Food: Sajian Beef Bacon Mashed PotatoTerbaik Dari Purple Pasta
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Review ini tidak di bayar . Masa untuk makan tengahari. Di mana lokasi kali ini KP akan menikmati makan tengahari. Di Oasis Damansara ini ada beberapa tempat yang di rekomenkan. Antara tempat yang KP suka pergi ialah Purple Pasta Restaurant. Purple Pasta restaurant ini berdepan dengan Mini Me Cafe dan bersebelahan dengan Tappers. Signboard berwarna ungu ” Purple Pasta” pastinya tidak akan terlepas
Di sini bukan sahaja menikmati makanan tetapi juga tempat berdiskusi dan juga bertemu rakan untuk perbincangan mahupun berjumpa client. Kadang- kadang untuk menyiapkan segala report untuk meeting ,KP akan ke sini untuk menikmati makan tengahari sambil menyiapkan apa yang patut. Ini adalah antara tempat yang wajib KP pilih jika menikmati hidangan di sini. Sofa empuk dan yang penting ada juga di sediakan wifi untuk para pengunjung
Kali ini, KP mengambil promo RM 5 penambahan selepas memilih menu makanan. Tea of the day ” Chamomile Tea” di datangi siap dengan air gula dan nampak tak cawan kecil yang isinya berwarna hijau. Ya itu lah seaweed popcorn (antara popcorn of the day). Rasanya entahlah sebab KP tak makan seaweed so tidak tahu bagaimana rasanya
Ini adalah pilihan KP sebenarnya. Caramel popcorn didatangi dengan cawan yang kecil cukup untuk sorang makan.
Memang sedap di makan dan tak cukup kalau makan satu , nak satu set lagi please .. 🙂Beef Bacon Mashed Potato, portion memang tak cukup untuk seorang tapi sebab pagi tadi sudah ambil heavy breakfast, alhamdulillah kenyang.
Feedback KP ialah sos dia ok tetapi kalau di cicah dengan so cili lagi best dan menarik.
Service di sini memang KP thumbs up kerana tidak pernah fail untuk memberi yang terbaik. Selain itu, pelayan di sini sungguh mesra, peramah dan tidak pernah lokek dengan senyuman. Memang terbaik dan menjadi salah satu tempat persinggahan KP untuk makan tengahari. Kalau anda berada di Oasis Damansara jangan lupa calling calling KP yea !! Kalau ada kelapangan insyallah boleh KP join sekali
Credit picture kedai : http://my.locatedat.com/ dan http://www.spicysharon.com
#kitepunye #kitepunyedotcom #purplepasta #pastamyfavourite