Jasmine & Tefal Berganding Bahu Melancarkan Hari Beras

Assalamaulaikum dan Salam Sejahtera

Jasmine & Tefal Berganding Bahu Melancarkan Hari Beras |Untuk berkurun-kurun lamanya, beras merupakan makanan ruji penting untuk jutaan ramai di dunia, terutamanya di rantau Asia. Pada 10 Oktober ini, beras akhirnya mendapat pengiktirafan setimpalnya apabila Jasmine Food Corporation dan Tefal berganding bahu untuk melancarkan Hari Beras. 

Ini merupakan julung kalinya beras diberi penghormatan seumpama dan diberi hari keraiannya yang tersendiri. Jasmine Food Corporation dan Tefal bercadang menganjurkannya sebagai acara tahunan, dengan niat bukan sahaja meraikan makanan ruji negara ini, malah mendidik kebaikan memakan nasi dan sekaligus memperbetulkan salah tanggapan bahawa beras adalah penyebab utama kepada pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes. Pada hari berkenaan, Jasmine Food Corporation akan memperagakan rangkaian produk beras berkhasiatnya, dan disokong Tefal selaku pembuat peralatan memasak terkemuka dunia.

Kerjasama antara Jasmine dan Tefal di mana peralatan memasak dipamerkan untuk para pelanggan Jasmine & Tefal Berganding Bahu Melancarkan Hari Beras

Acara sulung “Hari Beras” telah dilangsungkan pada 10 Oktober 2017, dari 11 pagi hingga 2 petang, di Aras Bawah Centre Court, Old Wing Concourse Pusat Membeli Belah 1 Utama. Ia disempurnakan oleh Pengerusi Jasmine Food Corporation, Abdul Karim MD Lassim.

“Beras adalah makanan yang dijamah rakyat Malaysia setiap hari dan tatkala kita sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara yang sihat, kita seharusnya belajar mengenai makanan yang diambil. Jadi, usaha bersama Jasmine dan Tefal untuk mengiktiraf kepentingan beras kepada orang ramai sememangnya harus dipuji. Kami pastinya juga berbesar hati untuk mula memperingati Hari Beras secara tahunan.”

Sebagai makanan ruji kebangsaan, beras sentiasa menjadi antara hidangan yang popular dan digemari rakyat Malaysia, misalnya nasi lemak, nasi kerabu, nasi kandar dan banyak lagi pilihan yang lain. Kebanyakan orang tempatan lazim memakan nasi kerana ia merupakan sumber utama karbohidrat dan tenaga. Namun, di sebalik itu, ramai percaya bahawa pengambilan beras boleh memudaratkan kesihatan. Maka, Jasmine dan Tefal berusaha untuk menjelaskan kepada orang ramai yang nasi tetap boleh menjadi pilihan yang sihat. Dengan memilih beras yang indeks glisemik rendah, orang ramai boleh menikmati beras tanpa perlu bimbang akan kesan negatif kepada kesihatan mereka.

“Matlamat Jasmine Food Corporation dan Tefal bekerjasama mengadakan “Hari Beras” adalah untuk mengikis persepsi orang ramai yang beras ialah penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit, yang langsung tidak dibuktikan secara saintifik. Selain itu, acara ini juga bertujuan memperkenalkan pelbagai produk beras yang dipasarkan Jasmine di negara ini,”

kata Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, En. Lim Swee Keat.

Kajian saintifik telah membuktikan bahawa beras bukanlah punca penyakit kardiovaskular seperti diabetes. “Sebagai peneraju dalam pembuatan peralatan dapur dan memasak, kami mahu terus melibatkan diri dalam penyediaan hidangan ikonik tempatan dan berkhasiat untuk orang yang tersayang,” kata Jack Wong, Pengurus Negara GROUPE SEB Malaysia. “Kami berazam untuk memperbetulkan salah tanggapan terhadap nasi sebagai punca masalah kesihatan melalui teknologi memasak kami yang sihat, moden dan praktikal.”

Ketua Eksekutif Jurumasak Sekolah Kulinari Kolej Universiti KDU, Chef Fami Taufeq dan Chef Ili Sulaiman, yang merupakan juara Food Hero 2016, akan bergabung tenaga untuk memasakkan beberapa hidangan nasi kegemaran mereka. Selain itu, Kolej Universiti KDU, juga telah mengilhamkan satu resepi istimewa yang dinamakan Nasi Lemak Malaysia bersempena acara tersebut. Demonstrasi memasak untuk menyediakan hidangan istimewa itu akan dijalankan sepanjang acara berkenaan.

Hari Beras mendapat sokongan daripada Kementerian Pertanian dan Padiberas Nasional Berhad. Acara selama seminggu ini akan berlangsung dari 9 hingga 15 Oktober dengan jadual aktiviti padat menanti orang ramai untuk berhibur bersama ahli keluarga masing-masing. Para pengunjung juga berkesempatan mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma yang dikendalikan Institut Jantung Negara selain menghadiri ceramah-ceramah kesihatan kendalian pakar pemakanan dan jurulatih kecergasan bertauliah. Di samping itu, bengkel memasak, demonstrasi, pemberian percuma sampel beras Jasmine, cabutan bertuah oleh Tefal dan pertunjukkan menggiling padi juga diatur untuk memeriahkan acara.

Antara alat-alat membuat beras secara tradisional 

Pameran beras-beras hasil keluaran Jasmine Food Corporation

Perbezaan antara beras perang dan beras putih

Black berry

Sun Brown Original

Nita Grain

Thai Red

Untuk maklumat lanjut tentang Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, sila layari
Website Jasmine : www.jasmine.com.my

Facebook Jasmine Food Corporation : facebook.com/jasminefoodcorporation/.


1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge