Kempen Masyarakat Penyayang ” Ikan Berkhasiat , Diet yang Sihat 2013″
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kempen Masyarakat Penyayayng ” Ikan Berkhasiat , Diet yang Sihat 2013″ – Ayam Brand | Alhamdulilah, KP di beri peluang bersama blooggers dan Ayam Brand untuk pelancaran kempen penyayang ini Oct 4, 2013. Ianya diadakan di Petrosains KLCC. Pada hari ini juga sumbangan wang dan juga produk akan di berikan pada Rumah yang berikut: Rumah Sayangan, Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan, Persatuan Rumah KIDS, Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah ( RACTAR ), Yayasan Sunbeams Home, Rumah Juara Petaling Jaya, House of Joy damn n Trinity Community Children Home Society
.
Produk-produk yang di sumbangkan tahun ini termasuklah sardin, mackerel, tuna, kacang panggang dan pelbagai lagi makanan bertin yang sihat dan berkhasiat keluaran Ayam Brand.
Kempen Masyarakat Penyayayng ” Ikan Berkhasiat , Diet yang Sihat 2013″ – Ayam Brand
Mr. Ting Seng Hee, Managing Director, Ayam Brand and Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed, Ayam Brand Chairman
Dalam ucapan Tunku Dato’ Mu’tamir bin tunku Tan Sri Mohamed,
“Matlamat kempen ini adalah untuk menggalakkan pengambilan diet pemakanan yang sihat dengan menyertakan pengambilan ikan di kalangan rakyat Malaysia. Ikan di anggap diet yang sihat kerana ia membekalkan vitamin dan mineral yang penting untuk badan kita dan pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan pengambilan ikan sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu”
Hunny Madu sebagai pengacara majlis pada hari ini turut menyumbangkan masa untuk berinteraksi bersama-sama dengan penghuni-penghuni di rumah-rumah kebajikan ini.
“Saya amat berbangga melihat Ayam Brand meneruskan kempen ini tahun demi tahun untuk menolong mereka yang memerlukannya dan saya amat berbangga dapat turut serta dalam kempen ini pada tahun ini”
kata Hunny Madu.
majlis juga di serikan olih persembahan dari adik adik cilik dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah ( RACTAR ). Lagu hindustan tu siap gelek lagi okay.. hehehe comel ajer.. Kempen Masyarakat Penyayang
Bagi memupuk sikap berdikari di kalangan kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan ini, Ayam Brand memeriahkan lagi kempen tersebut menerusi pertandingan ‘Juadah Ikan Kegemaran Saya’ di mana pasukan-pasukan yang terdiri daripada 2 peserta dari setiap rumah kebajikan akan bertanding dengan memasak satu hidangan ikan kegemaran mereka dengan menggunakan produk-produk Ayam Brand. Waaa.. hari ini KP berpeluang melihat adik adik cilik ini memasak. jangan risau mereka memasak di awasi olih kami orang dewasa
berbagai hidangan, cara memasak ,ada yg mengoreng ada yang ” ready made” ada yang menggulung ala suhsi dan lain lain ..
Tunku Dato’ Mu’tamir bin tunku Tan Sri Mohamed melawat beberapa kawasan memasak rumah kebajikan untuk melihat sendiri adik adik cilik memasak dan juga bergambar dengan juadah yang tersedia. Antaranya
overall kitepunye ingin mengucapkan terima kasih dan juga syabas pada pihak Ayam Brand kerana memberi peluang pada kami blooggers untuk sertai projek kebajikan . KP berharap yang masih ada lagi pihak atau syarikat diluar sana membantu serba sedikit pada rumah kebajikan kerana mereka memang memerlukan kita tak kira dari segi wang, barangan, yang paling penting ‘support”
Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand sila layari
Website Ayam Brand : www.ayambrand.com.my.