INCUBUS KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK JELAJAH ASIA 2024, BEST!| Wow, tahun 2024 nie bakal dihiburkan dengan pelbagai konserrt terutama konsert dari artis antarabangsa.

INCUBUS

Tahun 2024 bakal menjadi tahun penuh nostalgik bagi peminat setia rock di era ’90-an dengan kembalinya Incubus ke Malaysia untuk ‘Asia Tour 2024’ .

Kali ini bakal diadakan di Mega Star Arena KL pada 27 April 2024 yang dianjurkan oleh Hitman Solutions.

HITMAN SOLUTIONS

Kali ini Hitman Solutions berjaya meletakkan destinasi Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi bagi Incubus.

Menawan terus hati penonton global dan sentiasa ingin memberikan pengalaman hiburan seni yang terbaik terutamanya terhadap peminat muzik ‘rock’ tempatan dan antarabangsa.

INCUBUS KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK JELAJAH ASIA 2024

PEMINAT ROCK

“Sebagai peminat rock sendiri, saya sangat teruja untuk mengumumkan usaha konsert ini dengan salah sebuah kumpulan rock antarabangsa yang paling berjaya sepanjang zaman iaitu Incubus.

Dimana mereka bakal membuat persembahan mereka di Malaysia dalam jelajah Asia 2024.

-Encik Rohit Rampal, CEO & Pengasas Hitman Solutions

KEMBALI KE MALAYSIA ATAS PERMINTAAN

Permintaan untuk mereka kembali ke Malaysia begitu ketara, terutamanya ketika kami melihat keterujaan terhadap konsert ini di negara-negara jiran.

Oleh itu, kami bertungkus lumus demi memuaskan hati peminat ‘rock’ tempatan dengan membawakan untuk menyanyi bersama beberapa lagu klasik.

Antaranya seperti ‘Drive’, ‘Wish You Were Here’, dan kegemaran peribadi saya, ‘Pardon Me’.

INCUBUS KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK JELAJAH ASIA 2024

INFO INCUBUS

Ditubuhkan pada tahun 1991, persahabatan mereka sejak di sekolah menengah ini telah mengukir warisan mereka dalam dunia muzik.

Mempamerkan kebolehannya dalam mencampurkan pelbagai genre seperti metal, funk, dan hip-hop dengan lancar.

INCUBUS KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK JELAJAH ASIA 2024

KEJAYAAN LUAR BIASA

Kini, Incubus dikenali sebagai kumpulan antarabangsa yang mencapai kejayaan luar biasa dengan lebih dari 23 juta album terjual di seluruh dunia. Dianugerahkan pengiktirafan multi-platinum dan platinum accolades.

Pada peminat setia yang mengikuti band ini lebih dua dekad pastinya merindui untuk beraksi semula diatas pentas utama.

Pada masa yang akan datang, nikmatilah lagu-lagu hebat Incubus dalam kereta anda atau bila-bila masa melalui Fly FM dan Hot FM, Rakan Radio Rasmi kami.”

HARGA TIKET

Jualan tiket konsert ‘Incubus Asia Tour 2024’ akan bermula pada 7 Disember 2024 pada pukul 12 tengah hari.

Ia dibahagikan kepada 3 zon utama, CAT 1 – VIP Seating (RM299), CAT 2 – Normal Seating (RM249), Rockzone – Free Standing (RM249)

Website

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge