Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

FOUNDER ESW SAMAN FITNAH TERHADAP BEKAS EJEN | Founder ESW failkan kes saman fitnah ! Saman fitnah terhadap bekas ejen. Apa sebenarnya terjadi?

FOUNDER ESW

Pengasas produk kecantikan ESW, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi (Iddin), mengemukakan saman RM1 juta terhadap bekas ejen. Bekas ejen telah memfitnah dan melemparkan kata-kata kesat kepada beliau.

Tindakan tegas itu diambil bagi membersihkan nama baiknya termasuk pengurusan ESW. Ini kerana beliau berpendapat fitnah adalah satu perbuatan berat dan tidak boleh dipandang remeh.

CEMAR REPUTASI & NAMA BAIK

“Fitnah dan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan bukan sahaja mencemarkan nama baik saya. Malah reputasi syarikat secara keseluruhannya.

“Tempias ini turut dirasai ejen ESW lain yang mahu mencari rezeki. Sekarang ‘periuk nasi’ masing-masing terjejas kerana fitnah ini.”.

-katanya ditemui selepas Mahkamah Sesyen & Majisret Butterworth.

BILA TIMBUL ISU INI?

Diwakili peguam beliau, Hussin Othman dari syarikat guaman Hussin Othman & Co. Ahli perniagaan berusia 27 tahun itu menjelaskan, isu berkenaan timbul sekitar April 2020. Ia berlaku semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama (PKP 1.0).

“Jualan mendadak naik. Namun kekangan untuk mendapatkan bekalan produk dari kilang disebabkan pelaksanan PKP 1.0 yang ketat. Ini menjadi punca utama fitnah ini berlaku.

“Bekalan produk tidak mencukupi dan tidak boleh diproduksikan oleh kilang kerana PKP. Oleh kerana itu saya dan syarikat di tuduh makan duit ejen selain dilemparkan dengan kata-kata kesat.

“Peliknya semua ini disebarkan menerusi ruangan whatsapp. Tanpa bertanyakan secara empat mata atau menulis aduan kepada saya. Tak salah kalau bersemuka untuk sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul,”

-katanya yang mempunyai sebanyak 20,000 ejen.

Difahamkan kes ini masih lagi berjalan, dan perbicaraan yang ke-2 akan bersambung pada September depan.

Produk ESW

Produk ESW (Extra skin white) merupakan formulasi produk makanan tambahan bagi penjagaan kesihatan yang dirumus khas daripada bahan semulajadi iaitu ekstrak sakuraekstrak epalekstrak yis torulavitamin edelimaserbuk cherry dan dextrosa.

Formulasi ini di import khas dari jepun yang menggunakan teknologi terkini bagi memastikan anda mendapat vitamin dan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan secara lebih efisen.

Credit : MediaHiburan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge