KARYA BREAK KOLABORASI DUA LEGENDA, AMAZING!

Break Kolaborasi Sulung Dua Legenda, Misha Omar – Melly Goeslaw Misha Omar Kembali Dengan Karya Galau, Membekas Di Jiwa

MISHA OMAR

Penghibur berkaliber Misha Omar kembali menghangatkan industri muzik dengan sebuah karya yang bermutu. Buat julung kali, Misha Omar, 43, hadir dengan karya yang menggandingkan sinergi muzik Nusantara.

Pemegang predikat tiga kali Vokal Terbaik Di Anugerah Juara Lagu ini menghidupkan karya ciptaan
komposer berprolifik tinggi Indonesia, Melly Goeslaw dalam sebuah persembahan segar dan penuh
magis.

KARYA BREAK

Break — demikian judul karya terkini yang dilahirkan Misha Omar. Diterbitkan oleh syarikat rakaman termahsyur, Sony Music Entertainment, Break dipasarkan secara rasmi di semua platform tradisional
serta digital bermula 20 Jun 2025. Turut menjadi runut bunyi bagi drama Mandul Bukan Pilihan di
saluran Astro Ria & sooka pada jam 10 malam setiap hari Isnin hingga Khamis.

KOLABORASI DENGAN MELLY GOESLAW

Break merupakan sentuhan penuh lagu dan lirik daripada Melly Goeslaw dengan Tohpati sebagai penerbit. Lebih mengujakan, Break merupakan kolaborasi pertama di antara dua legenda muzik serumpun iaitu Misha Omar bersama Melly Goeslaw.

MAKSUD BREAK?

Menariknya, Break yang membawa maksud rehat, patah atau jeda tidak akan membuat Misha Omar berehat. Break sebaliknya menjadi simbolik buat Misha tidak akan berhenti menghasilkan karya bermutu yang relevan dalam pasaran muzik. Sebagai seorang penghibur yang telah menelusuri kembara seni lebih dua dekad pula, setiap karya yang dihasilkan tidak akan meninggalkan ‘rasa’ Misha Omar yang selalu sarat emosi namun ‘dinikahkan’ manis dengan suasana masa kini.

DIRECT MESSAGE MELLY GOESLAW

Bercakap mengenai penghasilan Break, Misha memberitahu beliau telah mendekati Melly di media
sosial menerusi Direct Message (DM).

“Projek ini bermula apabila saya memberanikan diri mendekati Melly di DM. Saya DM beliau memberitahu hasrat untuk memiliki sebuah lagu yang diciptakan oleh beliau. Setelah itu Melly menciptakan Break khusus buat saya,”

-ujar Misha mengenai permulaan penghasilan Break.

KARYA ISTIMEWA

“Saya menyifatkan Break menjadi karya yang istimewa kerana sebagai penyanyi, saya sudah lama ingin mendendangkan lagu hasil sentuhan Melly Geoslaw. Kini, impian itu terlaksana pada waktu yang saya
boleh kata sebagai tepat. Dan lagu ini, bermula dari judulnya iaitu Break sehingga melodi dan lirik ; dihasilkan sepenuhnya

Melly buat saya. Sebagai penyanyi saya mahu menyampaikan karya yang pada saya sebati daripada
segi melodi dan lirik ini dengan cukup baik,”

Misha kemudian menyifatkan Break yang melalui proses penghasilan di Jakarta, Indonesia sebagai
karya yang istimewa buatnya.

RAIKAN KEBERAGAMAN MUZIK NUSANTARA

Dengan kemunculan Break di pasaran, Misha mengakui beliau mahu melihat industri hiburan tempatan
dan serumpun sentiasa hangat dengan sambutan yang tidak berbelah bahagi dalam kalangan peminat.

“Sebagai penghibur harapan saya juga besar untuk melihat peminat sentiasa menyokong karya-karya
yang dihasilkan supaya industri muzik boleh terus berkembang. Menghasilkan Break yang menyaksikan saya berkolaborasi dengan komposer Indonesia bukan untuk menafikan hak dan kehebatan karyawan seni tempatan tetapi ingin meneroka lebih jauh terhadap kredibiliti diri yang selalu ingin terus belajar perkara baharu sekaligus meraikan kebegaraman muzik Nusantara,” ujar Misha.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge