Tahniah buat team U Mobile di atas pembukaan kedai pertama edai jualannya yang pertama di Malaysia Timur yang terletak di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah

KEDAI PERTAMA U MOBILE

 Pembukaan kedai ini menandakan komitmen U Mobile untuk mengembangkan kehadiran jenama dan rangkaiannya di Malaysia Timur, selaras dengan strategi keseluruhan syarikat

KHAS UNTUK PELANGGAN DI SABAH

U Mobile, pembekal perkhidmatan mudah alih dan digital yang juga pemenang pelbagai anugerah, telah melancarkan kedainya yang pertama di Malaysia Timur, terletak di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah.

Pelancaran ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat telekomunikasi itu untuk meluaskan capaian dan meningkatkan libat urus bersama pelanggan di Sabah.

ANTARA KHIDMAT DITAWARKAN

Kedai khidmat lengkap itu akan menyediakan pelanggan dengan pelbagai tawaran U Mobile dan pengalaman digital mudah alih, seperti sudut permainan eksklusif untuk pelanggan menguji kehebatan kuasa 5G U Mobile.

Selain itu, pelanggan boleh datang ke kedai untuk melanggan mana-mana pelan U Mobile, seperti pelan prabayar dan pascabayar U Borneo, melihat peranti 5G terkini untuk pilihan ‘bundling”.

Juga mengaktifkan eSIM, membuat pemindahan pelan internet sambil mengekalkan nombor semasa, atau menukar pelan kadar mereka.

PESTA CARA U SABAH FEST

·Bagi menandakan pelancaran kedai ini, U Mobile menganjurkan pesta Cara U Sabah Fest selama tiga hari yang meraikan muzik, makanan, sukan, permainan dan banyak lagi dari Sabah!

Bagi meraikan perkembangan ini, U Mobile turut menganjurkan Cara U Sabah Fest, iaitu pesta selama tiga hari. Menampilkan budaya dan bakat Sabah yang hebat seperti penyanyi Stacy Anam, duta U Mobile untuk Malaysia Timur yang akan memperkenalkan sebuah lagu baharu bertajuk “Cara U”. 

Selain Stacy, Cara U Sabah Fest juga akan menampilkan artis seperti Andi Bernadee, ISOBAHTOS, Estranged, K Clique, serta penampilan oleh para pemain Sabah FC, permainan MLBB dan Dota 2, permainan VR interaktif dan pengalaman mudah alih yang membolehkan peserta merasai kelebihan kuasa 5G U Mobile. 

NIKMATI TAWARAN TERBAIK

“U Mobile teruja untuk melancarkan kedai pertama kami di Malaysia Timur di Imago Mall, Kota Kinabalu, Sabah! Kedai ini hanyalah sebahagian daripada rancangan keseluruhan kami untuk meluaskan fokus dan jejak kami di Malaysia Timur.

Lebih ramai pelanggan boleh menikmati tawaran terbaik daripada U Mobile dari segi perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif kami yang disokong oleh Rangkaian 5G No. 1 di Malaysia,”

-kata Navin Manian, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile.

Sempena pelancaran kedai yang baharu ini, 250 orang pelanggan pertama yang mendaftar untuk pembelian peranti yang digabungkan,

Pilihan dengan U Postpaid Borneo 68, U Postpaid 68 atau U Postpaid 98 akan layak mendapat rebat sehingga RM120, serta hadiah-hadiah menarik yang lain. Promosi ini bermula dari 26 April 2024 dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Para pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah seperti peranti 5G terkini, topi edisi terhad dan banyak lagi. Cara U Sabah Fest akan berlangsung mulai 26 – 28 April 2024, 10am – 10pm bertempat di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu. Masuk adalah percuma.

Website CaraUSabah

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge