GINGERBREAD CHRISTMAS VILLAGE DI SURIA KLCC, AMAZING!

GINGERBREAD CHRISTMAS VILLAGE DI SURIA KLCC, AMAZING!| Krismas makin dekat, pastinya ramai tertanya-tanya dekorasi mana yang cantik di pusat membeli-belah. Ini antaranya yang sempat singgah.

GINGERBREAD CHRISTMAS VILLAGE

Untuk tahun ini, sambutan yang lain dari yang lain. Biskut Gingerbread adalah sinonim dengan perayaan Krismas yang bakal disambut.

Tahun ini Suria KLCC mengambil inspirasi biskut Gingerbread sebagai tema dekorasi untuk Krismas di Suria KLCC. Dipenuhi dengan hiasan biskut dan wajib untuk disinggah dimana bakal berakhir pada 1 Januari 2024.

Dunia magis ‘Gingerbread Christmas Village’ di perkarangan Centre Court menawarkan pelbagai binaan yang mempesonakan.

Dari ‘icing’, gula-gula berwarna-warni dan juga air terjun coklat ‘Gingerbread’, menyerikan lagi suasana perayaan Krismas.

GINGERBREAD CLOCK TOWER

Namun, dekorasi yang pastinya menarik perhatian pengunjung adalah menara jam ‘Gingerbread Clock Tower’ interaktif.

Dimana ‘Gingerbread Man’ akan menari sebaik sahaja muzik berirama Krismas dimainkan pada setiap jam.

PHOTOBOOTH

Pengembaraan kampung Gingerbread diteruskan dengan ‘Gingerbread Toyshop’ yang dilengkapi ‘photobooth’ bagi mereka yang ingin mengabdikan kenangan.

Selain pelbagai hadiah yang menarik untuk pengunjung mencipta memori indah bersama yang tersayang dan teman-teman.

POSKAD UNTUK TERSAYANG

Pengalaman tidak terhenti disitu sahaja apabila anda juga berpeluang untuk menyampaikan mesej bermakna kepada yang tersayang melalui pengeposan poskad.

Menariknya, poskad Krismas ini siap dilengkapi dengan setem istimewa Suria KLCC yang hanya boleh didapati melalui pembelian Pin Suria KLCC.

KUIZ GINGERBREAD

Sepanjang sambutan perayaan Krismas di Suria KLCC, pengunjung berpeluang untuk menyertai Kuiz ‘Gingerbread Man Personality’. Merungkai persona mereka selain menerima pin edisi terhad ‘Gingerbread Man’.

PERSEMBAHAN & SANTA CLAUS

Sambutan Krismas di Suria KLCC disasarkan akan lebih meriah pada hujung minggu dan juga pada Hari Krismas dengan kemunculan ‘Santa Claus’ dan ‘Ms. Claus’.

‘Gingerbread Bakery & Candy Shop’ juga menjemput pengunjung untuk mendekorasi biskut Krismas yang menarik untuk dibawa pulang.

POKOK KRISMAS 100 KAKI

“Bukanlah hanya membeli-belah di Suria KLCC tetapi juga sambutan yang melambangkan kegembiraan serta semangat kekeluargaan pada setiap saat.

Kali ini ia berdiri megah setinggi 100 kaki pokok Krismas yang melambangkan komitmen untuk memupuk keceriaan di bandar Kuala Lumpur”

-Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien

SUMBANGAN BUAT YAYASAN DIGNITY FOR CHILDREN

Sumbangan pengunjung ini akan disalurkan kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan isu-isu kesihatan mental.

Sempena dengan sambutan Krismas kali ini, Suria KLCC juga telah menderma sebanyak RM3,000 kepada Yayasan ‘Dignity for Children’ yang dilihat sebagai salah satu inisiatif murni bagi tanggungjawab sosial dan korporat.

Untuk keriangan berganda, pengunjung yang berbelanja RM 1,500 ke atas melalui 2 resit akan menerima sekeping e-baucar Suria KLCC yang bernilai RM100.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge