Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Joe Flizzow Lancar Video Muzik Single Terbaru Tajuk DROP |Siapa yang tidak kenal dengan Joe Flizzow . Artis Sony-Kartel, baru sahaja melancarkan video muzik single Inggeris terbarunya bertajuk DROP. Single in diterbitkan oleh Alif (sleeQ) dan telah diadun oleh jurutera audio terkemuka dunia Chris Athens. Video muzik DROP bakal di tayangkan dan dikongsikan bersama peminat mulai 24 November 2017 secara umum di laman sesawang Youtube Vevo SonyMusicKartel.
“Saya jatuh cinta dengan keindahan dengan Pulau Phuket sewaktu bercuti di resort sahabat saya, Sri Panwa. Dari situ terus saya berkata bahawa saya ingin dan PERLU datang kembali untuk merakamkan pemandangan ini didalam video muzik terbaru saya. DROP membawa maksud yang positif, dimana setiap hari kita meraikan kehidupan tidak kira apa jua rintangan yang terpaksa di hadapi ” kata Joe Flizzow
Video Muzik Single – DROP
Sedikit informasi tentang Joe Flizzow
Beliau telah membina reputasinya sebagai salah seorang bintang hip-hop Asia yang disegani. Album Inggeris pertamanya berjudul President dikeluarkan pada tahun 2009 dan sekarang telah melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan seperti Kartel Records (syarikat rakaman), Kartel Agency (agensi bakat), Kartel Hitmen (DJ Collective), Joe’s barbershop (Kedai Gunting Rambut) dan Budak Baek (rangkaian cenderamata). 
Facebok Joe Flizzow : https://www.facebook.com/officialjoeflizzow/


