KEMPEN CARE CAKE DEMI KANAK-KANAK KANSER, AMAZING!

MoU Ajwa Bakery & Adina Charity Circle Lancar Kempen ‘Care Cake’ Demi Kanak-Kanak Kanser

KEMPEN CARE CAKE

Syarikat Ajwa Bakery Sdn Bhd dan pertubuhan amal Adina Charity Circle (ACC) hari ini memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi melancarkan kempen amal bersama, Kempen Care Cake – Hidangan Yang Membawa Harapan”.

KEMPEN CARE CAKE

KERJASAMA BERSAMA

Inisiatif ini bertujuan mengumpulkan dana bagi Tabung Kanak-Kanak Kanser ACC. Menerusi kerjasama ini, 30 peratus daripada setiap hasil jualan kek ‘Care Cake’ akan disalurkan untuk membiayai keperluan bulanan pesakit kanser kanak-kanak seperti lampin dan susu khas.

KEMPEN CARE CAKE

KOLABORASI BERSAMA

Menyatakan kolaborasi yang berlangsung sehingga hujung tahun 2025 ini adalah usaha menyatukan makanan dan keprihatinan. Kek adalah simbol kasih dan keprihatinan. Apabila Adina Charity Circle datang dengan misi membantu kanak-kanak ini, kami bersetuju serta-merta.

KEMPEN CARE CAKE

-ujar Pengarah Urusan Ajwa Bakery, Dahlia Nadzmi.

BANTUAN NUTRISI

Berkongsi kesukaran perjalanan amal mereka, termasuk saat kehilangan pesakit cilik yang pernah dibantu, dan menekankan harapan agar kerajaan dan agensi berkaitan memberi tumpuan khusus kepada bantuan nutrisi dan sokongan psikososial keluarga pesakit.

KEMPEN CARE CAKE

-kongsi Pengerusi Adina Charity Circle (ACC), Nurdieana Mohd Mardzi.

KEK CARE CAKE

Kek ‘Care Cake’ berperisa tiga (3) jenis dijual pada harga RM22 (satu paket) dan boleh didapati di semua cawangan Ajwa Bakery. Kedua-dua pihak menyasarkan jualan sekurang-kurangnya 5,000 paket dalam tempoh tiga (3) bulan

KEMPEN CARE CAKE
KEMPEN CARE CAKE

Adina Charity Circle (ACC) diasaskan pada tahun 2021 dan kini dibantu oleh 24 sukarelawan tetap dalam menyalurkan bantuan kepada kanak-kanak kanser di seluruh negara.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge