Kanak-Kanak dari Shelter Home di Raikan Sempena Tahun Baru Cina di eCurve
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba, seramai 20 orang kanak-kanak & 2 penjaga mereka dari Shelter Home Petaling Jaya telah di raikan dalam satu sambutan perayaan khas anjuran eCurve. Kanak-kanak ini di berikan potongan rambut penuh gaya oleh pendandan rambut professional dari salun The S’Pro Hairdressing sebelum memasuki pusat membeli belah eCurve. Masing-masing berkongsi kegembiraan sambil mengagumi gaya rambut terbaru mereka. Kemudiannya mereka menuju ke CP Arcade eCurve untuk seisi permainan arked . Kedengaran sorakan dan riang tawa sambil mereka bermain pelbagai jenis permaiana yang di tawarkan oleh arked tersebut
Dengan suasana perayaan yang serba ceria, tetamu-tetamu cilik ternyata menikmati keindahan Centre Atrium yang di hiasi dengan warna-warna merah dan merah jambu bersesuaian dengan kempen Tahun Baru Cina di eCurve iaitu Vibrant Vibes A CNY Pop Show. Tanglung-tanglung yang berunusr moden serta tradisional memenuhi segenap kawasan tersebut dan hiasan warna terang tersebut telah menaikkan semangat musim perayaan dalam diri kanak-kanak terserbit sambil bersiap sedia untuk aktiviti-aktiviti seterusnya
Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Kompleks eCurve berkata, ” Sambil kita mengalu-alukan kedatangan Tahun Monyet, kami gembira kerana dapat meraikan sambutan istiewa ini bersama kanak-kanak dari Shelter Home. Musim perayaan adalah waktu di mana ahli keluarga dan rakan-rakan saling berkumpul dan kami berbesar hati kerana dapat berkongsi keseronokan ini bersama tetamu-tetamu cilik kami. Kami turut gembira mengetahui mereka telah terhibur dengan semua aktiviti yang telah di sediakan pada hari ini. Kami berharap agar mereka akan pulang pada malam ini membawa satu kenangan yang indah di eCurve
Tarian Singa Kwong Ngai
Tarian Singa Kwong Ngai dipersembahkan di Main Entrance Foyer. Ianya di saksikan oleh kanak-kanak dari Shelter Home, tetamu yang hadir dan para pengunjung yang berada di pusat membeli belah di eCurve sewaktu itu. Pelbagai aksi di lakukan yang terselit kelucuan, debaran dan keseronokan.
Comel kan singa ni. Pandai pula buat lawak. Lompatan dari satu tiang ke satu tiang yang lain mengagumkan para hadirin yang menikmati persembahan tarian singa ini.
Gambar kenangan En Azizul dan Singa
Kanak-kanak dari Shelter Home bersorak kegembiraan kerana setiap seorang daripada mereka telah di hadiahkan Ang Pow dan juga hadiah Tahun Baru Cina dari pihak eCurve. Terpancar kegirangan mereka sewaktu menerima sumbangan ini dari En Azizul dan pihak eCurve.
Para tetamu cilik ini diakhiri dengan sajian makan malam yang lazat khas untuk kanak-kanak dan penjaga-penjaga mereka di Pelicana Chicken sebuah restoran Korea yang menawarkan hidangan gourmet asli ayam goreng dan pelbagai hidangan lazat lain. Bergambar sebelum pulang bersama pihak eCurve dan para penaja sebelum menjamu selera adalah wajib
Sedikit informasi Vibrant Vibes A CNY Pop Show
Sepanjang kempen Tahun Baru Cina eCurve dari 8 Januari hingga 9 Februari 2016, persembahan tarian singa akrobatik yang menakjubkan akan dipersembahkan pada setiap hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Selain itu Dewa Kemakmuran turut akan membuat penampilan dan berjalan-jalan di sekitar eCurve sambil menghulurkan gula-gula dan ucapan tahun baru. Pelbagai promosi dan tawaran menarik menanti para pengunjung di Centre Atrium termasuk pakaian, hiasan dan barangan Tahun Baru Cina sebagai persiapan menyambut tahun baru ini. Sepanjang kempen ini juga, pelanggan yang membelanjakan RM 150 ke atas dalam maksimum 2 resit akan berpekuang untuk menebus Kanister Gula-Gula dan paket Ang Pow istimewa dari eCurve. Ianya tertakluk kepada terma dan syarat
Sekali lagi, syabas buat pihak eCurve atas perhatian pada mereka yang memerlukan apatah lagi sewaktu perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi. Terima kasih juga kerana menjemput KP untuk turut sama hadir pada hari ini bersama kanak-kanak dari Shelter Home. Credit picture : Sherry Go
Inginkan maklumat lanjut layari
Website eCurve
Facebook eCurve
#kitepunye #kitepunyedotcom #eCurve #ShelterHome