KAMISEMPOI INTERNATIONAL AGENCY LANCAR LABEL MUZIK, AWESOME!

KamiSempoi International Agency Perluas Empayar di Asia Tenggara, Lancar Label Muzik dan Anugerah 2024.

KAMISEMPOI INTERNATIONAL AGENCY

KamiSempoi International Agency (KSIA) yang masih mengekalkan kedudukan sebagai Agensi Platinum No. 1 di Malaysia serta antara Top 7 Agensi TikTok di Asia Tenggara. Kni meluaskan empayar mereka di rantau ini dengan penganjuran KamiSempoi Golden Award 2024 dan pelancaran label muzik baharu.

KAMISEMPOI AWARD

Acara KamiSempoi Golden Award 2024 akan berlangsung di Galaxy Banquet Hall, Sentul Kuala Lumpur pada 12 Mei ini bermula jam 8.00 malam dengan acara karpet merah.

Berbanding tahun lalu, jumlah kategori yang dipertandingkan pada tahun ini telah meningkat dengan ketara, iaitu sebanyak 12 kategori untuk rakan niaga berbanding 7 kategori tahun lalu, manakala 15 kategori untuk live host daripada pelbagai latar belakang dikekalkan.

TIGA ANUGERAH BARU DIPERKENALKAN

Pengasas KSIA, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee berkata, tiga anugerah baharu turut diperkenalkan iaitu Top Host KamiSempoi – Singapura 2024, Top Host KamiSempoi – Indonesia 2024 serta Top Host KamiSempoi – Malaysia 2024. Salah seorang daripada pemenang ketiga-tiga kategori tersebut akan merebut gelaran Top Host KamiSempoi of The Year 2024.

“Peningkatan jumlah kategori dalam acara KamiSempoi Golden Award 2024 ini membuktikan bahawa jenama KSIA sebagai syarikat agensi TikTok di rantau Asia Tenggara semakin dipercayai,” 

-kata Pakcik Chin Swee.

PENINGKATAN KETARA TAHUN 2024

Beliau turut menjelaskan bahawa jumlah live host di bawah KSIA semakin bertambah iaitu sebanyak 3,100 di Malaysia, 1,400 di Indonesia dan 100 di Singapura. Ini merupakan peningkatan ketara berbanding tahun lalu yang hanya mempunyai 1,300 live host di Malaysia, 550 di Indonesia dan 100 di Singapura.

KSIA juga kini dinaungi oleh 27 rakan niaga dari Malaysia dan 9 rakan niaga dari Indonesia, berbanding 21 rakan niaga secara keseluruhan pada tahun lalu.

KEJAYAAN ADELYN HENG

Menurut Pakcik Chin Swee, acara tahunan ini juga bertujuan untuk meraikan pencapaian live host dan rakan niaga sepanjang tahun lalu, termasuk kejayaan Adelyn Heng yang telah meraih kedudukan sebagai Top 3 di Asia Tenggara serta Top 100 di dunia, yang turut membawa beliau mewakili Malaysia di acara-acara TikTok antarabangsa.

Selain itu, tiga rakan niaga iaitu BossKian, KSIA Christ dan Mentol Talent telah berjaya meraih jumlah pendapatan diamond yang tinggi sepanjang tahun lalu, masing-masing dengan USD73,000 (RM309,372.41), USD68,000 (RM288,182.52) dan USD16,000 (RM67,807.65).

LABEL MUZIK KAMISEMPOI

Dalam perkembangan lain, KSIA mengumumkan rancangan untuk melancarkan label muzik rasmi mereka pada pertengahan tahun ini. Sebagai permulaan, KSIA telah bekerjasama dengan Miaw Music untuk menerbitkan lagu bertajuk “KamiSempoi”, hasil ciptaan ahli pengurusan KamiSempoi sendiri, Kimchi Kacak.

BULAN ASYRAF

Lagu tersebut akan dipersembahkan oleh Bulan Asyraf, seorang live host aktif di bawah KSIA yang mempunyai latar belakang sebagai busker jalanan sebelum ditemui oleh Pakcik Chin Swee. Bulan Asyraf juga telah menyertai program realiti nyanyian GIMME THE MIC, kolaborasi antara TikTok dan Astro, di mana beliau berjaya melangkah ke pentas akhir dan muncul sebagai Top 2 dalam The Six.

“Bulan Asyraff adalah contoh jelas bagaimana seseorang yang berbakat, jika diberi platform dan bimbingan yang betul, mampu mencipta kejayaan luar biasa. Kini, beliau bukan sahaja menjadi finalis program realiti, malah telah menjadi fenomena dan tular di pelbagai platform media sosial bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara jiran khususnya Indonesia,” 

-ujar Pakcik Chin Swee.

BAKAL BUKA CAWANGAN DI SABAH

Untuk perancangan masa hadapan, KSIA sedang merancang untuk membuka pejabat di Sabah yang akan memberi tumpuan kepada bakat-bakat live host dari Borneo iaitu Sabah dan Sarawak, memandangkan permintaan yang tinggi dari kawasan tersebut. Selain itu, KSIA juga berhasrat untuk terus mengukuhkan empayar mereka di Asia Tenggara dan selanjutnya di Asia untuk masa akan datang.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge