Kempen Milk Mornings Susu Dutch Lady PureFarm bagi Keluarga di Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Susu Dutch Lady PureFarm kini memberikan lebih banyak sebab untuk bersarapan dengan susu. Jenama No. 1* bagi Susu Sedia Diminum di Malaysia kini menangani pengambilan kalsium yang rendah di kalangan dewasa dan kanak-kanak Malaysia dengan kempen terbarunya yang bertemakan Milk Mornings. Kempen Milk Mornings menggalakkan keluarga Malaysia minum susu pada waktu pagi atau menggabungkannya secara kreatif di dalam sarapan untuk membantu mereka memenuhi keperluan kalsium sehariannya.
Bercakap ketika majlis pelancaran kempen Milk Mornings, Jo-Anne Jayasiri, Pengurus Pemasaran di Dutch Lady Malaysia mengatakan sarapan pagi merupakan hidangan yang paling penting kerana sarapan pagi membekalkan tenaga untuk aktiviti pada hari tersebut dan meningkatkan pengambilan nutrisi seharian kita. “Susu membekalkan nutrien yang penting di mana tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita dan itu merupakan minuman dan bahan yang paling ideal untuk sarapan yang membantu keluarga Malaysia memenuhi keperluan kalsium seharian mereka,” katanya.
Beliau membayangkan bahawa kempen Dutch Lady PureFarm Milk Mornings akan menggalakkan keluarga di Malaysia untuk meningkatkan pengambilan minuman yang kaya dengan yang kaya dengan kalsium, bermula dengan satu hidangan ketika menikmati sarapan mereka bersama-sama.
Yang turut menyokong minum susu ketika bersarapan adalah Profesor Dr. Poh Bee Koon dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fakulti Sains Kesihatan yang turut berkongsi kepakarannya pada majlis pelancaran. “Tiada apa yang lebih baik untuk memulakan pagi anda dengan susu. Selepas lapan hingga 12 jam daripada hidangan anda yang terakhir, segelas susu dengan makanan yang lain merupakan bahan yang memenuhi keperluan perut anda yang kosong. Minuman ini kaya dengan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan agar mengawal fungsi secara sendiri selepas anda bangun dari tidur. Susu juga membantu tubuh badan bersedia untuk menyerap lebih banyak kebaikan daripada makanan anda,”katanya.
Prof. Poh menekankan bahawa dengan hanya dua atau tiga hidangan susu sehari boleh membantu memenuhi keperluan pemakanan seseorang. “Dengan meminum satu gelas atau 250ml susu ketika sarapan pagi, kita akan mendapat peningkatan sekurang-kurangnya 275mg kalsium dan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita secara semula jadi. Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting untuk membantu kanak-kanak dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat, dan turut membantu golongan dewasa dalam mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif. Jantung kita, otot dan saraf juga memerlukan kalsium untuk berfungsi dengan baik,” katanya lagi.
Pelakon Aaron Aziz dan isteri beliau, Diyana Halik yang merupakan usahawan, menyedari manfaat daripada sarapan yang sihat. Pasangan selebriti ini memberi penekanan kepada ketiga-tiga anakmereka untuk bersarapan dengan susu sebelum mereka pergi ke sekolah.
“Saya berasa bimbang apabila mendengar tentang hasil kajian yang menunjukkan bahawa orang dewasa dan kanak-kanak di Malaysia tidak mengambil kalsium yang mencukupi daripada diet mereka,” kata Aaron. “Sebagai ibu bapa dan selebriti, kami berasa ini adalah tanggungjawab kami untuk meningkatkan kesedaran agar lebih ramai ibu bapa akan memberi perhatian kepada makanan yang dimakan oleh seisi keluarga mereka, terutama ketika sarapan dan cuba untuk minum susu atau menggabungkan susu yang kaya dengan kalsium ini dalam sarapan mereka,” kata pelakon itu.
Turut berkongsi kebimbangan yang sama, Diyana memastikan ketiga-tiga orang anak mereka cuba memenuhi keperluan kalsium seharian dengan meminum susu Dutch Lady PureFarm. “Mujurlah anak saya tiada masalah dengan minum susu. Namun untuk memastikan mereka tidak ketinggalan nutrien yang penting seperti kalsium, saya akan memberikan mereka pek UHT susu Dutch Lady agar mereka boleh menikmati susu dengan mudah di rumah ataupun dalam perjalanan pergi ke sekolah. Dan dengan satu pek susu pada waktu pagi telah membekalkan mereka satu hidangan pada hari tersebut!”katanya.
Bermula dari bulan April, anda boleh mendapatkan idea-idea sarapan yang sihat dimana penuh dengan kalsium dengan melayari Dutch Lady Malaysia Facebook di
Oklah , jom ke hypermarket nak beli Dutch Lady banyak-banyak untuk buat stock di rumah. Semestinya perisa wajib ada ialah Chocolate dan Strawberry. Aiyok…
#kitepunye #kitepunyedotcom #dutchlady #sarapanpagi #milkmornings