HUAWEI LANCAR HUAWEI P50 PRO DAN P50 POCKET, THE BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jenama telefon pintar tidak lepaskan peluang untuk turut sama menlancarkan produk terbaru mereka. Apa kata tahun baru dengan telefon baru?
HUAWEI
Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI hari ini melancarkan telefon pintar baharu, HUAWEI P50 Pro dan telefon pintar boleh-lipat, P50 Pocket.
HUAWEI P50 PRO
Sebuah peranti lagenda yang dikembalikan semula ke pasaran, hadir dengan fotografi mudah alih era baharu. Reka bentuk yang estetik dan pengalaman All-Scenario.
HUAWEI P50 POCKET
Adalah satu langkah ke hadapan oleh HUAWEI yang menggabungkan teknologi estetik dan fotografi pintar dengan sempurna.
APA YANG BEST
Keduanya hadir dengan Optik XD HUAWEI dan Enjin Imej XD Fusion Pro yang canggih. Memberikan pengguna pengalaman fotografi yang menakjubkan dengan imej yang jelas.
Selain itu kadar dinamik tinggi dan tangkapan pintar yang dipertingkatkan melalui Rakaman Kroma Sebenar.
HUAWEI P50 PRO – THE LEGEND REBORN
Reka Bentuk Menawan Dan Anggun
Memperkenalkan reka bentuk Kamera Dwi-Matrik baru yang ikonik dan unik. Ia boleh didapati dalam dua kemasan premium yang cantik – Cocoa Gold dan Golden Black.
Hadir dengan skrin dan bateri yang lebih besar, sambil mengekalkan penampilan peranti yang langsing dan ringan. Ia mempunyai paparan kaca melengkung 3D, menyokong gamut warna lebar P3 penuh.
Ini sehingga 1.07 bilion warna dengan memaparkan warna yang tepat. Dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz, pengguna boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar dan responsif.
Memberi Pengguna Pengalaman Fotografi Tulen
Sistem Kamera Dwi-Matrik memberikan imej True to Life dengan kejelasan dan kadar dinamik yang tinggi dengan mengimbangi keupaayan pelbagai lensa pada peranti. Antaranya seperti Optik XD HUAWEI, Enjin Imej XD Fusion Pro dan inovasi lain.
OPTIK XD HUAWEI
Serba baharu menggunakan sistem pengiraan untuk membetulkan kecacatan optic dan menghasilkan setiap butiran secara terperinci. XD Fusion Pro meningkatkan perincian, warna dan kadar dinamik.
Manakala Enjin Imej Kroma Sebenar akan menyampaikan ketepatan warna berprestasi tinggi, menghasilkan imej yang merupakan refleksi imej sebenar.
Menyokong kadar zum sehingga 200x. Tangkapan imej jarak dekat pada peranti ini dilengkapi dengan keperincian yang sempurna dan dengan keupayaan Optik XD HUAWEI.
Tangkapan imej yang dizum seingga 100x dapat menghasilkan imej yang sangat jelas. Ia juga menyokong rakaman video 4K untuk merentasi julat focus penuh dan penyelesaian penstabilan imej AIS Pro serba baharu.
Pengalaman Peranti Super
Dengan HUAWEI P50 Pro dan EMUI 12, pengguna dapat mengakses Device+ untuk menyediakan fungsi kolaborasi antara peranti.
Harga dan Ketersediaan
Harga RM4,199, boleh didapati secara pra-tempahan bermula 12 Januari 2022
HUAWEI P50 POCKET –
Seni Cahaya dan Bayangan, Menginspirasikan Telefon Pintar Boleh-Lipat
Menggunakan reka bentuk dwi-bulatan ikonik yang terdapat pada siri HUAWEI P50. Menampilkan satu bulatan untuk modul kamera dan satu untuk Skrin Luaran pintar.
Terdapat satu warna ekslusif iaitu warna Premium Gold untuk Edisi Premium. Direka oleh pereka Haute Couture, Iris Van Herpen, yang diinspirasi oleh prinsip “simbiosis”.
Keupayaan lipatan yang lancar, menjadikan penampilan peranti tersebut ultra nipis dan ringan dengan paparan 6.9-inci dan nisbah paparan 21:9.
Dengan kadar penyegaran paparan sehingga 120Hz, kadar pensampelan sentuh 300Hz. Sokongan pemalapan PWM berfrekuensi tinggi 1440Hz, dapat melindungi mata pengguna.
Kamera Matrik Ultra Spektrum:
Kamera Matrik Ultra Spektrum P50 Pocket hadir dengan 40MP Kamera Kroma Sebenar, 13MP Ultra Sudut Lebar, 32MP Kamera Ultra Spektrum dan lain-lain.
Mampu menangkap butiran dengan lebih perinci. Menghasilkan imej yang jelas pada waktu siang dan malam kerana Optik XD HUAWEI dan Enjin Imej Kroma Sebenar.
Selain itu, dengan menggunakan ciri Ultra Spectrum Fluorescence Photograpgy. Dapat menangkap imej dan butiran yang tidak dapat dilihat oleh mata pengguna. Memberikan pengguna peluang untuk menangkap corak yang tersembunyi.
Interaksi Inovatif Pada Skrin Luaran
Skrin Luaran menyokong paparan notifikasi, jadual, kalendar, muzik, cuaca, dan kawalan pelbagai ciri. Dengan pelbagai tema yang menarik tersedia, pengguna dapat mengubahsuai pengalaman Skrin Luaran mereka.
Terokai Aplikasi Kegemaran Anda dari AppGallery
Pengguna kini boleh memuat turun aplikasi kegemaran mereka dari AppGallery. Pasaran aplikasi rasmi yang tersedia di dalam telefon pintar HUAWEI.
Pengguna boleh mencari dan memuat turun aplikasi mudah alih dan nikmati pelbagai hadiah ekslusif, rebat, kupon dan faedah VIP yang terdapat di dalamnya.
Kini, lebih 90% aplikasi popular Malaysia tersedia di AppGallery. Memberikan akses mudah kepada pengguna Malaysia kepada aplikasi popular seperti AirAsia, Boost, Grab, Shopee, Syok, TGV, Zus Coffee dan banyak lagi
Harga dan Ketersediaan
Bermula dari 22 Januari 2022, pengguna boleh membuat pra-tempahan pada harga RM5,999. Manakala HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium boleh didapati untuk pra-tempahan pada harga RM7,299.