Quaker Lancar Kempen Jom Quaker Fit bagi Menggalakkan Tabiat Pemakanan Lebih Pintar dalam Kalangan Rakyat Malaysia. Jenama oat No. 1 1 dunia memperluaskan inisiatif untuk bantu rakyat Malaysia makan lebih baik, bukan kurang, mengurus berat badan setiap hari dengan kaedah, tip, dan penyelesaian berasaskan oat
JOM QUAKER FIT
Quaker, jenama oat No. 1 dunia, 2 telah melancarkan Kempen Jom Quaker Fit secara rasmi, evolusi terkini dalam gerakan kesihatan di seluruh negara. Kempen ini bertujuan menyokong rakyat Malaysia membina tabiat pemakanan lebih bijak ke arah pengurusan berat badan yang lebih baik dan meningkatkan tahap kesihatan.
OAT SEBAGAI PENYELESAIAN
Berpegang kepada keyakinan bahawa sarapan yang berkhasiat boleh menentu rentak sepanjang hari, kempen ini meletakkan oat sebagai penyelesaian berasaskan sains yang mampu membantu mengawal tanda-tanda awal pertambahan berat badan, menyokong kesihatan jantung, dan meningkatkan fungsi penghadaman.
MESEJ ‘MAKAN LEBIH BAIK, BUKAN KURANG’
Diadakkan di Sunway Velocity Mall, pelancaran kempen tersebut mengetengahkan mesej “Makan Lebih Baik, Bukan Kurang” menerusi sesi perbincangan bersama pakar, demonstrasi masakan secara langsung. Ada juga zon kesihatan interaktif yang memaparkan bagaimana perubahan kecil seperti menambah
oat ke dalam hidangan harian mampu menyokong kesihatan jangka panjang.
Angka membimbangkan ini mencerminkan krisis kesihatan awam yang semakin meruncing, didorong oleh tabiat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat seperti pengambilan serat yang rendah, pengambilan karbohidrat terproses yang tinggi serta garam berlebihan dalam pemakanan harian.
TABIAT PEMAKANAN
Tabiat pemakanan sebegini sering dikaitkan secara langsung dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit termasuk hipertensi, diabetes, dan penyakit jantung, yang mana kebanyakannya boleh dicegah dengan mengamalkan pemakanan lebih baik dan mengubah gaya hidup dalam jangka panjang.
“Pemakanan sihat bukan hanya mengenai berat badan; ia merangkumi pembentukan tabiat yang menyokong kehidupan lebih baik termasuk pergerakan, kesihatan mental dan tahap tenaga. Sudah tiba masanya kita menilai makanan hanya dari jumlah kalorinya, dan mula memberi tumpuuan kepada
khasiat, keseimbangan, dan tabiat pemakan. Mulakan dengan langkah bijak menambahkan oat ke dalam
hidangan harian,”
-ujar Pakar Perunding Dietetik, Georgen Thye.
KEMPEN JOM QUAKER FIT
Susulan kejayaan cabaran yang pertama kali diadakan pada tahun 2024, Kempen Jom Quaker Fit
menggalakkan rakyat Malaysia untuk memulakan hari mereka dengan oat dan menjadikannya sebahagian daripada rutin sarapan setiap hari. Kempen ini menekankan perbezaan ketara yang dapat dirasai hasil pengambilan serat yang lebih baik, pengeluaran tenaga yang lebih perlahan, dan rasa kenyang yang lebih lama, dalam tempoh seawal 30 hari.
CABARAN 30 HARI
Sebagai sebahagian daripada kempen yang lebih meluas, Quaker turut menganjurkan Cabaran 30 Hari di 70 outlet runcit yang mengambil bahagian, dan rancangan untuk memperluaskan jangkauan melalui kerjasama dengan institusi kesihatan dan universiti pada akhir tahun ini.
“Di Quaker, kami percaya bahawa untuk membawa perubahan, kita perlu mendekati rakyat Malaysia di
mana mereka berada, bagi menunjukkan kaedah yang mudah dan boleh dicapai, yang mampu memberikan impak sebenar tanpa mengubah rutin harian. Kempen Jom Quaker Fit adalah mengenai
membuat perubahan yang bijak serta mampan, tanpa perlu berkorban.
Ia membantu rakyat Malaysia membentuk tabiat pemakanan yang lebih baik dengan penyelesaian yang disokong oleh sains, bermula dengan salah satu bijirin paling bermanfaat di dunia: Supergrain Oats. Kami berbangga kerana dapat menerajui gerakan yang praktikal, inklusif, dan berasaskan sains untuk menyokong perjalanan kesihatan rakyat Malaysia,”
-kata Pengurus Besar Kluster PepsiCo Malaysia & Filipina, Aditya Ahuja.
HARI BERSAMA OAT
Dengan sokongan daripada lebih 80 kajian klinikal di peringkat global, oat terbukti secara saintifik dapat membantu mengurus berat badan. Ini kerana oat mengandungi beta-glukan, sejenis serat boleh larut semula jadi yang penting untuk meningkatkan rasa kenyang dan mengawal paras gula dalam darah.
Ia membantu mengelak pengambilan makanan berlebihan dan menyokong matlamat kesihatan jangka panjang tanpa perlu bergantung kepada diet yang terlalu ketat. Dengan memulakan hari bersama oat, rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai manfaat makanan super ini untuk kesihatan penghadaman, tenaga berpanjangan, dan kesihatan jantung, semuanya dalam semangkuk hidangan yang berkhasiat!
DIBENTUK SESUAI DENGAN KEHIDUPAN SEBENAR
“Kempen Jom Quaker Fit dibentuk agar sesuai dengan kehidupan sebenar dan berasaskan sains. Ia bertujuan membantu rakyat Malaysia mengawal kesihatan mereka dengan melakukan perubahan kecil secara konsisten, bermula dengan sarapan yang sihat.
Dengan kandungan beta-glukan, kajian menunjukkan bahawa oat memberikan rasa kenyang dan membantu mengawal paras gula dalam darah, dua faktor penting dalam mengurus berat badan. Sama ada dinikmati semasa sarapan atau ditambah ke dalam hidangan enak, oat menawarkan cara yang praktikal dan menyeronokkan untuk meningkatkan pengambilan serat dan menyokong diet yang lebih seimbang.”
-kata Ketua Saintis R&D Pemakanan PepsiCo, Dr. Kit Phanvijhitsiri.
SATU MESEJ, PELBAGAI HIDANGAN
“Pemakanan sihat tidak semestinya rumit atau terlalu menyekat. Mengamalkan pengambilan oat dalam
hidangan pagi merupakan langkah pertama yang mudah ke arah meningkatkan rasa kenyang, sistem
penghadaman, dan tahap tenaga. Demonstrasi masakan hari ini membuktikan bahawa oat bukan
sesuatu yang membosankan; ia sangat versatil, mampu milik, dan sangat memuaskan apabila digunakan
secara kreatif. Kempen ini menunjukkan bahawa makanan sihat boleh menjadi mudah, mengenyangkan
dan menyelerakan. Anda tidak perlu menyekat selera anda, tetapi cuma perlu membuat pilihan lebih baik
setiap hari,”
-kata Pakar Perunding Dietetik, Georgen Thye.
Kempen Jom Quaker Fit kini dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan merangkumi:
Pemeriksaan Komposisi Badan PERCUMA di 70 kedai runcit yang mengambil bahagian
Resipi baharu berasaskan oat, kandungan pempengaruh, dan tip pakar pemakanan