Jika berkelapangan apa kata ke Mydin USJ untuk sama-sama turut serta dalam kempen Kasih Sayang Ibu dan Si Manja 2024.

KEMPEN KASIH SAYANG IBU DAN SI MANJA 2024

Kempen anjuran Mydin ini adalah di bawah inisiatif Program Jualan Ihsan RAHMAH (PJIR). Dirasmikan di MYDIN USJ, Subang Jaya oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

KERJASAMA STRATEGIK

Ia juga dilaksanakan secara kerjasama strategik bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga.

Ini melalui penawaran jualan barangan bayi dan kanak-kanak pada harga yang lebih rendah dan berpatutan.

WHOLE OF NATION APPROACH

Ini adalah selari dengan pendekatan Kementerian melalui “whole of nation approach” dalam menangani kos sara hidup rakyat. Meningkatkan keterangkuman penglibatan pelbagai pihak sekali gus memanfaatkan lebih ramai pengguna.

PENJIMATAN DI MYDIN

Bermula dari 29 April sehingga 30 Mei 2024, mereka yang berkunjung ke Mydin akan ditawarkan dengan penjimatan diskaun, rebat dan hadiah percuma berjumlah sehingga RM800,000.00.

ANTARA BARANGAN

Keperluan bayi dan kanak-kanak yang ditawarkan adalah susu tepung, lampin pakai buang, set pakaian bayi dan kanak-kanak.

Serta pelbagai barangan lain bagi jenama seperti Abbott, Carrie Junior, Diapex, Dryfirst, Drypers, Dugro, Farm Fresh, Fernleaf, Gnubkins, Huggies, Johnson & Johnson, Milna, Molfix, Nestle dan Pureen.

KOMITMEN MYDIN

Kempen penjimatan ini merupakan komitmen MYDIN dengan kerjasama beberapa jenama besar dalam usaha membantu meringankan kos sara hidup.

Juga perbelanjaan ibu bapa serta penjaga terutamanya pada pasca sambutan Aidilfitri dan pembukaan sesi baru persekolahan.

PAYUNG RAHMAH MADANI

PJIR merupakan salah satu inisiatif baharu KPDN bermula tahun 2024 di bawah Agenda Payung RAHMAH MADANI. Menggalakkan penyertaan aktif pihak swasta dan industri khususnya di bawah sektor peruncitan.

Agar dapat ke menawarkan harga barangan keperluan dengan harga yang lebih berpatutan tanpa melibatkan sebarang peruntukan khusus daripada Kerajaan (private driven initiative).

Telah mula dilaksanakan pada 23 Januari 2024 dan sehingga 25 April 2024 sebanyak 40 pemain industri dalam sektor peruncitan telah melaksanakan PJIR di 2,770 lokasi di seluruh negara.

INISIATIF PAYUNG RAHMAH MADANI

Adalah manifestasi keprihatinan dan konsep IHSAN Kerajaan kepada rakyat Malaysia. Khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik daripada pemain industri.

KPDN berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia. Terutama kepada pengguna yang berhasrat mendapatkan barangan bayi dan kanak-kanak yang berkualiti dengan harga yang murah serta berpatutan.

Sokongan dan penglibatan lebih ramai pemain industri untuk terlibat dalam kempen ini amatlah digalakkan.

Website

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge