“Katakan Ya kepada Jenama Watsons”
“Katakan Ya kepada Jenama Watsons”
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Watsons Malaysia, peruncit terbesar barangan kesihatan dan kecantikan Asia yang juga ahli Kumpulan Watsons A.S. hari ini telah melancarkan kempen “Katakan Ya kepada Jenama Watsons”, yang dirangka untuk mempromosi Jenama Watsons, jenama tersendiri rangkaian ini yang berkualiti tinggi dengan harga mampu beli, kepada pasaran Malaysia.Pelaksanaan kempen ini adalah tepat, memandangkan kos sara hidup di Malaysia semakin meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Menurut Jessica Ng, Pengarah Pemasaran & Pembangunan Watsons Malaysia, “Tahun ini semakin ramai orang mengutamakan simpanan mereka berikutan peningkatan kos sara hidup. Tinjauan pada tahun lalu menunjukkan lebih separuh daripada para pengguna Malaysia membuat penjimatan daripada berbelanja untuk hiburan dan membeli pakaian untuk beralih kepada barangan runcit yang lebih murah
Watsons percaya bahawa para pengguna Malaysia akan menyambut baik tawaran kombinasi Jenama Watsons yang pelbagai, berkualiti serta mampu beli yang tiada tandingan ini. Menurut Caryn Loh, Pengurus Besar Perdagangan Watsons Malaysia, “Watsons adalah pemain utama bagi label pasaran kecantikan dan kesihatan peribadi. Di Asia saja, kami berjaya menjual lebih daripada 260 juta produk-produk Jenama Watsons pada tahun lalu.Kami mahukan pelanggan yakin dengan kualiti Jenama Watsons, oleh itu program penyelidikan dan pembangunan terperinci serta proses kawalan kualiti yang ketat dikenakan bagi setiap barangan Jenama Watsons, untuk menghasilkan produk yang selamat dan berkesan bagi memenuhi kehendak para pelanggan
Pendekatan santai “Katakan Ya” melalui karikatur yang menjadi tulang belakang kreatif kempen ini ialah dari cetusan idea Reggie Lee, salah seorang kartunis terkenal di Malaysia. Karakter kartun ikonik Reggie kerap kalinya merupakan karikatur isu-isu semasa tempatan dalam akhbar-akhbat utama Malaysia. Bercakap di majlis pelancaran, Reggie mengakui bahawa pengamatannya mengenai kesan kenaikan harga barang telah membantunya menentukan hala tuju kreatif kempen berkenaan. “Apabila saya dijemput untuk terlibat dalam kempen Katakan Ya kepada Jenama Watsons, perkara pertama yang saya lihat ialah isu kenaikan harga barang di Malaysia. Apabila mendengar perbualan orang ramai kini, ia selalunya mengenai kenaikan harga barang dan apa yang akan mereka lakukan mengenainya. Di situlah Jenama Watsons tampil sebagai hero untuk membantu rakyat Malaysia mengekalkan kos sara hidup yang rendah,” kata Reggie
Kempen “Katakan Ya kepada Jenama Watsons” adalah program pengaktifan 360 darjah yang merangkumi inisiatif pengiklanan, media dalam talian termasuk laman mikro dan media sosial yang khusus, serta promosi-promosi dalam rangkaian kedai yang dirangka untuk mengetengahkan aspek-aspek “nilai, percaya dan kualiti” Jenama Watsons di seluruh Malaysia. Kempen ini akan berlangsung di seluruh negara selama enam bulan
#Watsons #katakanyakepadajenamawatsons
dulu ada kad watson ni..tapi dah xpired…
Emm tak pernah try pulak produk watson ni..kalau ada yang bagi free, nak try gak..hahaha
Pondok Papan recently posted…Pentingnya Sebuah Mesin Jahit