Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Filem Adiwira Badang Diadaptasi Daripada Lagenda Badang| Fakulti Filem, Teater dan Animasi  telah menerbitkan sebuah filem adiwira Badang yang diarahkan oleh pengarah filem unggul negara iaitu Dato’ Prof. Dr. A. Razak Hj. Mohaideen terbitan FiTA Studios Sdn Bhd dengan UiTM Holdings. Filem ini bergenre komedi dan adiwira yang diadaptasikan daripada lagenda Badang, dengan suntikan pembaharuan dalam jalan cerita mengikut trend terkini.

Antara pelakon dalam cerita ini adalah Dato’ Sri Aliff Syukri, Fasha Sanda , Fauzi Nawawi, Azhari Zain, Aminah Rhapor, Fareez Fauzi, Norman Hakim, Esma Daniel , Douglas Lim dan lain-lain lagi. Filem ini merupakan lerjasama FiTA Studio Sdn Bhd bersama 45 orang pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) di Kampus Puncak Perdana. Kesan khas bagi filem ini hampir 30 min telah dibantu oleh Yusri KRU

Sinopsis Filem Adiwira Badang 

Pemuda yang bernama Badrul (Dato’ Sri Aliff Syukri) dikenali sebagai Bad. Tinggal bersama ibunya Mak Siah sejak kematian ayahnya. Bad kehilangan ibunya yang telah terbunuh dalam sebuah kekecohan selepas gagal menyediakan wang perlindungan kepada Geng Taiko. Sebelum kematian Mak Siah, sempat lagi menceritakan tentang kelahiran istimewa Bad. Bad sebenarnya lahir dari buluh hadiah buat Mak Siah dan suaminya yang tidak mempunyai zuriat. Mak Siah sempat berkongsi yang Bad bakal memiliki kuasa luar biasa yang membezakan dirinya dengan manusia biasa apabila menjangkau umur 25 tahunFilem Adiwira Badang Diadaptasi Daripada Lagenda Badang

Apabila menjelang ulangtahun yang ke 25, Bad mula sedar kuasa luar biasanya keluar apabila memegang pokok buluh, dimana dia akan ghaib dan menjadi halimunan. Walaupun beruntung mempunyai kuasa ini tetapi kelemahannya ialah sewaktu halimunan tidak boleh terkena air. Kawannya Sarip (Azhari Zain) membantu dan melatih untuk menggunakan kekuatan dan kelajuan yang maksimum dari kuasa luar biasanya. Muncullah Adiwira Badang dikenali dalam masyarakat Malaysia kerana telah banyak berjasa kepada masyarakat.Filem Adiwira Badang Diadaptasi Daripada Lagenda BadangFilem Adiwira Badang Diadaptasi Daripada Lagenda Badang

Dalam pada yang sama Bad jatuh hati pada Tisha(Fasha Sanda) adik tiri kepada Geng Taiko iaitu Abang Tai (Fauzi Nawawi) orang yang mengakibatkan kematian Mak Siah. Ingin membalas dendam pada Abang Tai tapi dalam masa yang sama cinta yang menebal pada Tisha. Adiwira Badang perlu memilih antara satu antara dendam mahupun cinta

Trailer Filem Adiwira Badang

Saksikan kesudahan filem ini di semua pawagam mulai 15 Februari 2018 kesudahannya. Untuk maklumat lanjut layari
Facebook Adiwira Badang : https://ww.facebook.com/badangthemovie



 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge