Filem Komedi 10 Tips Tipu Bini Perkongsian Dari Awie!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Filem Komedi 10 Tips Tipu Bini Perkongsian Dari Awie!| Buat julung kalinya Dato’ Awie menerbitkan sebuah filem di bawah
terbitan Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd.

10 Tips Tipu Bini

Judul 10 Tips Tipu Bini, yang diarahkan oleh Azizi ‘Chunk’ Adnan. Manakala skrip ditulis oleh Armada Al Haq. Filem genre komedi ini akan membuka tirai Astro First bagi tahun 2021. Bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda. Melalui Astro First saluran 480 mulai 7 Januari 2021.

Pelakon

10 Tips Tipu Bini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air yang akan mencuit hati penonton dengan karakter dan komedi mereka yang bersahaja. Lebih menarik, ia juga merupakan kali pertama di dalam sebuah karya menghimpunkan ramai artis .

Antaranya Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai lagi.Tidak pernah kering semangat dalam apa jua cabang karya.

Dato’ Ahmad Azhar Othman atau nama Dato’ Awie mahu membuka tirai tahun 2021 dengan sebuah projek yang tak kalah hebatnya.

Sinopsis 10 Tips Tipu Bini

Filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp). Mereka bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato Dean.

Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing. Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing.

“Ini sebuah kisah komedi yang ringan tetapi tidak dinafikan ia terjadi setiap hari di dalam kalangan mereka yang telah berkeluarga. Isu
seperti ini nampak susah untuk dibincangkan, tetapi inilah hakikat yang terjadi.”

“Jadi kita bagi tips bagaimana nak tipu bini dan berjaya. Tetapi jangan salah faham bukan saya yang bagi tetapi Brother Love. Malah, menerusi filem komedi ringan ini, kami cuba menyampaikan mesej dan nilai positif kepada penonton.

Di mana, buat kaum wanita, ia mungkin boleh dijadikan rujukan dan membuka mata mereka, manakala buat kaum lelaki ia boleh dijadikan sebagai ikhtibar dan kesan jika tiada kejujuran dalam sesebuah hubungan”.

-kata Dato’ Awie lagi yang juga memegang watak sebagai Brother Love.

OST Filem – Dubuk Liar

Mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama ‘DUBUK LIAR’. Mereka bertiga sedang mengalami masalah ‘Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda para suami di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut.

Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis ‘intern’ yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Di situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut untuk dijadikan kekasih masing-masing. Akan tetapi mereka bermasalah dengan kerenah isteri-isteri di rumah.

Pelbagai penipuan ‘kiri dan kanan’ direka demi melaksanakan niat-niat mereka itu. Filem ini juga turut diiringi dengan OST yang digarap sepenuhnya oleh Dato’ Awie iaitu ‘Sang Kekasih’ dan juga ‘Dubuk Liar’. Kedua-dua lagu tersebut dinyanyikan oleh kumpulan rock legenda tanah air, Wings.

Sementara itu, pihak produksi juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan merakam penghargaan buat pihak yang sudi bekerjasama dan menaja sidang akhbar 10 Tips Tipu Bini.

“Filem ini merupakan hasil terbitan pertama oleh Rumah Produksi Merah. Jadi pihak kami dengan rasa berbesar hati dan bertanggungjawab untuk memberi sokongan padu buat produksi baru dengan membawakan filem mereka terus kepada penonton di luar sana. Bikin Filem

Dengan adanya platform Astro First, kami harap ia mampu menyuntik semangat buat penerbit dan pengkarya di luar sana untuk terus rancak menghasilkan konten-konten terbaik buat penonton serta industri filem tempatan.”

-kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad

Trailer 10 Tips Tipu Bini


Saksikan filem 10 Tips Tipu Bini yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Lebih lanjut layari

Instagram|Facebook



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top