Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
FizoMawar Kitchen Di Bangi Ada Dragon Tomyam, Sedap Ke? | Pasangan 2 sejoli Fizo & Mawar bukanlah selebriti yang baru dalam industri seni. Bukan jua baru dalam industri perniagaan. Mereka berdua mempunyai kekuatan dalam bidang masing-masing seperti Fizo, pelakon drama dan filem tanahair dan juga merupakan ikon dalam industri perniagaan. Bagi Mawar pula terkenal dengan perniagaan Muslimat terutama sekali tudung.
KP nie kalau bab makan memang suka mencuba menu terbaru tak kira lokasi mana kalau rakan kata sedap mahu pi cuba try. Kali nie perjalanan dari Damansara ke Bangi mengambil masa dalam 45minit. Ha… Anda semua mesti dah tahukan kemana lokasi dari tajuk entri.
Sedikit Informasi tentang FizoMawar Kitchen
FizoMawar Kitchen telah di buka pada 15 Disember 2015. Daripada nana kedai sendiri pastinya anda sudah dapat mengagak siapakah pengasasnya iaitu Fizo Omar dan Mawar sendiri. Untuk pengetahuan anda Fizo sebenarnya bukan setakat sahaja selebriti di layar perak tetapi juga mempunyai minat mendalam bidang masakan. Lain pula untuk Mawar dimana Mawar pula sukakan makanan. Bak kata pepatah “bagaikan irama dan lagu” begitulah jua dengan pasangan 2 sejoli ini. Dari sinilah tertubuhnya restoran ini.
Antara hidangan yang di tawarkan di sini adalah makanan dari negara Thailand. Yang menarik masakan dari Narathiwat dan segala persiapan dan masakan di sini semuanya ada SOP ( Standard Operating Procedure ) yang disetkan oleh Fizo sendiri. Tiada siapa dapat menandingi Fizo kerana beliau sendiri turun padang untuk memasak dan mempelajari resipi-resipi ini di Narathiwat .Bukan 1 bulan 2 tetapi selama 6 bulan . Cukup untuk mempelajari sepenuhnya tentang masakan di sana.
Antara hidangan yang ada yang sempat KP rakamkan sewaktu di sini, adalah Dragon Tom Yam, Ayam Bijan, Daging Bakar, Pad Thai dan Burger Ostrich Premium. Haaa… Ini hanya sebahagian daripadanya yang sempat KP order dan cuba. Sengkak perut jugak bila makan walaupun cuit -cuit sahaja.. Pernahkah anda dengar Dragon Tomyam? Inilah kali pertama KP mencuba .. dan apa yang menyebabkan nama dia Dragon Tomyam jom layan nak …
Set makanan untuk empat orang –
4X Nasi Putih
2X Telur Dadar
1X Dragon Tomyam
Dragon Tomyam
Inilah Dragon Tomyam yang KP katakan . Pelbagai seafood didalam kuah tomyam nie. Udang dan ketam yang ada segar dari laut. Yang melainkan atau membezakan ialah kuahnya pekat seperti diletak susu/santan. Pes cili tomyam adalah resipi tersendiri khas dari sini,
Ayam bijian . Ini juga antara hidangan yang sesuai untuk anak-anak yang tidak menggemari makanan pedas. Rangup dan sedap. Tak perlu risau kerana bijian tidak terasa sangat . Ayam diperap dan masak garing .. Sambil sembang dan bergossip tangan sambil makan .. Tak sedar diri sendiri boleh habis satu set nie.. Tak sempat yang lain nak merasa. (Minta maaf ye).Untuk Ayam Bijan ni harganya RM7.30 termasuk GST dan ada 2 ketul ayam.
Daging Bakar . Special nya disertakan dengan sos cili yang didatangi khas dari negara Nathriwat, Di bakar atas api yang panas dan direnjis dengan sos khas . Apabila di tanya apa kandungan sos khas .. ( Rahsia ye .. ) Cicah dengan sos atau tidak memang layan. Penggemar daging jangan lupa untuk mencuba menu wajib yang direkomenkan ye. Harga Daging Bakar ini RM10.50 termasuk GST
Burger Ostrich Premium. Kebiasaanya makan burger ayam ,daging atau ikan . Selain dari burger ni maaflah tak terasa ye . Kali ni diberi cuba menu burger Ostrich boleh pula KP tersalah burger unta sedangkan ianya burger burung unta.. hahahahha well burger nie bukan semua restoran ada dan dapatlah KP peluang untuk merasainya.
Pertama kali waktu KP nak rasa, KP risau akan bau daging tu.. Alhamdulilah tiada bau-bauan yang tidak segar – Sorry ye bab daging nie kalau berbau pastu buat burger tak lalu nak makan . Rasa dagingnya seperti campuran ayam dan daging. Susah nak ceritakan dengan kata- kata. Kena datang dan cuba sendir ya . Harga Burger ni RM11.50 termasuk GST.
Pad Thai . Kalau bahasa KP kuey teow goreng . haaa.. lain orang lain pemahamannya kan .. Oh ye kelainan Pad Thai di sini adalah ianya disajikan dengan kacang tumbuk, serbuk cili dan limau nipis. Buat anda yang tidak menggemari pedas mohon jangan campur bahan-bahan yang disertakan. Kalau menggemari pedas sila gaulkan semuanya hingga sebati ( hihihi..) agar dapat rasa semuanya. Jika nak rxasa keenakann makan bila sampai maksudnya waktu panas-panas . Amacam terliur tak ???
Tak sah kalau makan-makan berat yang pencuci mulut pun nak order juga walaupun masing-masing dah tersandar kat kerusi . Sebab gigih nak sambung gossip dengan mereka yang havoc bercerita tentang permainan zaman dahulu macam galah panjang, main guli, baling selipar terorderlah menu ini
Akok – sapa yang berasal dari Kelantan ini adalah salah satu menu yang popular dari sana. Di makan bersama Kopi O panas dan teh Tarik panas sure layan . Akok kalau masa makan ada bau hanyir dari telur mesti potong steam tapi makan Akok di sini, rilex ajer makan tiada bau. Haa.. mesti korang pelikkan .. tak kenyang ke dari tadi asyik makan hahahah…
Chakoi – menu wajib KP 1X dalam seminggu. Siap acik kat kedai chakoi kat rumah siap dah kenal . Berbeza chakoi disini dan digerai yang dijual di luar adalah kuah /pencicah . Kalau biasa kita makan dengan kaya kan .. Di sini pencicahnya kaya dicampur dengan green tea. Yes GREEN TEA. Yang bestnya tiada bau green tea langsung tak masa cicah . Yang nie sama cam ayam bijian .. Sambil dengar gossip tangan tak berhenti -henti ambil satu demi satu . At the end kami rupanya order dekat 3 pinggan ye ..
Promosi FizoMawar Kitchen
Khas untuk anda penduduk Bangi .. Eh silap khas untuk anda peminat dan penggemar FizoMawar Kitchen sempena ulangtahun ke2 pada 15 Disember 2017 ini, potongan harga sebanyak 15%* akan diberukan kepada para pengunjung sepanjang hari istimewa tersebut!
**15% potongan dr jumlah total harga dlm satu resit** Jom ajak geng ramai-ramai turun dan meriahkan FizoMawar Kitchen
Agar tidak kehampaan silalah buat tempahan dahulu sebelum datang , Mana tahu ramai pula yang datang serbu hari tu kan . Untuk maklumat lanjut
Tempahan: Cik Azah (+6019 9080909)
Laman Web: fizoomar.com/fizomawarkitchen
Facebook: www.facebook.com/fizomawarkitchen
Instagram: www.instagram.com/fizomawarkitchen
Emel: fizomawarkitchen@gmail.com