Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • FESYEN
  • Insta-Ready Rumah Anda Hari Raya ini Bersama IKEA

Insta-Ready Rumah Anda Hari Raya ini Bersama IKEA

Nannie IsaJune 11, 2018June 13, 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Insta-Ready Rumah Anda Hari Raya ini Bersama IKEA  |Memandangkan Hari Raya Aidilfitri kurang dari 1 minggu dan hari kemenangan yang di tunggu selepas sebulan berpuasa, ini KP nak sharekan beberapa tips untuk anda. Pastinya di pagi raya indah masing-masing indah dengan baju baru, baju raya dan dengan smartphone. Acara wajib adalah bergambar di pagi raya sama ada selfie, wefie , gambar bersama yang tersayang dan penting juadah raya. Untuk Hari Raya tahun ini, jangan lupa sediakan latar belakang untuk kenangan indah yang boleh dijadikan photobooth atau lokasi untuk bergambar. Pastikan rumah dihiasi dengan hiasan perayaan dan berkongsi dengan tetamu yang hadir ye. bolehlah ber insta-ready nanti

Antara 3 perkara mudah dan ringkas yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan Insta-Ready Rumah Hari Raya

  • Flat Lay – Hidangan Raya

Ini yang dinantikan selepas beberapa jam bertarung didapur untuk memastikan juadah raya siap dan pastinya sedap untuk tetamu dan keluarga yang datang. Pastinya hidangan yang siap diletakkan di atas meja . Menarik lagi kalau warna diatas meja itu menyerlah hidangan yang ada seperti napkin mahupun table runner. Ingat ye warna itu penting . Tanpanya hilanglah rakaman gambar hidangan anda yang lazat seperti rendang, ketupat , lemang mahupun lontong. Meja kuih raya pun anda boleh ambil flat lay ye untuk merakamkan hidangan yang ada

Nak lagi menarik tambahkan daya tarikan desa untuk menikmati hidangan dengan menggunakan papa pencincang/pemotong sebagai pinggan hidangan. Ye inilah trend terkini dan lagi nampak menarik seperti cafe-cafe buat. Kalau nak lebih elegan , jika ada perhiasan perak bolehlah anda lengkapkan perayaan Hari Raya dengan lebih menarik lagi . Susun kuih raya yang berwarna-warni di atas hidangan 3 peringkat FÖRÄDLA untuk mencipta flat lay yang menarik apabila bergambar. Meja BJURSTA boleh membantu dalam perayaan ini apabila ramai tetamu datang pada waktu yang sama dimana ia boleh dipanjangkan untuk menampung hidangan tambahan di atas meja 

Lagi menarik jika beberapa tumbuhan dari FEJKA dan lilin dari BLOMDOFT untuk mencantikkan lagi hiasan di atas meja. Dah ambil flat lay jangan lupa kongsikan di laman sosial media anda ye

  • Titik fokus di ruang tamu

Apabila hari perayaan menjelma, pastinya ramai tetamu yang datang. Antara tempat yang menjadi port adalah ruang tamu. Di situlah nanti para tetamu dan rakan-rakan bakal mengambil gambar di sana . Jadi anda kenalah pasti yang ruang tamu anda antara port untuk photobooth. Mulakan dengan membuat ala-ala photobooth dengan warna yang terang dan mungkin sedikit hiasan dari bentuk dan garisan. Antara yang direkomenkan seperti Katil Sofa FLOTTEBO dengan meja sisi untuk membentuk pusat mengambil gambar. Lagi menarik bila diletakkan pada dinding yang berwarna terang dan secara semulajadi menarik perhatian untuk bergambar di sini. 

Nak lagi menarik tambahkan corak dengan perabot seperti kusyen dan tirai dimana boleh menambah gaya dan minat . Contoh mengiasi satu nada sofa atau kerusi dengan bantal NEDJA untuk mencipta kontras warna-warni dan mencerahkan suasana. Kusyen juga berfungsi sebagai tujuan dengan meletakkan di atas lantai agar membolehkan tetamu menggunakannya ruang yang ada dengan menjadikannya selesa untuk semua orang

  • Wujudkan Hiasan Dalaman

Tekstur bercampur. Cara mudah untuk mewujudkan lapisan lain untuk hiasan dalaman adalah mencampurkan beberapa bahan. Bahagian dalaman dengan menggunakan trend reka bentuk tekstur dan artisan dan secara tak langsung menjadi buah mulut diantara rakan-rakan. Kayu secara semulajadi seperti rotan dan tumbuh-tumbuhan boleh menjadikan kelembutan warna dalam rumah. Boleh juga ditambahkan dengan karpet TÅRBÄK. Permaidani kasual yang boleh merawat kaki anda . Boleh juga menghiaskan latar belakang dengan menggunakan langsir untuk mengawal cahaya matahari dalam gaya hiasan

endi03a 462

Ramadan Special

Kalau inginkan Buffet di IKEA juga ada 4-7 dan 11-13 pada 7 malam .

Harga Dewasa – RM 35 , Kanak-kanak (umur 4-12 Tahun) – RM 17 dan kanak-kanak bawah 4 tahun PERCUMA.

Jika anda pemegang kad ahli IKEA FAMILY, anda bakal menerima voucher RM 10 dimana IKEA juga menyediakan hidangan khas untuk Ramadan dimana antara menu yang menarik dihidangkan. Lamb Kabsa Arabic Rice yang berharga RM 16.90 boleh didapati sehingga 4 Jun 4 petang di semua restoran IKEA. Inginkan maklumat lanjut , boleh layari di

Website IKEA : www.ikea.my



Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
flat-Lay, Hari Raya, IKEA, Insta-Ready, Insta-Ready Rumah

Post navigation

Previous: Cornflakes Madu Dengan Ketuhar Pensonic Batik Raya 2018
Next: Shopee & Bola Bergabung Demi Sukan Terbesar Sedunia

Related Posts

CONVERSE MY MEMPERKASA SENIMAN MUDA

CONVERSE MY MEMPERKASA SENIMAN MUDA

March 9, 2026May 9, 2026 Nannie Isa
SELGATE SPECIALIST HOSPITAL RAWANG

SELGATE SPECIALIST HOSPITAL RAWANG: PENJAGAAN KESIHATAN KUALITI TINGGI

October 28, 2025October 28, 2025 Nannie Isa
SAMSUNG OLED

WHY YOUR SAMSUNG OLED NEEDS A Q-SERIES SOUNDBAR!

September 12, 2025May 9, 2026 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}