Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baru bakal mengagumkan rakyat Malaysia, dengan ledakan kuasa lebih hebat!
FORD RANGER WILDTRAK 3.0L
Sime Darby Auto ConneXion-Ford [Auto ConneXion], pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia melancarkan trak pikap yang terbaru dan pasti dikagumi kaki kembara yang inginkan pengalaman memandu lebih hebat.

Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel telah dilancarkan serba baru di Heritage Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dilengkapi dengan rangkaian kuasa 3.0L V6 penuh bertenaga dan dipacu enjin turbo diesel yang ditambah baik.
KAKI KEMBARA
Model Ford Ranger terbaru ni sesusai untuk mereka yang mahukan ciri pemanduan lasak dan keupayaan serba boleh yang tiada tandingan, disokong kuasa yang unggul dan kecanggihan teknologi terkini. Kaki kembara yang idamkan sebuah Ford berprestasi luar biasa di jalan raya dengan gaya anggun dan keselesaan cenerlang ini untuk anda.

Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel memenuhi setiap kriteria, menjadikannya pilihan berani yang menepati pelbagai kehidupan gaya hidup.
ENJIN
Turbo diesel 3.0L V6 menguasai Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu dimana menghasilkan 250PS pada 3,250 rpm. Serta tork 600Nm pada 1,750 rom yang mengagumkan iaitu output tork tertinggi dalam segmennya. Rangkaian kuasa luar biasa ini menetapkan penanda aras baru bagi prestasi, menawarkan sistem pacuan empat roda sepenuhnya dengan daya tarikan hebat dan tindak balas lancar dalam semua keadaan pemanduan.

ENAM MOD PACUAN
Disokong oleh transmisi automatik 10 kelajuan, trak pikap berkuasa ini membolehkan pemandu bertukar dengan lancar antara enam mod pacuan. Normal [Biasa], Eco [Mesra Alam], Tow/Haul [Tunda/Tarik], Slippery [Licin] , Mud/Ruts [Lumpur/Berlubang] dan Sand [Pasir]. Mod ini disesuaikan mengikut pelbagai keadaan jalan raya. Disamping itu ada empat Mod Enjin lanjutan meningkatkan keupayaan serba gunanya, membolehkan kenderaan dipandu di atas jalan raya mahupun laluan lasak dengan penuh keyakinan.
RUANG DALAMAN
Dipertingkatkan, moden, praktikal dan bergaya, Kabin dilengkapi skrin sentuh inforhiburan 12 inci dengan arahan suara SYNC 4A yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar untuk kecekapan dan kepantasan tambahan.

Skrin Berbilang Maklumat TFT 8″ memastikan data pemanduan dilihat jelas. Manakala pangkalan USB dipasang pada skrin depan memberikan capaian mudah untuk membekalkan kuasa kepada kamera kereta atau megecas peranti.
RUANG LUARAN
Trak pikap serba baru ini tampak bertenaga dengan Lampu Depan Matriks LED Prestasi Tinggi dan lampu paparan siang C-clamp tersendiri untuk tahap penglihatan tinggi dan gaya lebih menarik. Trak ini dipadankan bersama roda aloi 20-inci baru dengan tayar 255/55 R20 dan disediakan dengan tayar ganti saiz penuh.

Lambang V6 unik pada dapra depan menambah daya tarikannya, manakala cermin sisi yang boleh dilaras secara elektronik, boleh dilipat turut dilengkapi ‘puddle lamps’ untuk kemudahan tambahan
BUKAN SETAKAT BANDAR TETAPI PENGEMBARAAN
“Sama ada digunakan untuk menyusui jalan-jalan di sekitar kota atau meneroka di luar kebiasaan, model terkini ini direka untuk menjaga keselamatan pemandu dan pengguna sambil mengekalkan pengebaraan. Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel sebab baru bukan setakat sebuah trak pikap biasa, kenderaan terbaik dalam kelas ini yang membolehkan anda menikmati gaya hidup yang diidamkan.

Dengan reka bentuk menyerlah, prestasi V6 dan ciri-ciri pintar menyeluruh, trak ini tiada tolok bandinganya bagi mereka yang mahukan lebih lagi daripada pemanduan harian mereka. Setiap kali anda memandu, kseronokan yang dirasai akan mendorong anda untuk terus memandu dan memandu lagi,’
-kongsi Turse Zuhair, Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford.
WARNA FORD RANGER WILDTRAK 3.0L
Disediakan dalam empat warna menyerlah, Artic White [Putih Artik], Absolute Black [Hitam Mutlak], Luxe Yellow [Kuning Mewah] dan Meteor Grey [Kelabu Meteor]. Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baru boleh didapati di seluruh negara bermula dari RM190,+++

TEMPAHAN AWAL
Untuk yang menempah awal, bakal menikmati Pakej Servis Lanjutan 2-Tahun dan menerima beg pendingin edisi terhad semasa kenderaan diserahkan. Di samping itu, pelanggan yang membuat tempahan dalam talian akan menerima kerusi perkhemahan eksklusif Ford.
