Food: Boat Noodle di Publika , Best Ke?




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ramai yang up tentang “Boat Noodle” restoran. Sedap ke makanan dia sampai bertingkat- tingkat pengunjung di sini makan. Nak juga cuba since ramai yang dah war- warkan. Dengarlah review KP tentang “boat noodle” .

7 KP bawa family mencuba Boat Noodle di dalam Publika Hartamas. Tempat senang nak cari berdekatan dengan “Explorer“. Pintu masuk memang berlainan dimana ianya menggunakan pintu aluminium / pintu besi sebagai  pintu masuk.13 Lukisan yang menawan hati KP dimana ianya menceritakan tentang noodles yang di makan oleh para pengunjung di sini. Kebanyakkannya bertingkat- tingkat. Sedap ke ? Apa yang di hidangkan atau di tawarkan ?6 Ada 2 Signature Soup yang di hidangkan di sini

Ayutthaya– based on creamy dark brooth with no less than 10 herbs

Pathumthani – based on approximately 19 herbs and a dark soy sauce derived brooth with a delicate spicy flavor

11Ini adalah menu yang di hidangkan di Boat Noodle. Yang mana ada thumbs up adalah makanan yang di rekomenkan untuk di cuba di sini. Main dish ialah noodle iaitu Beef That Rice Noodle & Chicken Thai Rice Noodle. Antara yang KP mencuba Chicken Wings dan Ka Num Tuay. 
8
9 Beginilah keadaan di sini , di Boat Noodle di Publika. Senantiasa penuh dan untuk KP mendapatkan seat KP perlu menunggu di pintu masuk. Staff di sana akan memberitahu tempat duduk kite apabila ada pelanggan yang pulang. Bukan seperti biasa kita ke restoran masuk dan cari tempat duduk10 Ini adalah air Cha Tea yang memang terbaik dan patut di cuba bila di sini. Rugi sei kalau tak cuba .Packaging dia pun menarik12Noodles yang di cuba . Portionnya adalah kecil jadi memang akan makan berulang dan di situlah terjadinya mangkuk bertingkat- tingkat. Satu mangkuk noodle cuma RM 1.99 sahaja. Antara gambar yang sempat di ambil
4 5 Ka Num Thay  -ini adalah seakan – akan tepung pelita. Nice review dari Qurratul – rasa pandan (yang hijau) memang sedap dan manis. Yang putih sahaja tak gemar kerana sedikit lembik . Buat Irfan kedua-duanya OK2 Ini adalah air yang di rekomen untuk minum apabila berada di sini .

Ice Lemon Tea – memang pure and bagi KP sedikit masam

Ice Tea – memang terbaik sebab sedap dan manis. Lagi pekat dari restoran biasa .

Packaging dia pun menarik dan bekasnya pula boleh di bawa balik .[

1

 

Berapa mangkuk yang family KP makan . Sikit sahaja cuma 5 mangkuk sebab tak berapa gemar dengan sup dia. Tapi side dishes dia yang lain memang terbaik macam Fruit Salad, Chicken Wing dan Ka Num Thay 

#kitepunye #kitepunyedotcom #boatnoodle #publika

2 thought on “Food: Boat Noodle di Publika , Best Ke?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Related Post