Food: Betul ke Boat Noodle Dah Tak Jual Noodle Lagi ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hisshh.. betul ke Boat Noodle dah tak jual noodle lagi? Tak jual mee bagai? Habis apa yang di jual di sana? Alah mana nak cari nie…. Pada penggemar Boat Noodle jangan terperanjat kerana Boat Noodle masih menjual signature noodle mereka cuma kali ini mereka tampil dengan menu yang baru lagi lazat. Menu baru yang di perkenalkan ini masih lagi dari Thailand. Wah…..Tak sabar nak tahu bukan, so apa lagi jom kite check it out !! Gerenti layan punya sebab KP sendiri makan tak pandang kiri kanan kot.. ( gelak lah …. )

Ini adalah antara menu yang boleh di pilih di Boat Noodle . Untuk pengetahuan semua, Boat Noodle ada di beberapa lokasi di Empire Damansara, Publika dan Berjaya Times Square. Ianya beroperasi setiap hari dan waktu perniagaan bergantung pada lokasi masing-masing. Antara sebab kenapa KP singgah di sini kerana ianya masih mengekalkan tradisi zaman dahulu di mana kole aluminium ( kite panggil kole) 21

Menu yang di lampirkan di sini adalah menu terbaru dari Boat Noodle. Menu baru yang di sediakan tidak semuanya mee atau noodle belaka. Bukan itu sahaja, menu baru ini sesuai untuk semua golongan tak kira tua muda mahupun dewasa atau kanak-kanak. Jadi Boat Noodle antara tempat yang sesuai untuk menikmati hidangan bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

22

 

Thai Popeye’s Tempura. “fried spinach that is cooked in crisp and coupled with a piquant “Soot-Yot” dip. Soot-Yot in Thai simply means awesome .

Makanan yang ringan dan semestinya sesuai untuk penggemar “vegetarian“. Enak di makan sewaktu sedang panas kerana ianya rangup dan di cicah dengan sos Soot Yot.

Thai Popeye's Tempura
Thai Popeye’s Tempura

Bangkok Omelet with “Sood Yut” hunger pangs can have their tummy filled with this wholesome meal.

Nasi putih dengan telur dadar bersama dengan sos Sood Yut. Untuk pengetahuan semua telur dadar di sini rasanya ada kelainan sedikit di mana ada resipi ataupun rempah rahsia di masukkan di dalam, Semestinya ini adalah antara hidangan yang mendapat hati KP dan anak-anak KP kalau ke sini.11

Yum Mama Noodle the classic Thai instant noodles smothered with slices of chicken sausage, crab stick and greenies.

Yang ini semestinya menjadi pilihan hati KP kerana masakannya masih mengekalkan tradisi Thailand. Cukup dengan segala perencah dan rempah ratus yang datang dari Thailand.

Yum Mama
Yum Mama

Kra-Pow Chicken RiceKra Pow in Thai refers to Thai Basil Leaf. Its is one of the common street food in Thailand that always win the heart of many.

Makanan berat dan seimbang yang di offer di menu baru Boat Noodle kali ini. Ayam cincang halus di masak dengan Thai Basil Leaf. Menu yang biasa ada di restoran- restoran luar di mana namanya sahaja berbeza

Kra-Pow Chicken Rice
Kra-Pow Chicken Rice

Yum Woon SenA must-try dish for seafood lovers who dare to take spicy food. Topped with bouncy shrimp and crab sticks.

Seperti kerabu soo hun bersama seafood. Memang terbaik sebab seafood dia memang fresh dan masih lagi terasa kemanisannya. Bukan itu sahaja tengoklah di serikan lagi dengan cherry tomato memang best dan sedap

Yum Woon Sen
Yum Woon Sen

Yum Meatball – a simple yet heartening meatballs; a YUM way to go

KP gelarkan kerabu meatball. Masih lagi di serikan dengan sedikit sayur dan juga cherry tomato. Mungkin boleh di pelbagaikan seperti, crab meatball, chicken meatball atau beef meatball kerana tak semua pengunjung menggemari meatball . (pandangan KP)

Yum Meatball
Yum Meatball

Chicken Meatball – Biasa seperti chicken meatball di luar,

Chicken Meatball
Chicken Meatball

Chicken Wings – yang ini memang KP rekomen untuk di cuba. Memang kalau di lihat portionnya agak sedikit tetapi apabila menikmatinya nanti pasti akan ada kelainan rasanya. Yang ini memang selalu KP order andai kata singgah di Boat Noodle untuk menikmati hidangan. Untuk  KP sahaja, semestinya 2 mangkuk (gelak ye…)

Chicken Wing
Chicken Wing

Satu-satunya dessert yang ada di Boat Noodle. Kalau di Boat Noodle Kan Num Tuay, KP gelarkan tepung pelita. Rasa seperti tepung pelita cuma putihnya akan rasa masin dan hijau akan rasa manis. Oh ya bila di order dessert ini, ianya akan di hidangkan 1 set ( 2 bekas )

Ka Num Tuay
Ka Num Tuay

Kalau menikmati hidangan pasti ada minuman bukan . Di Boat Noodle KP rekomen kan anda beberapa minuman untuk di cuba.

Antaranya : Cha – Manao Yen ( Thai Iced Lemon Tea) = bagi KP, lemonnya agak masam
6 Minuman yang memang di rekomen Cha – Yen (Thai Iced Tea) = bagi KP memang terbaik. Antara teh ais yang “the best” KP pernah minum. KP sanggup datang balik semata-mata untuk menikmati Thai Iced Tea ini. Tak percaya cubalah rasa sendiri pasti nak lagi.15 Coconut Ice Blended = Yang ini menu baru belum ada lagi di mana – mana Boat Noodle. KP dan rakan blogger adalah yang pertama dapat merasainya sewaktu food review. Jadi lepas ini, tak perlu ke Klebang lagi kalau nak minum coconut ice blended sebab kat Boat Noodle ada sudah . Tak perlu pergi jauh-jauh lagi (save duit minyak …hihihih)

19

Waa.. memang kenyang gile kali ini. Bukan kenapa sebab ada banyak menu baru dan kali ini Boat Noodle bukan sahaja fokus pada noodle tetapi pada menu yang lain juga. Jadi apa lagi jom kita lepak ramai ramai di sini. Tunggu yea ada  give away untuk reader KP nanti

#kitepunye #kitepunyedotcom #boatnoodle #berjayatimessquare #myboatnoodle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge