Food: “Bake the Way You Like” dari Kungfu Bake Rice



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk kali ini KP review makanan dari Asia tapi di fusion kan. Kungfu Bake Rice menjadi pilihan KP dan beberapa rakan blogger. Restoran Kungfu Bake Rice terletak di AEON Subang Jaya di tingkat LG. Outlet pertama mereka terletak di KLCC Signature Food Court. Kungfu Bake Rice berkonsepkan “ Bake the way you like”. Pilihlah menu dan masaklah mengikut citarasa sendiri. Pastinya menarik kerana ianya di masak oleh chef- chef yang tidak kurang hebat terutama Thailand

9Logo Kungfu Bake Rice sewaktu di pintu masuk. Warna oren memang menarik perhatian dari jauh dan gambar budak yang sedang memegang salah satu signature dish di sini sungguh comel. Ingat ye “Bake the way you like “. Menu yang ada di sini terdiri dari pelbagai seperti nasi , mee hun, mee, cheese bake rice dan lain lain lagi. Ada yang di datangi dengan set dan ada yang tanpa set 
3 2 Kalau untuk minuman pula ada di hidangkan yang panas dan sejuk. Harganya berpatutan dengan minuman yang disediakan. Signature drink di sini ialah Kungfu Stylo Coffee. KP nya favourite drink ada di sini iaitu Honey Lemon Ice. 

4 Ini adalah dapur mereka atau pun tempat pick up . Kungfu Bake Rice memasak di kawasan tertutup.8Antara pilihan minuman yang ada di sini selain yang ada di menu yang di sediakan
7 17

The Duo Master – Kombinasi makanan dari western dan Asia. Pilihan antara fillet ikan atau fillet ayam, boleh juga kedua-duanya fillet ikan mahupun fillet ayam. Kemudian di tambahkan saucenya dan topping pula keju mozarella. Terdapat 3 pilihan sauce

  • Cream sauce
  • Tomato sauce
  • Curry sauce ( curry style Japanese)

Menu signature dish yang patut di cuba bila ke Kungfu Bake Rice. Sedap memang sedap sebab rasanya berlainan.
16
Japanese Black Pepper Curry Chicken Rice. Ini adalah set makanan yang bagi KP complete untuk makan tengahari mahupun makan malam. Ianya di hidangkan dengan 1/4 ayam dalam sauce black pepper. juga nasi, telur mata dan sedikit salad. Harganya cuma RM15.90. Daging ayamnya lembut, blackpepper yang tidak berapa pedas sebab masakan dari japanese. Selain itu dalam curry chicken ini ada juga ubi dan lobak juga
15 Kungfu Burger. Daging ayam di hasilkan sendiri dan dagingnya di grill. Di grill bersama dengan sos Kung Pao. Boleh di add on kan Telur , Cheese bersama burger. Untuk yang inginkan set boleh juga cuma tambah lagi RM 4.00 – air pilihan dan juga kentang goreng. Irfan dan Qurratul gemar akan burger ini tapi mesti di add on dengan telur. Antara pilihan KP bila makan di sini12 Antara Signature Dish yang patut di cuba dan mendapat di hati KP ialah Tomyam . Tomyam ini dari rasanya sahaja memang tahu yang masakan ini adalah dari Thailand. Dengan bau yang wangi rasa yang cukup enak dan pedas memang terbaik. Semestinya bakal menangis atau selsema apabila makan tomyam ini. Berbaloi dengan harganya isi-isinya adalah seperti udang, sotong, ikan , cendawan memang segar. 18 Tengoklah akan kesegaran isi-isinya dan memang “thumbs up ” untuk Tomyam ini.21 Terakhir dari KP ialah Kungfu French Toast. Mungkin french toast sinonim untuk sarapan pagi tapi tidak di Kungfu Bake Rice. Di sini bila-bila masa sahaja boleh request. 11 10 Kalau tak jumpa di mana lokasi Kungfu Baked Rice, cari sahaja kerusi meja yang berwarna oren pasti itulah tempatnya selain dari bersebelahan dengan Secret Recipe dan KFC24 Nampak tak betapa peramah dan penuh dengan senyuman pelayan-pelayan di Kungfu Baked Rice ini. KP berharap rakan-rakan dapat mencuba pelbagai menu yang telah di rekomenkan oleh KP sewaktu KP di sini

25

 

Hingga ke temu lagi, singgah-singgahlah ke sini lagi untuk mengetahui tempat atau makanan yang baru pula

#kitepunye #kitepunyedotcom #kungfubakedrice #subangjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Related Post