Kempen Lebih Lagi Nutrisi Dugro 4 bersama Chef Anis Nabilah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kempen Lebih Lagi Nutrisi Dugro 4 bersama Chef Anis Nabilah |Dugro senantiasa memahami apa kehendak ibu-ibu buat anak-anak yang disayangi. Semestinya ibu-ibu mahukan yang terbaik dari segala aspek terutama dalam tabiat pemakanan. Tidak semua kanak-kanak suka makan sayur-sayuran (seperti contoh) , justeru ini dengan adanya Kempen Lebih Lagi Nutrisi Dugro bakal membantu dan mengalakkan ibu dan anak berkreativiti untuk memastikan jua menggalakkan tabiat pemakanan sihat.Chef Anis Nabilah, siapa yang tak kenal dengan chef ini memang rugi. Air tangan masakannya tidak pernah mengecewakan langsung para peminat mahupun pengunjung. Menerusi pengalamannya mengacarakan program masakan Icip-Icip di saluran Asian Food Channel , Enak Tradisi RTM1 dan juga Sesedap Rasa RTM2 bakal berkongsi minatnya yang mendalam terhadap makanan dengan para peserta hari ini sebagai jurucakap Kempen Lebih Lagi Nutrisi Dugro.
Lihat sahaja antara kreativiti yang telah di kongsi bersama untuk para peserta hari ini.
“Penting untuk makan secara sihat dan seimbang dari kecil lagi untuk perkembangan kanak-kanak. Saya sangat gembira dapat berkongsi pengalaman di dapur dengan ibu-ibu untuk memupuk tabiat pemakanan yang sihat buat anak-anak comel ini.
“Antara tips yang ingin dikongsi , buat ibu-bapa yang mengalami kesukaran untuk menggalakkan anak-anak mreka makan makanan yang berkhasiat di syorkan menggunakan makanan yang berbeza-beza dari segi warna mahupun tekstur. Selain itu dapatkan sentuhan anak-anak untuk menyusun menjadikan ianya hidangan yang paling kreatif dan ringkas untuk mereka” kata Chef Anis Nabilah
“Sebagai contoh, biarkan anak anda memilih seni yang mereka inginkan. Pasti ada yang inginkan rumah, pokok ,rama-rama, kucing dan sebagainya. Tunjukkan mereka bagaimana menggunakan Bekas Nutrisi Dugro bagi memudahkan lagi dalam persembahan idea seni makanan dengan cara lebih kreatif.”
Antara hiasan Bekas Nutrisi Dugro yang telah dibuat oleh Chef Anis Nabilah . Cantik, comel dan jika KP sendiri menjadi kanak-kanak pasti inginkan juga seperti ini untuk dibawa ke sekolah hari-hari, Berpeluang untuk turut sama dalam Dugro Food Art Workshop bersama Chef Anis , seperti satu impian.. Tidak KP menyangkakan yang Irfan ada bakat seorang chef. Menjadi orang pertama yang excited dan terlebih gembira apabila dapat menghias sendiri apa yang diingini.
Lihat sahaja muka gembira kerana dapat memotong sendiri buah strawberry yang bakal di hias di atas bentonya nanti
Kening, mata, hidung dan mulut semuanya di buat sendiri olehnya. Nak kepit ambil seewed pun nak buat sendiri. Buatlah dik asalkan anda gembira.
Susunan dalam Bekas Nutrisi Dugro, inilah hasilnya selepas bertungkus lumus di dapur bersama si Irfan. Comel hasil tangan heroku Irfan.
Pandai memilih kombinasi warna dan tahu juga buah-buahan yang digunakan. Apabila ditanya kenapa perlu warna-warni katanya takut boring nanti Irfan tak suka makan… Hmmm.. budak zaman sekarang pandai menjawab dan berkata-kata
Masa kat Dugro Workshop , ada team Bananana Squad interview Irfan. Sukalah member kan sebab dia on air lagi dan kali ini di TV3 pula. Bangga teramat sangat sampai masa dalam perjalanan balik asyik bercerita pasal ini.
Inilah hasil hero untuk Bekas Nutrisi Dugro. Tak disangka dalam diam ada bakat chef didalam dirinya.
Chef Anis Nabilah sedang bertanya pada Irfan apakah yang ada didalam Bekas Nutrisi Dugro. Malu nak menjawab, dicarinya mama.
Setiap workshop bakal di akhiri dengan penyampaian sijil buat para peserta . Alhamdulilah KP & Irfan dapat sijil penyertaan untuk menyertai workshop kempen Lebih Lagi Nutrisi Dugro. Terima kasih pada team Dugro kerana memberi peluang untuk KP turut serta sambil dapat mengetahui bakat yang terpendam.
Sedikit informasi ingin di kongsi
- Roadshow “Dunia Lebih Nutrisi Dengan Dugro” di seluruh negara, yang mana akan berlangsung di lebih 50 lokasi di seluruh Malaysia. Di sepanjang acara pelbagai permainan dan aktiviti interaktif serta idea seni makanan dan petua istimewa daripada Chef Anis 🙂
- Di roadshow ini juga tedapat promosi eksklusif yang mana kita boleh dapatkan Bekas Nutrisi Dugro secara esklusif dengan setiap pembelian 2 pek 900g Dugro 5 Nutri! Bekas makanan ini memudahkan ibu-ibu menyediakan makanan untuk anak-anak mereka untuk dibawa ke sekolah. Dalam bekas makanan itu terdapat petak berasingan, jadi mudahlah kita untuk menghasilkan makana secara kreatif.
- Bermula 31 Ogos – 11 Oktober 2015, ibu-ibu juga berpeluang menyertai “Peraduan Lebih LAgi Nutrisi”, yang mana kita boleh menggabungkan petua-petua Anis Nabilah dengan hasil kreativiti ibu-ibu sendiri . Dan hasil seni itu dirakamkan (ambil gambar) seterusnya muat naik ke halaman facebook Dugro (http://facebook.com/DumexDugro) dan berpeluang memenangi hadiah yang hebat!
Untuk keterangan lanjut mengenai Dugro dan Kempen “Lebih Lagi Nutrisi”,
Layari Website Dugro : www://dugro.com.my
Dumex Careline 1800-38-1038.
#kitepunye #kitepunyedotcom #dugro #lebihlaginutrisi