Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
INNUENDO- THE RETURN Bakal Kembalikan R&B di Istana Budaya.| Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangga mempersembahkan kumpulan R&B terkemuka Malaysia iaitu INNUENDO kembali ke industry muzik hiburan. Kali ini bakal muncul dengan konsert ‘comeback’ mereka di Istana Budaya pada 10 April 2020 jam 8.30 malam.
Selepas berehat Panjang dari industry muzik, INNUENDO kini kembali dengan konsert untuk meraikan kemunculan mereka semual
INNUENDO – THE RETURN
Ianya adalah konsert yang bakal berlangsung selama 2 jam tanpa henti di Istana Budaya. Hari Jumaat malam Sabtu hari yang sesuai untuk melepak Bersama rakan-rakan atau yang tersayang sambil mendengar dendangan lagu dari kumpulan ini. Konsert ini tidak boleh dilepaskan jika anda adalah diantara ‘die hard fan’ mereka kerana INNUENDO akan melagukan lagu-lagu dari album mereka yang diantaranya pernah menjadi hit seperti ‘Selamanya. Gemawan, Ratu Hati, Belaian Jiwa dan selebihnya.
Konsert yang memang dinanti-nantikan ini bakal menjadi sebuah malam yang diingati dimana kemunculan khas legenda Michael Veerapan sebagai pengarah muzik disertai dengan 12 pemuzik yang akan turut mengiringi konsert di malam nanti. Ia mungkin sebuah malam yang bakal diingati oleh semua para peminat yang menunggu kemunculan mereka sekian lama.
Buat masa ini kemunculan adalah 3 orang sahaja walaupun ramai yang tahu sebelum INNUENDO berehat mereka mempunyai 4 orang dalam kumpulan . Cuma 3 anggota sahaja bakal membuat persembahan pada malam itu dimana Remy buat masa ini masih dengan keputusannya sendiri iaitu bersara dalam bidang muzik atau hiburan. Lebih tertumpu pada bisness dan keluarga tercinta. (kite hormat keputusan Remy ye dan berharap mana tahu ada kemunculan istimewa malam itu nanti)
Tiket INNUENDO -THE RETURN
Tiket-tiket konsert sudah mula dijual pada 17 Februari 2020 jam 2 petang di www.myticket.asia . Harga tiket-tiket adalah
RM 695 (Meet & Greet), RM355 (Diamond), RM255 (Platinum). RM125 (Gold)
Untuk pengetahuan semua, konsert INNUENDO – THE RETURN dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan ianya cuma konsert satu malam sahaja di Istana Budaya. Jadi jangan lepaskan peluang kerana satu malam sahaja ye khas untuk para peminat semua.