Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
HP Little Makers Campaign Bakal Tamat 7 Mei 2019, Jom Sahut Cabaran|Tahukah anda yang sekarang ini peraduan HP Little Makers Campaign sedang berlangsung?. Kempen ini dibuat khas untuk memberi anak- anak melalui pengalaman sambil belajar dengan menggunakan HP DeskJet Ink Advantage 3776 terbaru. Umur dari 5 tahun keatas boleh sahaja menyertainya sama ada dengan bantuan ahli keluarga mahupun rakan sekolah. Pastinya ia adalah satu cabaran yang menyeronokkan
Bagaimana untuk menyertai HP Little Makers Campaign?
Senang saja. Setiap 2 minggu di webpage HP Little Makers Campaign akan dikongsi cabaran yang perlu dilengkapkan selama 16 minggu . Untuk menyertai senang sahaja dimana anda perlu download cabaran di website HP Malaysia http://www.hp.com/my//littlemakers. Dari situ diberikan arahan atau cara-cara untuk melengkapkan cabaran ini. Dah siap nanti jangan lupa untuk upload gambar cabaran yang diselesaikan di akaun media sosial anda. Sertakan hashtag ini iaitu #HPMY #HPDeskJet #HPLittleMakers. Tag juga @HP Malaysia di Facebook atau @hp_asia jika di Instagram.
Hadiah Yang Bakal Di Menangi
Anda perlu menjawab soalan yang diberikan berkenaan dengan cabaran yang diberikan sebelum di pilih sebagai pemenang. Setiap 2 minggu -5 pemenang akan dipilih untuk memenangi RM 500 barangan HP Printers. Peraduan adalah dari 16 Januari 2019 hingga 7 Mei 2019
Untuk memenangi HP Idea Lab senang sahaja. Jika sekolah anak anda menghantar penyertaan paling kreatif yang tertinggi bakal memenangi barangan HP Printer Idea Lab RM20,000
Antara cabaran yang KP sertai adalah belajar mengenai tempat menarik di dunia. Challenge 4 : Around the World
Anak-anak yang paling excited ye sebab dapat menggunakan HP DeskJet Ink Advantage 3776. Banyak membantu dari segala aspek
Landmark printables untuk dilekatkan nanti
Bila print dan disambung.
Jari budak comel tengah menggunting
Ini adalah landmark ye .. sapa tahu dimana lokasi mereka sepatutnya
Jom start letak mana yang patut
Banggalah tu siap semua .. Cuma satu sahaja minta bantuan KP yang lain semuanya sendiri
Selesai juga melekatkan semua landmark yang diberi . Yeaayyy kami dah sahut cabaran
Semua ini dapat diselesaikan dengan bantuan HP DeskJet Ink Advantage 3776 All in One Printer.