GO BANANAS! STARBUCKS x PAUL FRANK® TIBA DI MALAYSIA, AMAZING!

Starbucks membawa keseronokan ke Malaysia dengan pelancaran koleksi eksklusif STARBUCKS x PAUL FRANK®

GO BANANAS! STARBUCKS x PAUL FRANK®

Menampilkan maskot ikonik Julius the Monkey yang terkenal dengan pesona nakalnya dan personaliti penuh positif. Koleksi ini memberi sentuhan nostalgia dengan gaya moden yang segar.

STARBUCKS x PAUL FRANK®

Dengan warna-warna terang, grafik berani dan rekaan berasaskan karakter, koleksi ini diinspirasikan oleh Tahun Kuda 2026 yang melambangkan tenaga, optimisme dan semangat bergerak ke hadapan. Peminat juga akan melihat kemunculan sahabat baik Julius, iaitu Longshot.

Apa Ada Dalam Beg Julius?

Bermula 30 Disember 2025, koleksi Starbucks | Paul Frank® menawarkan:

✔ Botol Hidrasi Keluli Tahan Karat
✔ Thermos Keluli Tahan Karat

STARBUCKS x PAUL FRANK®

✔ Set Pin Enamel Zodiak

STARBUCKS x PAUL FRANK®

✔ Beg Silang bertali Leher [Hijau & Merah- di kedai terpilih]

STARBUCKS x PAUL FRANK®

✔ Set Selimut + Topeng Tidur

STARBUCKS x PAUL FRANK®

✔ Mini Pouch Blind Box [Dua rekaan + Satu misteri]

STARBUCKS x PAUL FRANK®

✔ Pemegang Kad Telefon Magenetik

STARBUCKS x PAUL FRANK®

Mulai 30 Januari 2026, pelanggan juga boleh menebus Set Tali Leher Telefon dengan pembelian dua minuman promosi bersaiz Venti, selagi stok masih ada.

KELEBIHAN AHLI STARBUCKS REWARDS

Dalam gaya Paul Frank yang penuh gurauan, Julius ada mesej istimewa: ahli Starbucks Rewards akan menerima satu minuman Grande percuma dengan setiap pembelian barangan Starbucks | Paul Frank®.

JULIUS & LONGSHOT AMBIL ALIH KL

Untuk menambah keterujaan, Starbucks Mid Valley Kiosk dan Starbucks Pavilion Kuala Lumpur akan berubah wajah sepenuhnya dengan dekorasi Paul Frank®. Pengunjung boleh melangkah masuk ke dunia penuh kreativiti dan keseronokan Julius.

Koleksi eksklusif Malaysia ini mula ditawarkan pada 30 Disember 2025 di semua kedai Starbucks seluruh negara, selagi stok masih ada. Jangan tunggu lama – kunjungi Starbucks berhampiran anda dan raikan Tahun Kuda bersama Julius dan sahabatnya Longshot.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *