KEAJAIBAN MAGHRIBI SEMPENA HARI RAYA DI SURIA KLCC

Inginkan kelainan merasai sambutan Hari Raya tahun ini, apa kata jom ke Suria KLCC untuk alami keajaiban Maghribi yang lain dari yang lain.

KEAJAIBAN MAGHRIBI

Untuk kali ini, dekorasi Suria KLCC bertemakan kesenian Maghrib dan berlangsung dari 7 Mac hingga 13 April 2025. Di Centre Court, bakal terpukau dengan kecantikan dekorasi yang menampilkan Istana Maghribi. Gabungan warna biru dan emas berjaya menarik perhatian pengunjung dari jauh.

KEAJAIBAN MAGHRIBI SEMPENA HARI RAYA DI SURIA KLCC

Kubah tertutup dengan unjuran interaktif, tanglung Maghribi yang menyala dengan corak memukau dan lengkungan tradisional yang megah berjaya menghidupkan suasana halaman istana yang indah.

ESPLANADE KLCC

Tidak ketinggalan di Esplanade KLCC, lengkungan Moorish besar berdiri megah dengan pencahayaan interaktif, menawarkan latar belakang yang sempurna untuk kenangan bergambar Aidilfitri.

TRADISIONAL TUNES

“Sempena Hari Raya ini, kami berbesar hati untuk mempersembahkan satu sambutan yang bukan sahaja memukau dengan keindahannya tetapi juga menggalakkan perpaduan, kemurahan hati dan kegembiraan,”

-kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

KEAJAIBAN MAGHRIBI SEMPENA HARI RAYA DI SURIA KLCC

Selain dekorasi, pengunjung boleh menikmati persembahan “Tradisional Raya Tunes” yang menampilkan alunan gitar Oud Arab dan rentak gendang Maghribi pada 30 Mac dan 1 April.

“A Raya Dance Spectacle” pula akan membawa penari dalam kostum Maghribi yang menawan untuk persembahan Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan ini pada 23 dan 29 Mac serta hari pertama Hari Raya (31 Mac)

WORKSHOP PUN ADA

Pengunjung boleh menyertai pelbagai bengkel kreatif bertemakan Hari Raya. ’Raya Coaster Workshop’ mengajak pembeli-belah mencipta alas cawan mozek berwarna-warni sebagai kenang-kenangan.

KEAJAIBAN MAGHRIBI SEMPENA HARI RAYA DI SURIA KLCC

Manakala ’Raya Floral Workshop’ memberi peluang untuk menghasilkan hiasan bunga yang indah untuk menyemarakkan suasana perayaan.

PESTA MERIAH LAIN MACAM ASTRO

Menambah keceriaan, “Pesta Meriah Lain Macam Astro” akan berlangsung pada 15 dan 16 Mac bersama selebriti terkenal. Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik bersama selebriti terkenal dari lineup Raya 2025 Astro, termasuk Wani Kayrie, Dinda Dania, Miss Alvy, Hael Husaini, Zizan Razak, Nadeera Zaini dan ramai lagi.

KEAJAIBAN MAGHRIBI SEMPENA HARI RAYA DI SURIA KLCC

GANJARAN ISTIMEWA UNTUK PEMBELI-BELAH

Pembeli yang berbelanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar RM100 dan set Sampul Raya Suria KLCC. Manakal yang berbelanja RM10,000 ke atas bakal menerima e-Baucar RM300, set Sampul Raya dan pemgang sampul mewah.

KEAJAIBAN MAGHRIBI SEMPENA HARI RAYA DI SURIA KLCC

SURIA RIBBON PIN

Sebagai sebahagian dari komitmen jangka panjang terhadap kesedaran kesihatan mental, pengunjung boleh membeli ‘Suria Ribbon Pin; dengan harga RM10. JUga boleh sertai Bengkel Pembuatan Coaster Hari Raya khas. Hasil jualan akan disalurkan kepada NGO yang menyokong kesihatan mental.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge