimana pernah melakar sejarah di tahun 2015, lagu nyanyian ‘Sempurna Waktu’ diangkat menjadi OST disalah sebuah drama popular TV3 iaitu drama Teman Lelaki Upahan,Lagu ini diantara lagu cipataan beliau sendiri yang dicipta sepenuhnya dan mendapat perhatian peminat-peminat bukan sahaja di Malaysia tetapi Indonesia juga. Beliau juga dapat bekerjasama dengan komposer terkenal dari Malaysia dan Indonesia untuk menghasilkan lagu untuk album dan single-nya.
Kalau dilihat akan perkembangan iR Radzi sendiri, beliau bukan saja penyanyi tetapi juga penulis lagu dimana pernah menjadi salah seorang finalis dalam kategori ‘Artis Terbaik’ di Anugerah Planet Muzik pada tahun 2015. Jika dalam bidang lakonan pula, beliau juga pernah dicalonkan untuk ‘Artis Lelaki Baharu Popular’ dan ‘Penyanyi Lelaki Popular’ di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2016.
Tahun 2018 lagu single terbaru bertajuk ‘Stay’ memberi kelainan dalam genre muzik dimana ianya disusun oleh Bemby & iR Radzi semdiri. ‘Stay’ telah menjadi semakin popular kerana ia dipilih dan diselitkan di dalam drama Melayu terkenal seperti ‘Cinta Roller Coaster’, ‘Biar Aku Jadi Penunggu’,dan ‘Cikgu Dina Pakai Prada’.
Selepas kejayaan ‘Stay’ yang mendapat sambutan positif. Beliau memutuskan untuk bekerjasama bersama rakan baiknya, CK Faizal, untuk single baru iaitu ‘Bujang Duda’.’Cinta Terakhir’ muncul sebagai karya menyerlahkan lagi bakatnya kerana lagu ini amat mendalam maknanya mengenai kehilangan bapanya.