JOBBIE X MAKNA: PENGUMPULAN DANA ‘PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY’, AMAZING!

Jobbie X MAKNA : Pengumpulan Dana ‘Pink Wobbly Breast Odyssey’ dan Kempen Pendidikan untuk Kanser Payudara.

JOBBIE X MAKNA

Bulan oktober di gelar sebagai Pink Oktober. Ini dinamakan sempena bulan kesedaran kanser payudara. Jenama mentega kacang semula jadi terkenal, JOBBIE mengambil langkah maju ke hadapan. Kini mengumumkan kerjasama dengan Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA).

JOBBIE X MAKNA

PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY

Dengan kerjasama ini melancarkan kempen CSR dan pendidikan khas yang diberi nama “Pink Wobbly Breast Odyssey”. Kempen ini telah dilancarkan secara rasmi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2) dihadiri lebih daripada 100 tetamu.

JOBBIE X MAKNA

Terdiri daripada orang awam, tetamu VIP, kolaborator, ahli media dan pencipta kandungan. Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara sambil menyokong inisiatif kesihatan payudara MAKNA.

JOBBIE X MAKNA

Antara nama-nama terkenal yang hadir adalah Timbalan GM MAKNA, En. Vemanna Appannah, dan pempengaruh media sosial Maryam You Narae, juga dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi.

EDISI TERHAD JOBBIE MERAH JAMBU

Di pelancaran kempen, JOBBIE memperkenalkan edisi terhad 5,000 balang kaca Jobbie merah jambu yang direka khas dengan label “Pink Wobbly Breast Odyssey”. 

JOBBIE X MAKNA

Setiap balang menampilkan maklumat kesedaran kanser payudara dengan reka bentuk berwarna merah jambu yang menarik, melambangkan perjalanan dan keberanian individu yang menghidap penyakit ini.

RM 1 DIDERMA KEPADA MAKNA

Untuk setiap balang yang dijual, RM1 akan diderma kepada MAKNA untuk menyokong program kesihatan payudaranya, demi membantu menyediakan sumber maklumat dan rawatan bagi mereka yang terjejas oleh kanser payudara.

JOBBIE X MAKNA

KENAPA WOBBLY?

Nama kempen ini diilhamkan daripada dua elemen utama yang berkaitan perjalanan kanser. Perkataan “Wobbly”melambangkan kerentanan yang dihadapi ketika memerangi kanser payudara.

KENAPA ODYSSEY?

Sementara “Odyssey mencerminkan perjalanan unik dan penuh keberanian setiap orang yang menghadapi penyakit ini. Ini selaras dengan matlamat JOBBIE untuk menyebarkan kegembiraan  dan memperjuangkan kualiti hidup yang lebih baik.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT

Kerjasama JOBBIE dengan MAKNA merupakan peringatan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil peranan aktif dalam memahami dan mempromosi kesihatan payudara.

JOBBIE X MAKNA

Pengesanan awal menyelamatkan nyawa, dan ‘Pink Wobbly Breast Odyssey’ menggalakkan semua orang untuk menyebarkan pengetahuan, menyokong pesakit dan menyumbang kepada penyelidikan dan jawatan kanser payudara. Dapatkan produk Jobbie X Makna sekarang

DAPAT BANTU SEBARKAN KEGEMBIRAAN

Di JOBBIE, kami percaya bahawa sebagaimana mentega kacang kami menyebarkan kegembiraan, kami ingin menyebarkan sedikit harapan, semangat dan sokongan kepada pejuang dan pemandiri kanser payudara melalui inisiatif ini.

JOBBIE X MAKNA

Komitmen kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia hidup dengan lebih baik dan lebih sihat, dan pada masa yang sama mengilhamkan rakyat Malaysia untuk peka terhadap penyakit yang bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit tetapi juga keluarganya.

Melalui inisiatif ini, kami ingin menggalakkan komuniti dan penjaga pesakit untuk menyokong satu sama lain dan mengambil kesihatan payudara dengan serius.

-En. Victor Chin, Ketua Pegawai Eksekutif JOBBIE

AKTIVITI KESIHATAN TERUTAMA TENTANG KANSER

Acara pelancaran menampilkan pelbagai aktiviti kesihatan yang menyarankan rejim holistik untuk penjagaan kesihatan payudara. Para tetamu menikmati sesi yoga yang menegaskan kepentingan kesihatan mental bagi mereka yang hidup dengan kanser.

Pameran Wobbly Breast Hall of Fame turut menampilkan maklumat tentang kempen serta karya seni yang diilhamkan oleh Reka Bentuk Wobby Breast. 

JOBBIE X MAKNA
JOBBIE X MAKNA

Peserta-peserta juga diberi peluang untuk menghasilkan karya seni mereka sendiri dan menerima saringan kanser payudara percuma, disediakan oleh penaja kami, Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2).

JOBBIE X MAKNA

STATISTIK TERBARU

Kanser payudara merupakan bentuk kanser nombor satu di kalangan wanita di Malaysia, sebanyak 32% daripada semua kanser yang dikesan dalam wanita. Risiko menghidap kanser payudara meningkat dengan usia dan berlaku dengan lebih kerap di kalangan individu berusia 50 tahun ke atas.

Malangnya, kebanyakan kes dikesan lewat, dengan hampir separuh kes dikesan pada Tahap 3 atau Tahap 4, apabila pilihan rawatan lebih terhad dan peluang untuk bertahan hidup menurun. 

Statistik ini menekankan kepentingan pengesanan awal dan saringan berkala, terutamanya bagi wanita berumur 40 tahun ke atas, demi meningkatkan peluang rawatan dan mengurangkan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit ini.

KEPENTINGAN SARINGAN AWAL

Dr. Haliza Kamarudin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), membincangkan hal kesihatan wanita, menekankan kepentingan saringan awal seperti mamogram dan pemeriksaan payudara diri pada pelbagai peringkat kehidupan.

“Pengalaman hidup wanita dipengaruhi oleh pelbagai risiko dan implikasi kesihatan melalui pelbagai peringkat kehidupan mereka.

JOBBIE X MAKNA

DAPATKAN INFORMASI TENTANG KESIHATAN PAYUDARA

Ini termasuk perubahan hormon, menopaus dan yang terutamanya kanser payudara. Dalam peranan kami dalam ginekologi, kami menekankan kesihatan umum wanita, kebersihan dan kesejahteraan. Dalam kes kanser payudara, menasihati cara-cara tertentu untuk mengurusnya dengan rawatan, terapi hormon dan rancangan pengurusan kesihatan wanita secara keseluruhan. 

Adalah penting bagi wanita untuk mendapat maklumat tentang kesihatan payudara dan memantau risiko dan perubahan kepada tubuh mereka dan mengamalkan rejim gaya hidup sihat. Saringan berkala dan pengesanan awal adalah penting bagi mencegah kanser payudara atau menjalani rawatan pada peringkat awal kata Dr Haliz.

-kongsi Dr. Haliza Kamarudin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2)

Website Jobbie

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge