Jakel umum 10 duta perhebat kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.
KEMPEN RAYA MENDONIA BERSAMA JAKEL
Gedung tekstil terkemuka negara, Jakel, memperhebatkan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 dengan melantik 10 duta bagi mempromosikan kepelbagian pakaian sempena
sambutan Aidilfitri tahun ini.
BARISAN DUTA
Lebih menarik, menerusi pengumuman barisan duta-duta erkenaan, Jakel bakal menawarkan rekaan pakaian terbaharu berteraskan material berkualiti menerusi label masing-masing.
Antara duta dipilih memperagakan produk raya Jakel 2025 ialah Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi Keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna seisi keluarga, Senariounion, tiktoker Sallywho seisi keluarga termasuk Upin & Ipin.
UNTUK SEKELUARGA ADA?
“Untuk makluman, tahun ini, koleksi pakaian ditawarkan lebih berkualiti, di mana fabrik diguna pakai lebih tebal tidak panas, mudah kering. Selain ‘breathable’ kebolehnafasan, jahitan yang lebih kemas dan lebih rapi.
“Seperti kita tahu, Jakel adalah produk untuk semua. Di mana kita menyediakan produk untuk semua golongan meliputi pelbagai lapisan peringkat umur. Ini bermakna ibu, ayah, remaja, dewasa dan kanak-kanak dapat menikmati produk berkualiti pada harga penjimatan.
TAGLINE ‘JAKEL, BARULAH RAYA’
“Ini kerana, kita mahu pastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan produk ditawarkan sekali gus tidak akan melupakan pengalaman. Serta memori apabila berbelanja dengan kami, secara tidak langsung terungkaplah tagline kami iaitu ‘Jakel, Barulah Raya’ ,”
-katanya Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel.
PERSEDIAAN AWAL RAYA?
Inisiatif pengumuman duta serta pelancaran kempen tersebut adalah persediaan awal bagi membuka peluang kepada pelanggan memilih pakaian berteraskan rekaan trend terkini dan pilihan warna lebih segar.
WARNA POPULAR
“Untuk tahun ini, kita turut menawarkan pakaian dengan warna popular dan terkini seperti, Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia dan Powder Blue.
BAJU MELAYU MADANI
“Kita juga akan menampilkan harga rakyat iaitu dengan menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49.
Selain baju Melayu Fattah Amin pada RM149 termasuk samping percuma bernilai RM99,”
-sambungnya lagi.
SASARAN 2025
Untuk aspek jualan dan sasaran, beliau memberitahu, pihaknya menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 20 hingga 30 peratus berbanding tahun lalu.
“Bagi mencapai matlamat tersebut kita turut meningkatkan bilangan baju sebanyak sejuta pasang bagi ibu, bapa dan selain 1.5 juta pasang untuk pakaian sedondon,”
Dalam pada itu, ujarnya, seperti tahun sebelum, para pelanggan tidak perlu risau tentang keselesaan ketika mengunjungi gedung Jakel.
“Ini kerana kami menyediakan lebih 2,700 ruang parkir selain surau dan tandas khusus untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan,”