Dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa 10 kru dilaporkan berlanggar dan kemudiannya terhempas di Lumut, Perak pagi ini ketika menjalani raptai sempena Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90.

HELIKOPTER TERHEMPAS

Menurut laporan, kejadian itu membabitkan helikopter jenis AW139 dan Fennec yang berlanggar sesama sendiri ketika penerbangan

Kedua-dua helikopter jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi.

BERLANGGAR SESAMA SENDIRI

Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut,”

-kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Diraja Malaysia.

KETIKA MEMBENTUK FORMASI

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.Susulan pertembungan berkenaan, kedua-dua hellikopter terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

Ketika kejadian, pesawat HOM membawa empat kru dengan tiga penumpang, manakala Fennec membawa tiga kru.Setakat ini, tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu.

Laporan lanjut menyusul

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge