Ho Ho Chiak Promosi Terbaru di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Promosi Ho Ho Chiak adalah promosi terbaru di Grand Bluwave Hotel Shah Alam dimana mempunyai pelbagai pilihan dalam hidangan cina. Mengambil kira tentang sijil HALAL , restoran ini adalah di antara yang mendapat pengiktirafan HALAL dari pihak JAKIM. Untuk kali ini Grand Bluewave Hotel Shah Alam mengambil langkah besar dimana memperkenalkan promosi terbaru mereka iaitu Ho Ho Chiak. Buat anda yang semua Ho Chiak ialah dialek Hokkien bermaksud makanan yang bagus dan lazat.
Chef Patrick Ng adalah chef yang bertanggungjawab untuk memastikan hidangan Ho Ho Chiak ini menepati citarasa pengunjung dan tetamu yang hadir. Menikmati hidangan ini di Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1 . Pilih masa untuk makan tengahari dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang atau makan malam dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Harga untuk Promosi Ho Ho Chiak
Harga promosi ialah minimum 2 orang, yang berharga RM57.00+ setiap orang. Menu yang dihidangkan adalah 10 jenis dim sum stim mahupun goreng, 4 jenis hidangan claypot dan pencuci mulut.
Hidangan Ho Ho Chiak
Pilihan dim sum untuk promosi Ho Ho Chiak boleh dipilih dari Chicken Dumpling, Fresh Prawn Crystal Dumpling, Golden Ocean Leaf Dumpling, Phoenix Eye Dumpling, Steam Seafood Dumpling with Crab Roll, Steam BBQ Chicken Bun, Deep Fried Yam Ball, Deep Fried Vietnamese Spring Roll, Pan Fried Shanghai Gua Tie dan akhir sekali, Nasi Pulut Stim dengan Ayam dan Cendawan (Loh Mai Kai). Antara yang sempat di cuba adalah
Fresh Prawn Crystal Dumpling
(Loh Mai Kai) Nasi Pulut Stim dengan Ayam dan Cendawan
Deep Fried Yam Ball
Steam Seafood Dumpling with Crab Roll
Chicken Dumpling
Deep Fried Vietnamese Spring Roll,
Fresh Prawn Crystal Dumpling
Hidangan Claypot
Stir Fried Szechuan Style Fish Fillet, dan Fried Rice with Crab Meat. Sebagai pelengkap kepada set hidangan ini juga dihidangkan dengan manisan Longan dengan Kelapa Laut sejuk yang menyegarkan.
Braised Sliced Top Shell Abalone with Seasonal Vegetables,
Mantao bun
Baked Cheese Prawn with Mantao
Fried Rice with Crab Meat
Pencuci Mulut
Longan dengan Kelapa Laut . Ini menu wajib setiap kali selesai makan di Tung Yen Restoran
Bagi tetamu yang ingin mencuba set hidangan ini digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu melalui Tung Yuen Chinese Restaurant di 03-5511 8811 ext. 2616 atau di Jabatan Telemarketing ext. 2724. .
Untuk maklumat lanjut layar