Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
JEEP Koleksi LEGO Terbaru Dalam Kitepunye.com | Pada yang mengikuti perkembangan KP dalam kitepunye.com pasti tahu yang anak-anak dan KP memang meminati LEGO . Pelbagai koleksi LEGO akan KP kongsikan dan kali kami lebih kepada transportation atau pengangkutan kerana ianya agak berlainan
JEEP Koleksi LEGO
Memandangkan cuti Merdeka & Hari Raya Haji yang panjang , KP mengambil kesempatan untuk menambahkan koleksi yang ada . Koleksi kali ini murah sahaja didalam packaging yang kecil under category BUILDER. Harga mampu milik dimana ianya dibawah RM 10.00 sahaja. Nak dapatkan koleksi ini boleh sahaja dapati di mana mana outlet DIY yang berdekatan anda.
Nak juga menyempitkan masa KP nak photoshoot..
Ini adalah koleksi terbaru dalam keluarga KP . JEEP in the house. Yang ini belum ada lagi dalam koleksi KP setakat ini. kebetulan warnanya hijau sibuk sahaja Irfan mengatakan yang ini adalah Jeep milik askar.. suka hatilah anakku asalkan anda bahagia
Kepingan LEGO untuk Jeep kali ini tidak banyak , rasanya bawah 50 keping . Dengan bantuan nota pemasangan yang di sediakan Irfan berjaya menyiapkannya dalam masa kurang 15 minit. Haisshh.. .kalau dah minat LEGO memang boleh fokus pasang nie secepat yang boleh Haaa.. tengah dok sibuk mengambil gambar, alih-alih Irfan dah hampir siap Jeep dia. Cepatnya dia siapkan kurang dalam masa 15 minit dah siap tinggal nak pasang tayar sahaja . Nampak tak ini saja yang sempat KP rakamkan
Inilah hasilnya apabila selesai dimana seolah -olah 4 wheel drive. Siap ada tempat pemegang di belakang ye
Warna hijau Jeep ini bagi Irfan seperti Jeep askar. Memang nampak menarik dan senang untuk dipasang. Lagipun kecil dan siap boleh main dengan set yang lain
Belakang jeep pun cantik gak siap dengan lampu merah dibelakang
Walaupun bukan original tetapi masih lagi LEGO kan . Comel dan bertambah lagi koleksi pengangkutan dalam family KP. So kalau nak boleh dapatkan dengan segera. Nanti terlepas pula
Entri ini bukan entri berbayar ye, sendiri bayar ye